Cari Post lain disini

Friday, January 12, 2024

Mata Wang Zaman Awal Kesultanan Johor: Suatu Tinjauan Semula

Suatu Tinjauan Semula

Malam ni mykoleksi ingin berkongsi pula satu kertas kerja yang diusahakan oleh Cikgu Nasron pada tahun 2015 berkenaan Mata Wang Zaman Awal Kesultanan Johor, beliau salah sorang yang aktif dalam mengkaji terutama sekali matawang Kesultanan Johor.

Mukasurat 5

Penulisan beliau dimulai dengan...

"In group A one distinctive issue apparently bears the name Sultan Alauddin and they are provisionally attributed to Sultan Alauddin Riayat Shah who ruled from 1597 to 1612", F. Pridmore

Anda kenal tak siapa F. Pridmore?

Cikgu Nasron kenal tak?

Kalau tak kenal F. Pridmore tu boleh dimaafkan lagi tapi kalau tak kenal Cikgu Nasron. Rasanya  elok tak payah "main" mata wang kesultanan, jadi collector mata wang moden sudah.

Mukasurat 9

Perbincangan dalam penulisan beliau telah memfokuskan berkenaan:
  1. Mata wang zaman Sultan Alauddin II (1528/30 - 1564) dan Sulatan Alauddin III (1597 - 1615)
  2. Mata wang zaman Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570 - 1597)
Apa lagi, anda boleh baca maklumat pada gambar yang mykoleksi kongsikan tersebut. Perkongsian dan kajian sebegini yang perlu diperbanyakkan terutama sekali oleh mereka yang bergelar pakar, boleh mykoleksi yang tak pakar ini menumpang belajar.

Mukasurat 14: Penutup

Lama mykoleksi tak berjumpa dengan cikgu Nasron, nanti ada masa boleh la mykoleksi ajak Cikgu Nasron mengeteh sambil "mengorek" ilmu yang ada. Rumah kami tak jauh mana pun, cuma berbeza Presint saja.

Harap perkongsian tentang kajian/tinjauan semula yang dihasilkan oleh Cikgu Nasron ini dapat sama-sama memberikan kita manfaat.

Yang meninjau juga,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute