Cari Post lain disini

Thursday, August 17, 2023

Majalah Wahida dan Bangi Bilangan 1 Tahun 1

Sempena meraikan "kekecewaan" mykoleksi terlepas 2 buku menarik hari ni, sebagai "ubat" mykoleksi ingin berkongsi 2 buah majalah yang tak ada kaitan dengan dunia hobi numismatik tetapi jarang nampak orang berkongsi tentangnya.

Boleh jadi juga orang sudah melupai kewujudan 2 majalah ini yang dulu pernah ada di "pasaran", majalah tersebut adalah "Wahida" dan "Bangi". Kedua-dua majalah ini mykoleksi perolehi hasil "menyelam" di satu tempat yang agak susah untuk ditembusi suatu masa dahulu.

Majalah Wahida merupakan sebuah majalah yang berkonsepkan pendidikan islam yang bilangan 1 diterbitkan pada Februari 1979. Nak tahu apa tajuk-tajuk menarik yang ada didalamnya, anda boleh rujuk gambar no. 3

Antara tajuk utama bagi majalah Wahida ini adalah:
  1. Negara Arab peralatkan agama cari pengaruh
  2. Dia perintah robohkan Kaabah
  3. Pendatang haram atau pelarian?
  4. Awang Had: Tokoh Pendidik Kontravesial
Tak banyak maklumat yang mykoleksi tahu tentang majalah ini, kalau anda tahu bolehlah berkongsi diruangan komen.

Ada lagi satu majalah yang mykoleksi rasa belum pernah ada orang berkongsi iaitu majalah Bangi keluaran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), kandungannya berkisar dari kisah negara, politik, ekonomi, mahasiswa dan masyarakat.

Tajuk utama bagi keluaran bilangan 1 tahun pertama (1977/1397) adalah
  1. Hubaya-hubaya terhadap ajaran sesat
  2. Protokol perdeta zionis
  3. Undang-undang Islam dan perlaksanaannya
  4. Sekeping ijazah penuh persoalan.
Mustofa Abd. Rahman dilantik sebagai Ketua redaksi bagi majalah Bangi dan sidang redaksi terdiri daripada Zamanhuri Hj Shamsuddin dan Nawawee Mohamad. Cover majalah ni pula dihasilkan oleh Azmi Yusoff.

Siapa yang pernah belajar di UKM Bangi wajib simpan majalah ni, tak dapat pastikan majalah ini dikeluarkan berapa keluaran. Majalah Bangi bilangan 2 mykoleksi pernah nampak orang kongsi di Facebook, cuba lah anda cari

Kondisi kedua-dua majalah dalam simpanan mykoleksi boleh dikatakan baik dengan hanya sedikit "contengan" tandatangan dan nama pemilik asal pada mukasurat pertama yang bagi mykoleksi tak menjejaskan majalah tersebut.

Ini merupakan hobi sampingan mykoleksi dalam usaha untuk selamatkan majalah atau apa saja bahan bacaan ilmiah (terutama sekali keluaran pertama) supaya kekal dan terpeliharan, mykoleksi lakukan sekadar yang termampu.

Setidak-tidaknya dengan perkongsian ini ianya dapat mengurangkan rasa kecewa mykoleksi hari ini yang tak berjaya memiliki 2 buah buku menarik

Siapa yang nak tengok koleksi Buku Laporan MAGERAN berkenaan peristiwa 13 Mei 1969 dengan 4 versi tulisan/bahasa iaitu Jawi, Melayu, Inggeris dan Tamil boleh ke pautan dibawah:


Yang masih kecewa,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute