Cari Post lain disini

Wednesday, April 3, 2019

Khabar Angin dan Berita Palsu Dalam Hobi Numismatik

Sijil Asli, Bukannya Palsu

Dunia hobi numismatik tidak pernah sunyi dengan cerita khabar angin dan berita palsu sehingga menggocang nafsu segelintir penumis, itulah realiti yang kadang-kadang membuatkan hobi numismatik nampak indah belaka.

Apabila anda hanya memandang yang indah sahaja, perkara yang sebaliknya secara automatik diabaikan. Jadi, tidak hairanlah jika ada di antara penumis kecundang dan menanggung akibat daripada keputusan yang dibuat secara terburu-buru kerana terlalu mengejar untuk menjadi orang nombor satu (1).

Masa itu juga kita dapat melihat mereka yang sudah "terkena" duduk seorang diri mengenang nasib, manakala pihak "lain" duduk seorang diri juga tetapi dengan penuh keceriaan dan gembira sambil mengira untung.

"Lantaklah, siapa suruh percaya dan beli masa harga tengah mahal", mungkin inilah ayat yang sedang bermain difikiran mereka.

Sikap gedik, terkinja-kinja dan ghairah sehingga hilang pertimbangan bila mendengar perkataan keramat "RARE", "Limited" dan "unlisted" harus ditangani dengan ilmu dan pengetahuan. Barulah tidak ada penyesalan nanti, paling malas boleh bertanya dengan pak cik "Google".

Oh!!!.....alangkah baiknya jika dapat diputarkan kembali masa yang lalu.

Itulah senario yang kita dapat lihat dalam roda kehidupan dunia hobi numismatik, tidak semua perkara indah dan boleh dijadikan perlaburan.

Jika anda rasa tidak mengapa rugi janji dapat "pangkat" orang nombor satu (1), silakan dan anda boleh abaikan apa yang mykoleksi kongsikan ini. Setidak-tidaknya mykoleksi sudah jalankan TANGGUNGJAWAB kecil dalam dunia hobi numismatik, anda bila lagi?

Wahai penumis sekalian,

Pandangan ini adalah datang daripada seorang peminat dan pengumpul hobi numismatik (angkat bakul sendiri), Sekiranya anda rasa ianya mendatangkan manfaat.....Alhamdulillah, mykoleksi doakan semoga anda sentiasa berada dilandasan dunia hobi numismatik yang betul.

Sekali lagi mykoleksi tegaskan, tiada paksaan untuk menyuruh anda menerima pandangan ini. Apa yang penting akal dan fikiran yang dikurniakan Allah biarlah digunakan dengan sebaik mungkin, buangkan "malas" jauh-jauh dan gantikan dengan "rajin".

Nota tambahan:
Nasib baik dalam dunia hobi numismatik belum terpalit lagi dengan isu sijil palsu atau lebih tepat lagi "sijil numismatik" palsu atau beli demi untuk sesuatu tujuan dan pengaruh.

mykoleksi berharap agar isu ini dijauhkan sejauh-jauhnya dari dunia hobi numismatik.

Yang tidak memiliki sijil palsu atau beli,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute