Majlis pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 bakal berlangsung pada 30 Julai 2019 (esok pagi) bertempat di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim. Bersempena dengan majlis istiadat tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan set duit syiling peringatan dan tempahannya hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos ini.
Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16
Maklumat lanjut berkenaan duit syiling peringatan tersebut anda boleh rujuk laman sesawang (website) rasmi BNM dan perkongsian bertajuk duit syiling peringatan sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.
Buat kali pertama Majalah 3 telah diberi peluang untuk merakamkan secara eksklusif proses pembuatan duit syiling peringatan. Sudah lama mykoleksi teringin untuk mengetahui proses pembuatan duit syiling peringatan keluaran BNM, terima kasih mykoleksi ucapkan kepada warga kerja Majalah 3 diatas usaha ini. Anda boleh rujuk perkongsian video dibawah:
Majalah 3 (2019) | Mon, Jul 29 - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 16
Bagi memudahkan anda, mykoleksi ada menyediakan proses pembuatan duit syiling peringatan dalam bentuk penulisan bergambar mengikut memahaman mykoleksi dengan berpandukan video yang di kongsikan oleh Majalah 3 di "channel Youtube" mereka.
1. Sesi Fotografi Khas
Pada Mei 2019 yang lalu, kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan satu sesi fotografi gambar potret untuk digunakan oleh pihak BNM, ianya adalah sebahagian daripada projek khas bagi menghasilkan duit syiling peringatan bersemperna istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Sesi Fotografi Khas Gambar Potret Tuanku Abdullah
Setelah melalui proses pemilihan yang teliti, beberapa siri kumpulan gambar terpilih dari suduh berbeza dipersembahkan kepada Tuanku Abdullah. Gambar terbaik yang dicadangkan oleh BNM kemudian mendapat perkenan oleh Tuanku Abdullah untuk digunakan pada duit syiling peringatan.
Beberapa Siri Kumpulan Gambar Potret Terpilih Dari Sudut Bebeza
Nampaknya Tuanku Abdullah seperti sedang diberikan penerangan oleh En. Amran Mat Ali, Pengarah Jabatan Operasi Matawang berkaitan gambar dan contoh rekaan duit syiling peringatan yang telah disediakan.
En. Amran Mat Ali Sedang Memberikan Penerangan Kepada Tuanku Abdullah
Siapa tahu, kenapa tarikh 30 Julai 2019 dipilih sebagai hari pertabalan Agong?
2. Melakar dan Mereka Duit Syiling Peringatan
Duit syiling peringatan semperna pertabalan yang dipertuan agong ke-16 ini dihasilkan di kilang wang Bank Negara Malaysia (BNM) yang terletak di Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam
Menurut En Mohd Faizal Abdul Latif, cetusan idea dan proses penghasilan duit syiling peringatan ini telah diilhamkan terlebih awal oleh pihak BNM sebelum mendapat perkenan oleh Tunaku Abdullah.
Akhirnya kita dapat tahu juga siapakah pereka duit syiling bersempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16. BNM memang kuat berahsia betul, apa salahnya perkenalkan mereka kepada kami peminat dunia hobi numismatik.
Akhirnya kita dapat tahu juga siapakah pereka duit syiling bersempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16. BNM memang kuat berahsia betul, apa salahnya perkenalkan mereka kepada kami peminat dunia hobi numismatik.
En. Mohd Faizal Abdul Latif, Pereka Duit Syiling Peringatan
Mungkin inilah rupa lakaran awal yang dimaksudkan oleh En. Mohd Faizal, nampak macam mudah saja untuk menghasilkan sesuatu duit syiling peringatan tetapi hakikatnya pening juga nak memikirnya supaya sesuatu rekabentuk duit syiling perinagatan yang dihasilkan bersesuaian dengan tema.
mykoleksi rasa, semua ini bukan satu masalah besar bagi pereka duit syiling kerana mereka sudahpun memiliki pengalaman yang luas dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk.
Lakaran Rekabentuk Duit Syiling Peringatan Semperna Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16
Dalam rekanbentuk pada kali ini beliau memaparkan potret Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada pandangan sudut sisi berbanding rekabentuk yang dikeluarkan pada sebelum ini yang memaparkan pada bahagian depan.
Lukisan dan Lakaran Potret Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agomg
Menurut maklumat yang dikongsikan, duit syiling peringatan ini turut mendapat suntikan idea daripada baginda Tuanku berdua (Tuanku Agong dan Raja permaisuri), rekabentuk terpilih kemudian dizahirkan secara digital dengan motif yang dekat dengan institusi diraja.
Payung Diraja, Payung Ubur-Ubur Kuning
Pada asasnya En. Mohd Faizal menggunakan payung diraja iaitu payung Ubur-ubur Kuning yang simbolik kepada peranan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Agong sebagai payung negara.
Lihatlah bagaimana 14 payung Ubur-ubur Kuning yang sudah mendapat tranformasi idea menghiasi sekeliling muka hadapan duit syiling bersama-sama potret Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Rekabentuk Pada Permukaan Tepi Syiling diIlhamkan daripada Payung Ubur-Ubur Kuning
Selain potret baginda Tuanku, turut disertakan dalam rekaan duit syiling adalah Jata Peribadi Yang di-Pertuan Agong dan juga nilai duit syiling bergantung kepada variasi iaitu emas (RM100), perak (RM10) dan emas nordik (RM1).
Kedudukan Potret dan Jata Peribadi Yang di-Pertuan Agong
Proses mengukir merupakan proses yang paling rumit, tanah liat khas digunakan untuk mengukir potret baginda Tuanku dengan berpandukan rekabentuk yang telah dihasilkan oleh En. Mohd Faizal sebelum ini.
Merurut En. Noor Hisham iaitu juruukir duit syiling peringatan, cabaran yang paling susah dalam mengukir duit syiling Yang di-Pertuan Agong adalah pada bahagian wajahnya. Menurut beliau, bukan senang untuk mendapatkan karakter Yang di-Pertuan Agong itu sendiri contoh pada bahagian mata, hidung dan juga mulut untuk kita dapatkan profile sebenar Tuanku.
Sebab itulah beliau perlu melihat banyak gambar hasil daripada sesi fotografi yang dijalankan pada Mei lalu, berpandukan gambar-gambar tersebut beliau akan mencari dan kenal pasti karekter yang mana sesuai untuk ditampilkan pada duit syiling.
Merurut En. Noor Hisham iaitu juruukir duit syiling peringatan, cabaran yang paling susah dalam mengukir duit syiling Yang di-Pertuan Agong adalah pada bahagian wajahnya. Menurut beliau, bukan senang untuk mendapatkan karakter Yang di-Pertuan Agong itu sendiri contoh pada bahagian mata, hidung dan juga mulut untuk kita dapatkan profile sebenar Tuanku.
Sebab itulah beliau perlu melihat banyak gambar hasil daripada sesi fotografi yang dijalankan pada Mei lalu, berpandukan gambar-gambar tersebut beliau akan mencari dan kenal pasti karekter yang mana sesuai untuk ditampilkan pada duit syiling.
En. Noor Hisham Jusoh, Juruukir Duit Syiling Peringatan
Nampaknya bukan mudah untuk mengukir sesuatu potret pada syiling, nak-nak lagi potret Yang di-Pertuan Agong ke-16, mykoleksi memang respek dengan ketekunan para pengukir duit syiling ini. Sememangnya ketelitian sangat penting supaya tidak terjadi nanti "lain yang diukir, lain pula yang jadi".
Tiba-tiba mykoleksi terus teringat cerita dalam artikel bertajuk Medalion Peringatan Emas Tun Dr. Mahathir Mohamad Keluaran Puncak Julung Enterprise. Sekiranya anda ingin tahu apakah ceritanya, silalah membaca dengan klik pada tajuk tersebut.
Proses Mengukir Potret Yang di-Pertuan Agong
En. Noor Hisham bertangungjawab dalam memgukir potret wajah Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, dua orang juruukir lain turut menjalankan tugas mereka sebagai pengukir Destar atau tengkolok di Raja dan Muskat Baginda Tuanku.
Proses Mengukir Bahagian Destar atau Tengkolok
Dalam video yang dikongsikan oleh Majalah 3 tidak dinyatakan pula nama pengukir Destar atau tengkolok Diraja yang dinamakan "Dendam Tak Sudah", mykoleksi sudah cuba untuk mendapatkan maklumat tetapi masih belum berhasil.
Apa-apa pun peranan dan ketelitian pengukir Destar ini mesti dipuji dan diberikan penghargaan (kredit) walaupun beliau hanya mengukir bahagian Destar.
Apa-apa pun peranan dan ketelitian pengukir Destar ini mesti dipuji dan diberikan penghargaan (kredit) walaupun beliau hanya mengukir bahagian Destar.
Bagi mereka yang belum tahu tentang Destar atau Tengkolok Diraja, mykoleksi ada sediakan sedikit maklumat.
Destar atau Tengkolok Diraja berwarna hitam bersulam benang emas, soleknya (ikatan) dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Bahagian hadapan tengkolok dipasang dengan anak bulan dengan bintang pecah 14 diperbuat daripada emas putih. Di tengah bintang terletak lambang kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
Destar atau Tengkolok Diraja berwarna hitam bersulam benang emas, soleknya (ikatan) dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Bahagian hadapan tengkolok dipasang dengan anak bulan dengan bintang pecah 14 diperbuat daripada emas putih. Di tengah bintang terletak lambang kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
En. Mohd Zairul Fairuz Zakaria, Pengarang Destar atau Tengkolok
Menurut En. Mohd Zairul Fairuz Zakaria, maksud "Dendam Tak Sudah" kita boleh simbolikkan sebuah perjuangan yang dibawa oleh raja-raja melayu apabila menjawat sebagai Yang di-Pertuan Agong yang memayung rakyat jelata.
Jadi, ada satu perasaan rindu dendam dan ianya tidak semestinya "dendam" ini bermaksud permusuhan tetapi lebih kepada perjuangan yang digalas ke Bawah Duli Tuanku Sultan,
Destar atau tengkolok tersebut dipakai oleh raja-raja melayu sahaja, tidak dipakai oleh rakyat jelata mahupun kerabat-kerabat kecuali di Negeri Sembilan ia turut dipakai oleh yang teramat mulia undang berempat.
Itulah serba sedikit kisah tentang Destar atau Tengkolok Diraja, mykoleksi ingin membawa pula anda ke cerita pengukir Muskat.
Pengukir Bahagian Muskat Nampak Sedang Fokus dan Teliti Semasa Mengukir
Proses mengukir bahagian Musket dibuat dengan teliti oleh pengukir yang berpengalaman, kita juga tidak dimaklumkan siapa pengukirnya. Berdasarkan daripada gambar tersebut kita dapat lihat fokus dan kelelitian 100% diberikan oleh pengukir supaya ukiran Muskat tersebut sama seperti dalam gambar.
Apakah itu Muskat?
Muskat diperbuat daripada benang bulu bewarna hitam yang dijahit sulaman benang emas bercorak awam larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga paras peha dan berlengan panjang. Kebiasaannya dipakai sekali dengan seluar panjang bersulam dikaki dan tengkolok.
Hasil 3 Bahagian Yang Siap Diukir
Selepas proses mengukir selesai, ketiga-tiga bahagian tadi akan digabungkan untuk mendapatkan hasil potret terakhir sebelum proses menempa boleh dijalankan.
Sudah pasti mereka yang diberi peluang terlibat dalam penghasilan duit syiling peringatan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan berasa bangga dan berbesar hati kerana ianya sudah pasti menjadi satu kenangan manis buat mereka.
Sudah pasti mereka yang diberi peluang terlibat dalam penghasilan duit syiling peringatan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan berasa bangga dan berbesar hati kerana ianya sudah pasti menjadi satu kenangan manis buat mereka.
3. Proses Menempa
Proses menghasilkan duit syiling peringatan diteruskan lagi dengan langkah yang seterusnya, potret yang siap diukir tadi akan diimbas mengunakan mesin berketepatan tinggi bagi mendapatkan model digital 3 dimensi.
Mesin Berketepatan Tinggi Digunakan Untuk Mengimbas Potret
Acuan Induk Diukir dengan Mesin Pengukir Khas
Acuan induk mesti dibuat dengan teliti termasuklah melakukan proses mengilap secara manual dan pemeriksaan secara visual juga turut dijalankan bagi memastikan acuan duit syiling peringatan tadi sempurna.
Peralatan Yang Digunakan Untuk Mengilap Secara Manual
Proses Mengilap Dijalankan Dengan Teliti
Kemuncak dalam menghasilkan duit syiling peringatan adalah proses menempa, ianya ditempa dengan menggunakan mesin menempa "Grabener". Sayangnya buat masa sekarang mykoleksi belum lagi dapat mencari maklumat tentang mesin tersebut.
Mesin Menempa Duit Syiling "Grabener"
Sebelum "blank Planchet" diletakkan untuk proses tempaan, pembersihan kawasan permukaan acuan dengan mengunakan semburan angin mestilah dilakukan terlebih dahulu supaya tiada bendasing yang menggangu semasa proses tempaan dijalankan yang berkemungkinan boleh menjejaskan qualiti tempaan duit syiling yang bakal dihasilkan nanti.
Perbersihan Acuan Sebelum "Blank Planchet" Diletakkan
Duit Syiling Peringatan Yang Sudah Siap Ditempa
Sekali lagi proses pembersihan dilakukan supaya bendasing hasil tempaan tadi tidak merosakan duit syiling yang sudah siap ditempa.
Proses Pembersihan Dilakukan Sebelum Syiling Dikeluarkan
Kemudian, duit syiling yang sudah siap ditempa dikeluarkan dengan berhati-hati. Masa ni bagi mykoleksi cukup kritikal, kalau boleh kawan-kawan tolonglah jangan buat lawak atau geletek "Bro" yang tengah pegang siling tu. Buatnya duit syiling yang dipegang tu terjatuh ke lantai, tak pasal-pasal kena dengar syarahan panjang pula.
Duit Syiling Yang Siap Ditempa
Nampaknya "Bro" tadi berpuas hati dengan hasil tempaan duit syiling tersebut, mykoleksi tengok riak wajahnya pun boleh tahu.
Duit syiling yang sudah siap ditempa akan melalui satu lagi proses penting iaitu proses pengesahan kualiti sebelum proses pembungkusan (masuk kapsul) dijalankan.
Penelitian Dibuat Keatas Duit Syiling Yang Siap Ditempa
Duit syiling tersebut diteliti terlebih dahulu, setelah berpuas hati barulah ukuran diameter diambil. Ukuran diameternya mestilah mengikut seperti yang terdapat dalam spesifikasi teknikal yang telah ditetapkan mengikut jenis duit syiling yang hendak dikeluarkan.
Diameter Duit Syiling Diukur
Selepas itu, berat duit syiling tersebut pula direkodkan dan kemudian barulah penelitian keatas hasil tempaan duit syiling tadi dibuat dengan mengunakan kanta khas (cara manual).
Proses Merekod Berat Duit Syiling Peringatan
Duit Syiling Diteliti Dengan Menggunakan Kanta Khas
Sekiranya diameter, berat dan kualitinya tempaan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan berkemungkinan besar duit syiling tersebut tidak dibenarkan untuk jualan dan akan dilupuskan.
Setelah syiling tersebut lulus dalam proses pengesahan kualiti, barulah proses menyimpan duit syiling tersebut ke dalam kapsul khas dijalankan.
Sebuah mesin khas turut digunakan dalam proses ini bagi menjamin kualiti, patutlah nampak kemas saja syiling tu bila berada dalam kapsul.
Setelah syiling tersebut lulus dalam proses pengesahan kualiti, barulah proses menyimpan duit syiling tersebut ke dalam kapsul khas dijalankan.
Sebuah mesin khas turut digunakan dalam proses ini bagi menjamin kualiti, patutlah nampak kemas saja syiling tu bila berada dalam kapsul.
Duit Syiling Sudah Disimpan Kemas Dalam Kapsul
Pembungkusan yang menarik sebenarnya menggambarkan satu hasil kerja yang menakjubkan, kini kita peminat dunia hobi numismatik sudah tahu bagaimana susah payahnya staf BNM menjalankan tugas mereka dalam menghasilkan sesuatu duit syiling peringatan.
Duit syiling peringatan bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dikeluarkan oleh BNM dalam 3 variasi iaitu emas tulin, perak dan emas nordic. Ketiga-tiga duit syiling tersebut boleh dibeli oleh orang ramai pada satu tarikh yang bakal diumumkan nanti.
Hasil Akhir Duit Syiling Peringatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16
Sekali lagi mykoleksi ucapkan terima kasih kepada Majalah 3 dengan kebenaran pihak BNM dapat menyiarkan proses pembuatan duit syiling peringatan secara eksklusif.
Sememangnya kami peminat dunia hobi numismatik sudah lama ingin tahu bagaimana sesuatu duit syiling peringatan dihasilkan.
my-koleksi
No comments:
Post a Comment