Cari Post lain disini

Saturday, September 9, 2023

Cerita 3 Almari Buku dan Juri


Minggu lepas (3 September 2023), mykoleksi menerima kunjungan juri untuk satu pertandingan. Kali ni mykoleksi sediakan 3 almari bahan rujukan yang berkaitan sejarah, bacaan umum, BNM dan tidak ketinggalan numismatik.

Ini merupakan kali kedua mykoleksi menyertai pertandingan tersebut, tujuan utama bukan kemenangan tetapi untuk mengembangkan jaringan mykoleksi dalam bidang penulisan, perkongsian bahan ilmu dan bahan rujukan dalam dunia hobi numismatik.

Alhamdulillah, nampak gayanya pihak juri sangat tertarik dengan bahan rujukan numismatik yang mykoleksi ada. Semasa sesi penjurian dan "interview" berlangsung turut dibincangkan juga berkenaan peluang mykoleksi untuk mengenengahkan dunia hobi numismatik kepada orang ramai.



In sha Allah, kalau ada rezeki mykoleksi sudah tentu akan buat sehabis baik. Biarlah cara mykoleksi lambat, asalkan diberi peluang. Lain orang lain caranya, apa yang penting ada nampak hasil.

Salah seorang juri yang datang ke "rumah" mykoleksi rupanya mengenali rapat dengan Allahyarham Datuk Mohd Kassim Haji Ali, mykoleksi pun bawa keluarlah bahan rujukan milik Datuk Mohd Kassim untuk beliau lihat dan baca.


Sesi penjurian yang sepatutnya berlangsung sekejap saja, berlarutan ke 1 jam gara-gara juri khusyuk mendengar cerita dan penerangan mykoleksi berkenaan dunia hobi numismatik.

Kalau tahun depan ada lagi pertandingan ini, mykolesi akan upgrade bilangan almari lagi 2. Akan datang mykoleksi akan keluarkan pula koleksi keratan akhbar yang ada dalam simpanan. In sha Allah...

Terima kasih kepada semua member yang support mykoleksi selama ini terutama sekali mereka yang menyumbang dan menjual bahan rujukan numismatik (khasnya), buat masa sekarang ada beberapa perkara yang mykoleksi sedang bangunkan secara "in house".

Doakan perancangan mykoleksi tak "hiccup", kadang kala mykoleksi rasa "down" juga tapi bila ada support dari member dan famili yang menjadi kekuatan untuk terus bangun dan bersemangat untuk teruskan sehingga ke tahap ini.

Dalam hidup ini, jika tak ada cabaran dan dugaan ianya akan membuatkan kita lemah dan tak semangat. Cubaan dan dugaan ini yang menjadikan seseorang itu menjadi lebih kuat dan bersemangat dalam menempuh dugaan dimasa depan.

Yang sentiasa semangat,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute