Cari Post lain disini

Friday, September 29, 2023

Kenapa Tidak Lagi Berkongsi Berkenaan Matawang?

Kata-Kata Semangat Gabenor BNM Ke-10

Bukan mykoleksi tak mahu menulis atau berkongsi berkenaan matawang tapi sudah ramai geng numis dah buat, berkongsi info yang sama adalah sesuatu yang membosankan.

Apa salahnya mykoleksi berkongsi berkenaan bahan rujukan numismatik seperti buku yang ramai memandang sepi seperti tiada harga, boleh juga sama-sama kita tahu bahan rujukan apa yang ada untuk kita menambah ilmu dan merujuk dalam dunia hobi numismatik.

Percambahan perkongsian ilmu amat penting supaya hobi numismatik terus berkembang, menulis atau berkongsi ilmu mengikut orang tak sama dengan menulis atau berkongsi ilmu disebabkan minat.

Kerana minatlah, mykoleksi sehingga kini belum lagi berhenti dalam berkongsi ilmu. Orang baca atau tidak, itu soal kedua. Doakan mykoleksi mampu bertahan, terima kasih Gabenor BNM X diatas kata-kata semangat dan penghargaan ini.

Inilah kali pertama mykoleksi mendapat penghargaan walaupun ianya datang melalui pertemuan orang lain (sebagai wakil) yang mengingati mykoleksi.

Yang belum berhenti,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute