Cari Post lain disini

Monday, May 23, 2022

BNM Lancar Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun LKIM Ke-50

Embargo : Untuk siaran segera
23 Mei 2022

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Ke-50.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam satu majlis di Wisma LKIM pada 14 April 2022.

Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf)

Duit syiling ini mempunyai berat 31 gram dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual dengan harga jualan RM253 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling ini mempunyai berat 8.5 gram dan diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping. Sejumlah 10,000 keping telah ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk Set 2 dalam 1 untuk jualan. Set ini berharga RM308. Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic. Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian.

Sila rujuk Lampiran I untuk butiran terperinci mengenai kesemua duit syiling peringatan ini.

Reka Bentuk Duit Syiling

Reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Bahagian Hadapan


Tulisan “50 TAHUN LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA” dipaparkan pada sekeliling kiri duit syiling. 

Imej pada syiling itu memaparkan pemandangan dari udara seorang nelayan menarik pukatnya. Pukat yang dipenuhi dengan ikan segar dari laut biru (syiling perak sterling berwarna sahaja) melambangkan kemahiran dan pengalaman nelayan itu serta rezeki yang terdapat di perairan Malaysia.

Bahagian Belakang


Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling, disusuli dengan logo rasmi jubli emas LKIM pada bahagian tengahnya. Ukiran ombak tiga dimensi (3D) melambangkan cabaran dan peluang yang dihadapi LKIM dalam memartabatkan industri perikanan. Nilai muka “10 RINGGIT” dan “1 RINGGIT” pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Jualan duit syiling peringatan

Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai 10.00 pagi, Isnin, 23 Mei 2022 hingga 11.00 malam, Jumaat, 3 Jun 2022.

Orang ramai dinasihati supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan.

Nota: Semua harga termasuk 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Lampiran I

Spesifikasi Teknikal


Nota: Harga yang dinyatakan di atas termasuk 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Bank Negara Malaysia
23 Mei 2022

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute