Cari Post lain disini

Thursday, December 16, 2021

Majlis Pelancaran Syiling Peringatan Keluaran LFSA Ke-25

15 DISEMBER 2021


Majlis Pelancaran Syiling Peringatan Keluaran LFSA

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri ke Majlis Pelancaran Syiling Peringatan bagi meraikan ulang tahun Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) yang ke-25.

Beliau amat kagum dengan kemajuan (LFSA) sepanjang 25 tahun ini. Sejak penubuhan LFSA pada 1996, bilangan institusi kewangan berlesen di Pusat Perniagaan & Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) meningkat lebih 10 kali ganda daripada 80 kepada 850 entiti. Sebanyak 70 peratus daripada perniagaan di IBFC adalah dari Asia Pasifik dan Timur Jauh. IBFC juga menyumbang lebih 60 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) Labuan pada 2020.

Beliau turut berharap agar pencapaian cemerlang sebegini dapat diteruskan oleh LFSA demi kesejahteraan rakyat Labuan dan juga #KeluargaMalaysia.

Beliau juga amat kagum dengan syiling peringatan keluaran khas sempena sambutan ulang tahun tersebut.

Sumber: www.mof.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute