Cari Post lain disini

Monday, September 11, 2023

"Bunga Mas" Dalam Sejarah Kelantan

Mastika Mac 1967

Majalah Mastika Mac 1967 ni mykoleksi beli kira-kira 2 minggu lepas di Amcorp Mall, kebetulan mykoleksi ke sana untuk berjumpa member dan mengambil buku yang dah lama mykoleksi beli.

Bukan sebab cover "Tunku" majalah tersebut dibeli mykoleksi tetapi sebab isi didalamnya yang menarik perhatian. Antara isi kandungan menarik adalah berkenaan "Bunga Mas", Tun Dr. Ismail dan pertikaian di negara Arab.

Biasanya kisah Bunga Mas sebelum ini mykoleksi baca bab negeri kedah saja, kali ni terjumpa pula kisah ringkas berkenaan Bunga Mas Kelantan, kisahnya agak menarik dan banyak bahan rujukan sejarah digunakan dalam menghasilkan penulisan ini antaranya "Hikayat Sri Kelantan".
Nampak gayanya lepas ni mykoleksi "hunting" pula buku/bahan yang digunakan untuk tajuk ini, boleh simpan dalam "library" persendirian dan dijadikan rujukan.

"Bunga Mas" dalam bahasa mudah hadiah dan juga disebut juga sebagai Upti yang dihantar kepada Raja Siam (Thailand), ada 4 negari yang terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Patani.
Jika mykoleksi nak menulis kisah Bunga Mas ni rasanya tak perlu kerana anda boleh membacanya sendiri, mykoleksi dah kongsikan gambar 6 mukasurat berkenaan kisah/artikel ini.


Inilah cara mykoleksi (walaupun bukan pakar) dalam menyebarkan ilmu, bila mykoleksi terjumpa sesuatu info yang dirasakan belum ada lagi orang berkongsi, mykoleksi akan berkongsi supaya sama-sama mendapat manfaat.



Bukan simpan info yang kita tahu sorang-sorang sampai "berkarat", ilmu yang kita ada elok disebarkan supaya lebih ramai orang tahu dan sampaikan pula kepada orang lain.



Tapi kadang kala mykoleksi rasa kurang "sedap" apabila mendapat tahu info yang dikongsi digunakan oleh individu lain tanpa memberi kredit atau berterima kasih kepada pemilik asal. 

Di manakah adab dalam menuntut ilmu atau belajar?

Yang bukan Mat Bunga,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute