Cari Post lain disini

Tuesday, November 13, 2018

Pengeluaran Medallion Silver Sempena Ulang Tahun Ke-58 International Stamp & Coin Sdn. Bhd.

Poster Medallion Silver Sempena Ulang Tahun ke-58 Penubuhan International Stamp & Coin Sdn. Bhd. (1960 - 2018) 

Selalunya mykoleksi mesti tahu dapat menghidu cerita berkaitan numismatik tetapi kali ini mykoleksi betul-betul tak tahu langsung yang Mr. Steven Tan akan mengeluarkan medallion silver sempena ulang tahun ke-58 penubuhan International Stamp & Coin Sdn. Bhd. (1960 - 2018) yang mula dijual pada 27 Oktober 2018 lepas.

Sampai hati hang pa tak bagitau mykoleksi, nak merajuk pun tak guna. Maka terpaksalah mykoleksi terima dengan redha, nasib baiklah masih ada lagi medallion tersebut dijual tetapi tak banyak dah yang tinggal.

mykoleksi tabik spring kepada Mr. Steven Tan kerana bukan mudah untuk mengemudi syarikat yang berkaitan filateli dan numismatik untuk terus kukuh seperti yang beliau lakukan. Anda boleh pergi menuntut dengan beliau untuk mengetahui rahsianya. 

Bagaimana rupabentuk rekaan dan spesifikasi teknikal medallion tersebut anda boleh rujuk dibawah, medallion tersebut dikeluarkan sebanyak 500 keping sahaja (terhad) dan hanya nombor siri bermula 002 - 500 dijual kepada pelanggan. 

Ini bermakna nombor siri 001 dipegang oleh Mr. Steven Tan sendiri mungkin ada maksud tersendiri bagi beliau.

Rupabentuk Rekaan dan Spesifikasi Teknikal

Spesifikasi Teknikal:

Tema: Ulang Tahun
Jenis: Medallion
Bahan Logam: Silver 999
Berat: 1/10 oz
Garis Pusat: 25 mm
Kuantiti Tempaan : 500 keping
Nombor Siri: 001 - 500
Tarikh Jualan: 27 Oktober 2018
Harga Jualan: RM50


Apa yang menarik tentang medallion ini selain keluaranya terhad, nombor sirinya pada kad turut dicetak pada medallion juag. Apa tunggu lagi, bagi mereka yang berminat boleh terus ke kedai Mr. Steven Tan di Pertama Shopping Complex.

International  Stamp & Coin Sdn. Bhd. (ISC)

Medallion keluaran Mr. Steven Tan, mykoleksi memang beli kerana ianya mempunyai keistimewaan dan daya penarik yang tersendiri. mykoleksi memang kenal dengan Mr. Steven Tan tetapi mykoleksi tidak tahu sama ada beliau kenal mykoleksi ataupun tidak.

Jika anda beli medallion tersebut, pastikan juga simpan sekali resit sebagai bukti pembelian. Tak ada apa yang special pun, setidak-tidaknya dapat syok sendiri.

Resit Sebagai Bukti Pembelian

Semasa mykoleksi membeli medallion tersebut pada 13 November 2018 yang lalu, kebanyakkan nombor siri yang menarik dan 'low' sudah pun dipinang orang. Nampaknya laku keras juga, sekali lagi mykoleksi nak 'habaq'. Bagi yang berminat, boleh la pergi dengan segera sebelum stok habis.

Nombor Siri 001 - 100

Anda boleh lihat sendiri betapa lakunya Medallion ISC, mykoleksi sempat ambil 'gambar curi' untuk kongsikan dengan anda semua. Kalau nak tengok senarai penuh iaitu nombor siri 101 - 500, biasalah 'Teaser' mana boleh tunjuk semua.

mykoleksi berharap Mr. Steven Tan tak marah mykoleksi ambil gambar tu......Tabik Masta :D

Tahukah anda selain daripada medalion, Mr. Steven Tan atau ISC pernah mengeluarkan kadfon sempena menyambut ulang tahun ke-31 International Stamp Coin Sdn. Bhd. 


Yang dah lama tak jumpa Mr. Steven Tan
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute