Cari Post lain disini

Saturday, July 27, 2019

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Pada 30 Julai 2019

Agong Terima Persembahan Syiling Khas Sempena Pertabalan

Tarikh kemaskini: 26/07/2019

AL-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima wang syiling kenang-kenangan daripada Nor Shamsiah Mohd. Yunus (tiga, kanan) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Istana Negara hari ini. Turut berangkat Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan). - BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima persembahan syiling khas daripada Bank Negara Malaysia.

Syiling khas yang dikeluarkan bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai itu dipersembahkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus di Istana Negara hari ini. 

Menurut Pengarah Jabatan Operasi Mata Wang BNM Azman Mat Ali, sebanyak tiga jenis syiling khas iaiatu emas, perak dan emas nodik dipersembahkan kepada Seri Paduka. 

“Ketiga-tiga syiling khas ini diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong pada bahagian hadapan syiling dan di sebelah belakang diukir lambang jata negara.

“Syiling ini diukir dengan teliti oleh pereka khas yang berkemahiran dan dikeluarkan oleh kilang wang BNM sendiri,“ katanya ketika ditemui Bernama dan RTM selepas persembahan syiling berkenaan. 

Azman berkata hanya 300 keping syiling emas akan dikeluarkan, perak (1,500 keping) dan emas nodik (15,000 keping).

Tempahan syiling pula hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos. 

-- BERNAMA


Sumber asal: http://www.bernama.com

Maklumat tambahan,

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI AL-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu emas nordic, perak dan emas. 

Merujuk kepada maklumat yang diperolehi jumlah syiling tersebut mengikut jenis adalah seperti berikut:
  1. Syiling emas  - 300 keping dengan harga RM1800 sekeping
  2. Syiling perak - 1,500 keping dengan harga RM200 sekeping
  3. Syiling emas nordic - 15,000 keping denga harga RM12 sekeping
Duit Syiling Peringatan Bersempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Yang tak sabar nak beli,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute