Rekabentuk Medalion Peringatan Emas Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pada 23 Mac 2019 yang lalu dunia numismatik sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran medalion peringatan emas Tun Dr. Mahathir Mohamad, mykoleksi dapat tahu apabila terbaca perkongsian geng numis di "Facebook" mereka.
Kenapa syarikat yang mengeluarkan medalion tersebut memperkenalkannya kepada awam sebagai "syiling"? nanti mykoleksi akan rungkaikan.
Hari ini baru mykoleksi berpeluang untuk menulis berkenaan medalion peringatan emas tersebut, apa yang mykoleksi kongsikan ini adalah pandangan seorang peminat hobi numismatik dan juga pengumpul. Semoga anda semua mendapat manfaat.

Hasil carian melalui "Google" dan "Facebook" mykoleksi dibawa ke pautan di bawah, jom kita sama-sama baca.
- Syiling emas peringati kemenangan PH dilancar, Fadzil Zainol (24 Mac 2019 1:49 PM)
- Dr M berusaha kembalikan kedudukan Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’, kata menteri - FMT Reporters, March 24, 2019 2:51 PM
- DAPATKAN SEGERA EDISI TERHAD "DUIT SYILING PERINGATAN TUN DR MAHATHIR" SEKARANG! - Lia Hasty, March 13, 2019
- Koleksi syiling emas Dr Mahathir dikeluarkan - Wartawan MalaysiaGazette, 24 Mac 2019
- Syiling Peringatan Emas Tun Mahathir - Puncak Julung Enterprise
- Facebook Puncak Julung Enterprise
Ringkasan yang mykoleksi boleh buat hasil daripada rujukan dan maklumat yang diperolehi adalah:
- Medalion peringatan emas tersebut bertujuan memperingati detik bersejarah negara dalam PRU-14 dan kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
- Diperbuat daripada emas 999 (0.1 gram)
- Harga jualan RM160 (termasuk penghantaran)
- Medalion peringatan emas edisi terhad tetapi tidak dinyatakan jumlah keluarannya.
- Diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise
- Pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd Rodhi Abd Hamid
Sekiranya anda berkunjung ke "website" https://tunmcc.com.my, terdapat juga gambar dan video sekitar majlis perlancaran medalion peringatan emas tersebut.
Medalion peringatan emas Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilancarkan pada 23 Mac 2019 (Sabtu) bertempat di Sofitel Kuala Lumpur Damansara. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof dan pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd Rodhi Abd Hamid turut hadir ke majlis perlancaran tersebut.
Jika anda persoalkan, kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hadir sama ke majlis perlancaran? mykoleksi tidak dapat memberikan jawapan untuk persoalan ini.
Jika anda persoalkan, kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hadir sama ke majlis perlancaran? mykoleksi tidak dapat memberikan jawapan untuk persoalan ini.
Sekitar Majlis Pelancaran "Syiling Peringatan" Emas Edisi Terhad Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Berlangsung di Sofitel Kuala Lumpur Damansara - Sumber Gambar: https://tunmcc.com.my
Nampaknya wajah Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) telah dipilih sebagai sandaran, laku betul wajah Tun M sekarang berbanding PM ke-6.
Ketika pertama kali melihatnya, mykoleksi rasa medalion peringatan emas ini biasa saja. Tiada aura dan faktor-X yang kuat berjaya menarik mykoleksi untuk mendapatkannya sebagai koleksi numismatik.
Kenapa?
Nanti mykoleksi akan terangkan satu persatu, sekarang mykoleksi mulakan dulu dengan rekabentuk dan fizikal syiling.
1. Set "syiling peringatan emas Tun Dr. Mahathir"
Jika anda melihat dengan teliti, ukiran wajah Perdana Menteri (PM) ke-7 nampak kurang menjadi dan agak "chubby". Selain itu, hasil akhir ukiran syiling pada bahagian hadapan dan belakang nampak kurang kemas dan kasar (komen berdasarkan gambar bukan medalion sebenar). Bab rekaan "folder" dan isi kandungannya mykoleksi tak berminat nak komen.
Adakah anda nampak perkara yang sama?
Pandangan mykoleksi, medalion peringatan emas ini berkemungkinan besar dihasilkan oleh mereka yang kurang berpengalaman dan pakar dalam menghasilkan produk berkaitan numismatik.
Hobi numismatik bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah, tidak semua produk numismatik yang dihasilkan dapat diterima "bulat-bulat". Kami peminat hobi numismatik sememangnya sangat cerewet dan akan sentiasa melihat daripada pelbagai sudut setiap produk numismatik yang baru dikeluarkan sebelum membuat sebarang keputusan.
Tiba-tiba mykoleksi teringat pula kisah Abdul Wahib Ulam Raja dalam filem 3 Abdul yang meminati seni ukir. Apabila Abdul Wahib menerima tempahan mengukir patung rupa madam Kueh Lapis, hasilnya tidak seperti yang diharapkan sehingga madam kueh Lapis jatuh pengsan kerana "lain yang diukir tu...lain yang jadi".
2. Syarikat Puncak Julung Enterprise (PJE)
Apabila kita ke "website" menjual medalion peringatan emas mereka (pengeluar), tidak banyak maklumat yang dikongsikan berkaitan dengan syarikat PJE. Ini membuatkan mykoleksi merasakan yang syarikat PJE adalah sebuah syarikat baru, telahan mykoleksi memang benar.
Hasil semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan bantuan myDATA, mykoleksi mendapat maklumat yang syarikat Puncak Julung Enterprise (PJE) telah didaftarkan pada 13 September 2018. Syarikat PJE menjalankan jenis perniagaan " TRADING WITH ALL SORT OF SOUVENIR, COLD AND SILVER".
Ada kemungkinan yang salah seorang pemilik syarikat PJE iaitu Zulfadli bin Mohd Rodhi merupakan anak kepada pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd Rodhi Abd Hamid. Syarikat perniagaan perkongsian ini dimiliki oleh 3 orang setelah seorang pemiliknya menarik diri.
Pandangan mykoleksi, status syarikat yang baru didaftarkan atau siapa saja yang menjadi peneraju syarikat tersebut tidak menjadi satu masalah besar. Apa yang penting mereka mampu mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti mengikut apa yang pelanggan harapkan bukannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
3. Pemahaman yang salah untuk syiling dan medalion
Ini merupakan jawapan kepada persoalan yang mykoleksi tanyakan pada permulaan artikel tadi, bagi syarikat baru yang bercadang untuk menghasilkan produk berkaitan numismatik. Perkara asas yang mereka perlu lakukan adalah belajar dan faham terlebih dahulu apa itu hobi numismatik dan cabang-cabangnya.
Hobi numismatik ini sangat luas dan banyak terma-terma yang mereka perlu mahir, nampak saja macam mudah tetapi hakikatnya amat mencabar.
Nampaknya mereka tidak berbuat demikian, perkara ini dapat dikesan apabila mereka (pengeluar) memperkenalkan produk numismatik keluaran mereka sebagai "syiling peringatan emas". Kesilapan yang mudah sebegini sepatutnya tidak berlaku jika mereka belajar dan berada di landasan yang betul.
Mari kita lihat maksud "syiling" dan "medalion" merujuk kepada kamus dewan edisi ke-4:
4. Kurang maklumat tentang medalion peringatan emas Tun Dr. Mahathir
Ketika pertama kali melihatnya, mykoleksi rasa medalion peringatan emas ini biasa saja. Tiada aura dan faktor-X yang kuat berjaya menarik mykoleksi untuk mendapatkannya sebagai koleksi numismatik.
Kenapa?
Nanti mykoleksi akan terangkan satu persatu, sekarang mykoleksi mulakan dulu dengan rekabentuk dan fizikal syiling.
1. Set "syiling peringatan emas Tun Dr. Mahathir"
Set Medalion Peringatan Emas Tun Dr. Mahathir Mohamad" - Sumber Gambar: https://www.liahasty.com
Adakah anda nampak perkara yang sama?
Pandangan mykoleksi, medalion peringatan emas ini berkemungkinan besar dihasilkan oleh mereka yang kurang berpengalaman dan pakar dalam menghasilkan produk berkaitan numismatik.
Hobi numismatik bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah, tidak semua produk numismatik yang dihasilkan dapat diterima "bulat-bulat". Kami peminat hobi numismatik sememangnya sangat cerewet dan akan sentiasa melihat daripada pelbagai sudut setiap produk numismatik yang baru dikeluarkan sebelum membuat sebarang keputusan.
Tiba-tiba mykoleksi teringat pula kisah Abdul Wahib Ulam Raja dalam filem 3 Abdul yang meminati seni ukir. Apabila Abdul Wahib menerima tempahan mengukir patung rupa madam Kueh Lapis, hasilnya tidak seperti yang diharapkan sehingga madam kueh Lapis jatuh pengsan kerana "lain yang diukir tu...lain yang jadi".
Sedutan Filem 3 Abdul - Abdul Wahib Ulam Raja dan Kedai Ukir
2. Syarikat Puncak Julung Enterprise (PJE)
Apabila kita ke "website" menjual medalion peringatan emas mereka (pengeluar), tidak banyak maklumat yang dikongsikan berkaitan dengan syarikat PJE. Ini membuatkan mykoleksi merasakan yang syarikat PJE adalah sebuah syarikat baru, telahan mykoleksi memang benar.
Hasil semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan bantuan myDATA, mykoleksi mendapat maklumat yang syarikat Puncak Julung Enterprise (PJE) telah didaftarkan pada 13 September 2018. Syarikat PJE menjalankan jenis perniagaan " TRADING WITH ALL SORT OF SOUVENIR, COLD AND SILVER".
Ada kemungkinan yang salah seorang pemilik syarikat PJE iaitu Zulfadli bin Mohd Rodhi merupakan anak kepada pengerusi Puncak Julung Enterprise, Datuk Mohd Rodhi Abd Hamid. Syarikat perniagaan perkongsian ini dimiliki oleh 3 orang setelah seorang pemiliknya menarik diri.
Sebahagian Maklumat Syarikat Puncak Julung Enterprise (PJE)
Pandangan mykoleksi, status syarikat yang baru didaftarkan atau siapa saja yang menjadi peneraju syarikat tersebut tidak menjadi satu masalah besar. Apa yang penting mereka mampu mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti mengikut apa yang pelanggan harapkan bukannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
3. Pemahaman yang salah untuk syiling dan medalion
Ini merupakan jawapan kepada persoalan yang mykoleksi tanyakan pada permulaan artikel tadi, bagi syarikat baru yang bercadang untuk menghasilkan produk berkaitan numismatik. Perkara asas yang mereka perlu lakukan adalah belajar dan faham terlebih dahulu apa itu hobi numismatik dan cabang-cabangnya.
Hobi numismatik ini sangat luas dan banyak terma-terma yang mereka perlu mahir, nampak saja macam mudah tetapi hakikatnya amat mencabar.
Nampaknya mereka tidak berbuat demikian, perkara ini dapat dikesan apabila mereka (pengeluar) memperkenalkan produk numismatik keluaran mereka sebagai "syiling peringatan emas". Kesilapan yang mudah sebegini sepatutnya tidak berlaku jika mereka belajar dan berada di landasan yang betul.
Mari kita lihat maksud "syiling" dan "medalion" merujuk kepada kamus dewan edisi ke-4:
- Syiling - 1. unit mata wang Inggeris yg bernialai 1/20 paun atau 5 peni; 2. = duit (wang) ~ mata wang yg dibuat drpd logam.
- Medalion - sj barang perhiasan yg berbentuk bulat atau lonjong dll (dibuat drpd emas dll dan digantungkan pd kalung, jam, dll).
4. Kurang maklumat tentang medalion peringatan emas Tun Dr. Mahathir
Sebelum kita membeli sesuatu produk, sudah pasti kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk yang ditawarkan. Nampaknya maklumat penting tentang medalion peringatan emas yang dikeluarkan tidak banyak didedahkan, apa yang kita tahu:
- Medalion tersebut diperbuat daripada emas 999 (0.1 gram)
- Harga jualan RM160 (termasuk penghantaran)
- Medalion peringatan emas edisi terhad tetapi tidak dinyatakan jumlah keluarannya.
Kenapa perlu merahsiakan maklumat sekiranya mereka betul-betul serius dalam mengeluarkan sesuatu produk?
Banyak maklumat atau persoalan yang mykoleksi ingin tahu tetapi tiada jawapannya, ruangan "soalan lazim" di "website jualan pun tidak membantu.
Banyak maklumat atau persoalan yang mykoleksi ingin tahu tetapi tiada jawapannya, ruangan "soalan lazim" di "website jualan pun tidak membantu.
Soalan-soalan Lazim
Ada satu soalan lazim ini telah menarik minat mykoleksi untuk berkongsi dengan anda semua, agak sedikit keliru dengan soalan dan jawapannya.
Salah Satu Soalan Lazim
Nampaknya mykoleksi terpaksa guna cara lain untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang bermain dalam fikiran, misteri medalion peringatan emas ini mesti dirungkaikan.
Dengan rasa tangungjawab, mykoleksi telah mengambil keputusan untuk cuba mendapatkan maklumat yang tidak didedahkan itu dengan bertanya terus dengan pihak PJE sendiri (gigih betul mykoleksi). Maklumat apa yang mykoleksi sedang cari itu sehinggakan begitu beriya-iya sangat,

- Adakah itu Syiling atau Medalion "Peringatan Emas Edisi Terhad"?
- Berapakah kuantiti tempaan dikeluarkan jika ianya adalah terhad?
- Garis pusat (mm)?
- Berat keseluruhan (gram)?
- Sila nyatakan sekali ketebalan item numismatik tersebut?
- Selain emas 999 (0.1 gram), adakah item numismatik ini dihasilkan dengan campuran logam lain?
- Adakah ianya didatangkan sekali dengan kotak, "certificate" dan nombor siri?
- Item numismatik ini sudah siap ditempa atau belum ditempa?
- Syarikat mana yang membuat tempaan?
- Siapakah pereka item numismatik tersebut?
mykoleksi mengunakan pelbagai medium untuk mendapatkan jawapan iaitu dengan cara terus menghubungi pihak PJE melalui talian telefon, "Whatapps", "hubungi kami di Website" dan akhir sekali e-mail.
Tinggalkan Mesej Melalui "Website"
Menghantar e-mail ke Puncak Julung Enterprise
Akhirnya pihak PJE telah membalas e-mail yang mykoleksi hantar pada 26 Mac 2019 lalu, walaupun ada beberapa soalan yang tidak dijawab atau jawapan samar-samar tetapi mykoleksi sangat berterima kasih kepada pihak PJE kerana sudi menjawab setiap persoalan yang mykoleksi.
mykoleksi berharap jawapan ini dapat memberi pencerahan untuk anda semua dalam membuat keputusan.
- Adakah itu Syiling atau Medalion "Peringatan Emas Edisi Terhad"? --> Tiada jawapan
- Berapakah kuantiti tempaan dikeluarkan jika ianya adalah terhad? --> Sebanyak 100000 Syiling Peringatan Emas Tun Mahathir akan ditempa (maksimum)
- Garis pusat (mm)? --> Garis pusat item ialah 47 mm
- Berat keseluruhan (gram)? --> Berat keseluruhan ialah 8.7 gram (berat dengan kes plastik)
- Sila nyatakan sekali ketebalan item numismatik tersebut? --> Ketebalan portret ialah ~ 0.5 cm
- Selain emas 999 (0.1 gram), adakah item numismatik ini dihasilkan dengan campuran logam lain? --> Hanya portret sahaja diperbuat daripada emas 999 (0.1 gram) - jawapan tidak lengkap.
- Adakah ianya didatangkan sekali dengan kotak, "certificate" dan nombor siri? --> Item datang dengan kotak beserta hologram. Tiada nombor siri - jawapan tidak lengkap.
- Item numismatik ini sudah siap ditempa atau belum ditempa? --> Hanya sebahagiannya telah ditempa sekarang.
- Syarikat mana yang membuat tempaan? --> Tempaan dan rekabentuk dibuat oleh Puncak Julung Enterprise.
- Siapakah pereka item numismatik tersebut? --> Tiada jawapan.
Pandangan mykoleksi, maklumat penting yang pelanggan perlu tahu sepatutnya tidak perlu dirahsiakan atau dihadkan. Alasan kali pertama pihak PJE mengeluarkan produk berkaitan numismatik rasanya agak clishe kerana pelanggan sekarang bijak menilai.
Apa yang mykoleksi pasti, tanggapan pertama pelanggan adalah sangat penting dan RM160 bukan satu nilai yang kecil untuk dibayar untuk memiliki medalion peringatan emas keluaran PJE.
5. Ke mana hilangya perkataan "Edisi Terhad"
Kebetulan pula mykoleksi ada simpan gambar "print screen" yang diambil pada 24 Mac 2019 yang pada ketika itu PJE menggunakan perkataan "Syiling Peringatan Emas Edisi Terhad" untuk medalion keluaran mereka, anda boleh membuat perbezaan dengan merujuk gambar kedua yang di ambil pada 16 April 2019.
Ada kemungkinan, apabila ramai yang menghubungi pihak PJE bertanyakan berkenaan jumlah kuantiti medalion tersebut dikeluarkan (biasalah bila ada perkataan "Edisi Terhad"). Barulah mereka perasan yang maklumat yang mereka tulis tersebut adalah salah dan terus menukarkan kepada "Syiling Peringatan Emas Tun Mahathir".
Kesilapan kedua telah dilakukan oleh mereka, nampaknya selepas ini pihak PJE mesti lebih berhati-hati sekiranya mereka merancang untuk mengeluarkan produk berkaitan numismatik seterusnya.
"Syiling Peringatan Emas Edisi Terhad", Gambar Pada 24 Mac 2019
Gambar Pada 16 April 2019 Pula Sudah ditukar ke "Syiling Peringatan Emas Tun Mahathir"
Pandangan mykoleksi, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh dijadikan rujukan dan penanda aras sebelum sesuatu produk numismatik dikeluarkan. Pihak PJE boleh melihat dan belajar bagaimana BNM membuat pengumuman tentang duit syiling peringatan keluarannya, maklumat tentang produk keluaran BNM boleh dikatakan agak lengkap untuk rujukan para peminat hobi numismatik sebelum mereka membuat sebarang keputusan.
Tidak dinafikan yang kadang-kala BNM membuat pengumuman penjualan/pengeluaran duit syiling peringatan "last minute" dan cara pembelian juga masih kucar-kacir, dua (2) perkara tersebut diharap janganlah PJE ikut pula. Kalau boleh pihak PJE cuba buat lebih baik daripada BNM, mana tahu nanti PJE pula boleh dijadikan penanda aras baru dalam pengeluaran produk numismatik.
Kesimpulan yang mykoleksi boleh buat adalah:
- Apa yang mykoleksi tulis ini bukan bertujuan untuk menghalang anda daripada membeli atau memiliki medalion peringatan emas Tun Dr. Mahatihr sebagai koleksi atau perlaburan.
- Sedikit sebanyak, apa yang mykoleksi kongsikan dalam artikel ini dapat memberi gambaran dan pandangan awal kepada peminat hobi numismatik khasnya sebelum membuat sesuatu keputusan.
- Dalam dunia hobi numismatik sekarang, terdapat ramai golongan oportunis yang sentiasa melihat peluang untuk membuat keuntungan atas nama hobi numismatik. Jadi, peminat hobi numismatik kena perlu lebih berhati-hati.
- Kepada pengeluar atau bakal pengeluar produk berkaitan numismatik, diharap dapat menjadikan artikel ini sebagai panduan supaya produk numismatik yang bakal dikeluarkan nanti mempunyai nilai dan diterima oleh peminat numismatik dengan sebaiknya.
- Maklumat berkaitan produk numismatik yang dikeluarkan perlulah diberikan dengan jelas dan tidak berselindung supaya mudah bakal pembeli untuk merujuk dan membuat keputusan.
Maklumat dan pandangan sudah mykoleksi kongsikan, apa yang tinggal sekarang adalah keputusan anda samada untuk mendapatkan medalion peringatan emas Tun Dr. Mahathir tersebut sebagai koleksi atau pun tidak.
Yang pentingkan kejujuran bukannya keuntungan,
mykoleksi
1 comment:
Satu penerangan blog yang padu. Akhirnya dapat serba sedikit jawapan tentang coin ini. Rasa2 mungkin hanya segelintir saja yg mungkin support coin ini disebabkan coin ini lebih kepada parti politik. Dan dengan situasi PH yg semakin tidak dapat sambutan sekarang ni..
Post a Comment