Cari Post lain disini

Friday, May 24, 2019

Set Syiling Pattern Malaysia Tahun 1966 Bernilai RM743,731

Collectibles Auction Asia (CAA) 6/2015

Pada 3 Oktober 2015, dunia numismatik digemparkan dengan satu berita tentang set syiling pattern Malaysia tahun 1966 yang berjaya dijual dengan harga SGD241,500 (termasuk premium pembeli) atau RM743,731 di Collectibles Auction Asia (CAA) 6/2015 di Landmark Village Hotel, Singapore.

Maklumat Berkenaan Set Syiling Pattern Malaysia Tahun 1966

Syiling tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setakat yang mykoleksi tahu Bank Negara Malaysia (BNM) pun tidak pernah mempamerkan set syiling tersebut di Muzium, Sasana Kijang. 
 
Opss....nanti dulu

Rupanya, rekabentuk syiling baru Malaysia (syiling pattern) itu pernah dipamerkan kepada umum buat pertama kalinya bermula 29 Mac 1966 di Muzium Negara, Kuala Lumpur

Petikan daripada buku 25 tahun BNM

"Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan pada bulan Februari, 1966 untuk memilih satu set yang terdiri daripada lima rekabentuk untuk duit syiling yang baharu. Satu set rekabentuk yang mengandungi monyet muncung, tapir Malaysia, tenggiling, kijang dan kuang telah dipilih. Beberapa cetakan percubaan matawang baharu telah dicetak di Royal Mint di England.

Tun Ismail telah menunjukkannya kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Tunku berkata, "Tidak, ini tidak boleh. Orang akan menganggap bahawa kita makan binatang-binatang ini. Mengapa tidak menggunakan gambar bangunan parlimen di atas duit syiling, memandangkan negara kita adalah sebuah negara demokrasi berpalimen? Terdapat sebuah gambar parlimen yang cantik atas kotak rokok Parlimen," beliau mencadangkan. Beginilah caranya bagaimana gambar bangunan Parlimen berada di duit syiling kita."

Itulah sedikit cerita bagaimana gambar bangunan Parlimen boleh menghiasai duit syiling pertama Malaysia.

mykoleksi tidak merasa teruja dengan nilai bidaan tinggi yang berjaya dicatatkan untuk set syiling tersebut tetapi apa yang menjadi persoalan mykoleksi sekarang adalah:
  1. Milik siapakah set syiling pattern Malaysia tahun 1966 tersebut sebelum dilelong di CCA 6/2015?
  2. Bagaimana syiling tersebut boleh beliau miliki?
  3. Siapakah yang mencadang dan membawanya syiling tersebut untuk lelongan di CCA 6/2015?
  4. Siapakah pemilik terkini set syiling pattern Malaysia tahun 1966 yang berjaya dibida dengan harga RM743,731?
Empat (4) persoalan itu masih lagi misteri sampai sekarang, mykoleksi masih mencari jawapannya.
Siapa yang ada maklumat, mykoleksi sangat mengalu-alukan anda untuk berkongsi supaya persoalan ini bertukar menjadi satu sejarah baru dalam dunia hobi numismatik.

Yang tidak memlilik set syiling pattern Malaysia,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute