Cari Post lain disini

Friday, October 28, 2022

Syiling Peringatan Ke-50 Tahun RELA Dilancar

October 26, 2022 Written by Media Baharu Published in Semasa

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) melancarkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Jubli Emas RELA ke-50 tahun.

Duit syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM ini dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan akan dikeluarkan dalam dua bentuk denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic "Brilliant Uncirculated" (BU).

Menurut Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman pengeluaran duit syiling peringatan yang julung kali diadakan ini adalah cukup bermakna bagi RELA selepas lima dekad penubuhannya.

(Syiling peringatan akan dikeluarkan dalam dua bentuk denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic "Brilliant Uncirculated" (BU))

Peranan jabatan ini terus berkembang selari dengan arus transformasi ke arah sebuah jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya kepada bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa.

Majlis turut mengimbas kembali segala sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh RELA bersesuaian dengan fungsinya yang termaktub di dalam Akta 752 iaitu Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012.

Pada majlis sama, Hamzah turut menyampaikan penganugerahan Pingat 50 Tahun RELA kepada empat orang penerima yang terdiri daripada pegawai dan anggota sukarela yang telah menunjukkan sumbangan dan bakti kepada jabatan.

Sumber asal: berita.rtm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute