Cari Post lain disini

Monday, January 15, 2024

Kenapa Tulisan Jawi Pada Matawang "Dihilangkan"?

Kehalusan Khat Dalam Matawang: Lambang Ketemadunan Islam

Rasanya ramai yang tidak perasan yang tulisan jawi pada matawang Malaysia telah "dihilangkan" bermula pada tahun 1967 untuk matawang siri pertama yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pertama, Tun Ismail Mohamed Ali.

Sambungan

Kenapa tulisan jawi ini dihilangkan tidak diketahui, mykoleksi belum mendapat jawapannya lagi. 

Jika kita lihat matawang yang dikeluarkan atau digunakan semasa zaman negara kita dijajah, boleh dikatakan matawang di Malaya dan British Borneo ketika itu memaparkan tulisan jawi terutama sekali pada wang kertas.

Dengan merujuk artikel yang disediakan oleh Prof Madya Dr. H M Bukhari Lubis dari Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, UKM yang diterbitkan pada Disember 1995. 

Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) telah mengemukakan memorandum yang di antara isinya meminta Bank Negara Malaysia (BNM) menimbang kewajaran tulisan Jawi dicetak pada syiling dan wang kertas Malaysia.

Boleh jadi disebabkan memorandum dan desakan tersebut diambil serius, tulisan jawi diwujudkan semula pada matawang (wang kertas) siri ke 8 (1996 - 1998) dan ianya kekal sehingga sekarang. 
Tahukah anda siapakan yang menulis tulisan jawi perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" pada wang kertas kita sekarang.

Khat Nasakh Ringgit Malaysia

Tulisan khat Nasakh perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA" tersebut ditulis oleh En. Sulaiman Awang, bapa kepada pelakon Intan Azura ini juga mahir menulis tulisan khat lain iaitu khat Tuluth, Riq'ah dan Diwan.

Memori Tulisan Jawi Atas Duit: En. Sulaiman Awang

Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut kisah En. Sulaiman Awang, anda boleh singgah ke blog mykoleksi (https://my-koleksi.blogspot.com) atau boleh baca artikel dalam gambar yang mykoleksi kongsikan.
Semoga apa yang mykoleksi kongsikan pada kali ini memberi manfaat kepada anda.

Yang tahu jawi,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute