Cari Post lain disini

Thursday, April 9, 2020

Penjaga Kubur Jepun

Sisipan Akhbar Kosmo! 7 November 2011

Dalam tempoh PKP, macam-macam benda kita boleh buat. mykoleksi nak berkongsi gambar koleksi numismatik rasanya dah ramai buat nanti boring pula orang tengok

Apabila banyak masa terluang, mykoleksi penuhinya dengan aktiviti megemas dan menyusun semula koleksi akhbar yang ada.

Keratan akhbar kali ni rasanya menarik bagi geng JIM, ianya menceritakan kisah Penjaga Kubur Jepun bernama Chaterine Lessler di Kuala Lumpur.

Sudah lebih 35 tahun beliau setia menjaga kubur, dahulunya beliau dan suami bertanggungjawab menjaga tanah perkuburan Jepun. Kini walaupun sudah meniti usia emas beliau masih kuat bekerja seorang diri dan kadang-kadang dibantu oleh anak lelakinya Vincent.

Dapatkan kisah penuh didalam sisipan akhbar Kosmi! bertarikh 7 November 2011 (Isnin), mykoleksi kongsikan sedikit info.
  1. Ketika Perang Dunia Kedua, komuniti Jepun di Malaya telah dihalau keluar sama ada pulang ke Jepun atau tinggal di kem pengasingan di India.
  2. Ajinomoto yang terletak di Kuchai Lama merupakan syarikat Jepun pertama dibuka di Malaysia selepas merdeka.
  3. Sebenarnya, bukan mayat dikebumikan tetapi hanya abu mayat si mati ditanam dan kubur tersebut bertindak sebagai tanda peringatan.
  4. Orang jepun yang tinggal di Malaysia dan mahukan abunya ditanam di kawasan tersebut tanpa mengira agama sama ada Buddha atau Kristian boleh ditanam di situ.
  5. Perkuburan di Kuala Lumpur masih lagi digunakan sehingga kini dan paling terkini adalah pada Jun 2011.
Senarai tanah perkuburan Jepun di Malaysia.
  1. No. 2, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.
  2. No.1142, Jalan Kebun Teh, Johor Baharu, Johor
  3. No. 120, Seksyen III, Bandar Bukit Baru, Melaka.
  4. Lot No. 10, Jalan Rawang, 10150, Pulau Pinang.
  5. 18, Jalan Sungai Pari, Ipoh Perak
  6. Lot No. 3568, Jalan Pusara, Kuala Terengganu
  7. Jalan Istana, Sandakan Sabah
  8. Jalan Tuaran, 2E1/2 Mile, Kota Kinabalu, Sabah
  9. Tanjong, Batu Road, Tawau, Sabah
  10. Botanical Garden, Jalan O.K.K Abdullah, Labuan
  11. Tanjong Lobang, Miri, Sarawaku
  12. Town Land, Lot No. 47, Section No. 36, Survey Plan
  13. No. W43-6-8-7 dan 3239C, Kuching
Menurut penasihat The Japan Club of Kuala Lumpur (JCKL), T. Mandai, bilangan abu mayat yang ditanam di tanah perkuburan jepun di Kuala Lumpur sukar ditentukan kerana tiada rekod kemasukan rasmi imigran jepun ke Tanah Melayu.

Apa yang pasti lebih 7000, ini kerana selain abu/mayat yang ditaman sejak tahun 1897. Pada tahun 1945 ketika Perang Dunia Kedua berakhir, seramai 7000 orang askar Jepun turut dikebumikan disitu.

JCKL hanya mempunyai rekod penuh 500 hingga 600 orang seperti nama, asal-usul dan pekerjaan mereka di Malaysia.

Begitulah sedikit sebanyak kisah Penjaga Kubur Jepun, nak tahu lebih lanjut anda boleh baca sambungannya dibawah;

35 Tahun Setia Menjaga Kubur

Yang belum pernah sampai,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute