Cari Post lain disini

Friday, November 9, 2018

Poh Kong Melancarkan 'Gold Note of Hope'

'Gold Note of  Hope' - sumber gambar (Poh Kong Facebook)

Petang semalam (8 November 2018), Poh Kong Jewellers Sdn. Bhd. telah melancarkan token patriotisme 'Gold Note of Hope' atau Not Emas Harapan sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-7 Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Dr. Mahathir telah menyempurnakan majlis perlancaran token tersebut di Banquet Hall, Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.

Tun Dr. Mahathir Menandatangani Replika 'Gold Note of Hope' Semasa Menyempurnakan Majlis Perlancaran (Rujuk Tandatangan Berdekatan Jalur Gemilang) - sumber gambar Annabelle Lee|malaysiakini.com

Token tersebut merupakan kepingan emas 999.9 yang menampilkan potret bertandatangan Tun Dr Mahathir pada bahagian hadapan manakala pada bahagian belakang pula terdapat Jalur Gemilang serta beberapa infrastruktur ikon negara dan bunga kebangsaan iaitu bunga raya.   

Harga jualan bagi token 'Gold Note of Hope' tersebut adalah RM160 sekeping dan mula dijual bermula hari ini (8 November 2018) di semua outlet Poh Kong atau secara atas talian (online) dengan Shopee.

"Pengerusi Eksekutif Poh Kong dan Pengarah Urusan kumpulan Choon Yee Seiong berkata sebanyak RM30 daripada setiap pembelian token tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Harapan".

Adakah anda berminat untuk mendapatkanya sebagai koleksi numismatik anda? Apa tunggu lagi, jom dapatkan segera untuk dijadikan koleksi numismatik terkini anda sebelum kehabisan stok :D

Gambar sekitar majlis perlancaran 'Gold of Hope'

Poh Kong Merupakan Rangkaian Runcit Barang Kemas Terbesar di Malaysia Sedia Menanti Anda

Tun Dr. Mahathir Sedang Memberi Ucapan

Sempurnalah Majlis Perlancaran 'Gold Note of Hope' Be Inspired by Tun M

Rekabentuk Token 'Gold Note of Hope'

Yang tengah buat kira-kira,
mykoleksi

Sumber rujukan:
  1. www.sinarharian.com.my
  2. www.malaysiakini.com
  3. www.facebook.com/pohkongjewellers

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute