Cari Post lain disini

Monday, November 19, 2018

Kadfon Sempena Meraikan 31 Tahun International Stamp & Coin Sdn. Bhd.

Bagi kita peminat numismatik, kadfon dianggap tidak ada kena mengena lansung untuk diceritakan tetapi tahukah anda yang pengeluar Kadfon ini ada kena mengena dengan stamp dan numismatik?

Kadfon yang mykoleksi maksudkan adalah Kadfon yang dikeluarkan oleh syarikat Mr. Steven Tan sempena 31 tahun International Stamp & Coin Sdn. Bhd. 

mykoleksi rasa perlu untuk berkongsi kerkenaan kadfon ini kerana pada 27 Oktober 2018 yang lalu Mr. Steven Tan telah mengeluarkan medallion silver sempena ulang tahun ke-58 International Stamp & Coin Sdn. Bhd.

Rasanya ramai diantara kita yang belum tahu atau jumpa kadfon yang mykoleksi maksudkan, koleksi kadfon ini adalah milik seorang rakan mykoleksi. Kita harus berterima kasih kepada beliau kerana sudi meminjamkan gambar kepada mykoleksi untuk dikongsikan dengan anda semua.

Siapakah beliau? kita biarkan menjadi rahsia

mykoleksi terpaksa rahsiakan siapakah beliau demi untuk menjaga privasinya, takut nanti ada peminat kadfon tersebut 'menggelitis' (duduk tak tentu arah) asyik nak PM saja.

Sebenarnya terdapat dua (2) varieti kadfon yang dikeluarkan oleh syarikat Mr. Steven Tan.
  1. Kadfon yang dikeluarkan sempena meraikan 31 tahun International Stamp & Coin Sdn. Bhd.
  2. Kadfon biasa yang dikeluarkan International Stamp & Coin Sdn. Bhd. untuk Singapore Telecom, maklumat lain mykoleksi masih dalam pencarian
Bahagian Hadapan Kadfon Sempena Meraikan 31 Tahun International Stamp & Coin Sdn. Bhd.

Bahagian Belakang Pula Tertera Perkataan Telekom Malaysia


Bahagian Hadapan Kadfon Singapore Telecom keluaran International Stamp & Coin Sdn. Bhd.

Bahagian Belakang

Keadaan Kedua-dua Kadfon Ini masih 'UNC'

Sekiranya Mr. Steven Tan dapat berkongsi maklumat berkenaan kedua-dua kadfon keluaran syarikatnya adalah sangat dialu-alukan. Jangan biarkan kami terus diselubungi misteri, marilah kita rungkainya bersama-sama.

Yang ada juga simpan kadfon,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute