Cari Post lain disini

Friday, November 19, 2021

Cara-Cara Memiliki Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun PERKESO ke-50 (PERKESO50) dan JPJ ke-75 (JPJ75)

Kemudahan Tempahan dan Pembayaran Dalam Talian serta Penghantaran bagi Penjualan Wang Peringatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Embargo : Untuk siaran segera
17 Nov 2021

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin mengumumkan penyediaan kemudahan tempahan dan pembayaran secara dalam talian serta penghantaran bagi penjualan duit syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM bersempena dengan Ulang Tahun PERKESO yang ke-50 (PERKESO50) dan Ulang Tahun JPJ yang ke-75 (JPJ75).

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui laman sesawang https://duit.bnm.gov.my mulai Isnin, 22 November 2021 (10.00 pagi) hingga Jumaat, 3 Disember 2021 (11.00 malam). Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, cabutan untuk menentukan tempahan yang berjaya akan dibuat.

Orang ramai dinasihati supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan.

Maklumat mengenai pembayaran, pengumunan keputusan tempahan dan kemudahan penghantaran terdapat dalam laman sesawang tempahan. 

Bank Negara Malaysia
17 Nov 2021

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute