Cari Post lain disini

Tuesday, April 23, 2019

Perlukah SPRM Pantau Aktiviti Hobi Numismatik?

Bangunan Baru Ibupejabat SPRM, Putrajaya

Sangat menarik dan unik rekabentuk bangunan ibupejabat SPRM yang baru, boleh dikatakan setiap pagi mykoleksi akan lalu di kawasan ni.

Selepas JPJ kita tidak tahu kemana pula SPRM akan "mengganas", kita hanya boleh tunggu dan lihat. Tahniah mykoleksi ucapkan kepada pasukan SPRM yang menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.

Adakah kita perlu takut dengan SPRM?

Jawapan pertama sudah pasti TIDAK

Kita tidak perlu takut dengan SPRM sekiranya kita bebas daripada aktiviti rasuah, hidup kita pun akan sentiasa hidup aman dan damai.

TETAPI....jawapan kedua

Berbeza pula dengan mereka yang menjadikan aktiviti rasuah sebagai amalan dan pegangan hidup, perasaan takut dan jiwa kacau akan sentiasa menghantui mereka.

Pergi kemana pun, mereka akan terasa seolah-olah sedang diperhatikan.

Pada pandangan anda, adakah aktiviti rasuah turut berlaku dalam hobi numismatik?

Jawapannya ada pada kita sendiri kerana kitalah yang mencorakkan hobi numismatik.

Sekiranya ada berlaku aktiviti rasuah dalam hobi numismatik, mykoleksi hanya boleh nasihatkan supaya mereka yang terlibat dapat mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pasukan SPRM yang sentiasa menjalankan tugas dengan amanah dan penuh integriti.

"Buat apa nak rasuah, kalau boleh dapat item numismatik dengan cara yang betul"

Bila sentuh berkenaan isu rasuah, tiba-tiba mykoleksi teringat cerita seorang rakan numismatik tentang "monkey stamps" iaitu cerita yang dikaitkan dengan aktiviti merasuah pembesar atau orang kenamaan semasa zaman pemerintahan Dinasti Cina suatu masa dulu.

mykoleksi pun dah ingat-ingat lupa ceritanya, nak goreng nanti takut pula tersilap fakta. Kalau ada siapa-siapa yang pernah dengar cerita ini, harap dapat berkongsi di ruangan komen.

mykoleksi tinggalkkan posting kali ini dengan satu persoalan untuk kita sama-sama bincangkan.

Mungkinkah acara bidaan (auction) matawang boleh dijadikan salah satu platform baru untuk aktiviti rasuah?

Yang anti rasuah dan tangan-tangan ghaib,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute