Cari Post lain disini

Thursday, June 16, 2022

Buku Tin 'Hat' and Animal Money

TIN 'HAT'  AND ANIMAL MONEY

Pada kali ni mykoleksi ingin buat simple review untuk sebuah buku bertajuk Tin 'Hat' and Animal Money, ianya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh Muzium Negara, Kuala Lumpur. Buku ini ditulis oleh William Shaw dan Mohd. Kassim Haji Ali, penulis yang memang sinonim dengan buku numismatik.

Apabila orang Eropah mula berminat dengan Semenanjung Tanah Melayu dari abad ke-16 dan seterusnya, mereka mendapati bahawa mata wang utama yang digunakan dalam kesultanan sama ada blok atau syiling timah adalah di mana nilai mata wang itu pada umumnya dianggap sama dengan nilai mata wang bijih yang digunakan. 

Dalam buku ini penulis menerangkan sejarah mata wang dan memberi contoh pelbagai jenis yang digunakan sebanyak 17 muka surat dengan 9 muka surat lagi plat dan bibliografi. Buku "paperback" edisi pertama yang sangat bagus.

Terdapat banyak topik menarik berkaitan matawang timah yang diceritakan secara ringkas berserta gambar;

  1. Introduction
  2. Pagodas and Pyramids
  3. The Tin Menagerie
  4. 'Hat' Money
  5. Explanation of Plates
  6. References
  7. Acknowledgement
  8. Museum Publications

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang maklumat didalam buku ini, anda boleh dapatkannya secara terus di Muzium Negara atau di cawangan muzium atau boleh membuat pembelian secara online

Buku Tin 'Hat' and Animal Money telah dicetak semula oleh pihak Muzium Negara, mykoleksi telah membeli buku cetakan semula ini di rerurai Muzium Negara di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 22) yang berlansung pada 3 - 12 Jun 2022 lalu di WTCKL.

Muka Hadapan Buku TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY
(Kiri: Cetakan Asal, Kanan: Cetakan Semula)

Bahagian Belakang Buku TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY
(Kiri: Cetakan Asal, Kanan: Cetakan Semula)

Isi kandungannya tetap sama cuma mykoleksi sedikit ralat kerana buku yang mykoleksi beli tersebut ada ralat pada cetakan muka surat, ada 4 mukasurat yang tidak dicetak iaitu 10, 11, PLATE 1 dan PLATE 2.

Mukasurat 10 dan 11 tidak dicetak dalam Buku TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY Cetakan Semula (Kanan)

Mukasurat PLATE 1 dan PLATE 2 tidak dicetak dalam Buku TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY Cetakan Semula (Kanan)

Salah mykoleksi juga sebab tak semak dulu semua mukasurat sebelum membelinya, boleh jadi juga buku yang mykoleksi beli saja yang cetakkan mukasuratnya tidak lengkap. Nanti mykoleksi akan ke Muzium Negara untuk membeli sebuah lagi buku tersebut, kali ni mykoleksi akan semak betul-betul. Buku yang tidak lengkap muka surat ini mykoleksi anggap sebagai buku kategori "error' iaitu kesilapan dalam cetakan, syok juga simpan.

Buku Tin 'Hat' and Animal Money cetakan semula yang dijual oleh Muzium Negara di PBAKL 22, mykoleksi beli dengan harga RM10 sahaja. Boleh jadi kos pencetakan sekarang telah meningkat.

Harga Buku TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY Setakan Semula RM10

Semoga perkongsian mykoleksi kali ini memberi manfaat kepada anda, semoga anda terus berkunjung dan membaca perkongsian di blog mykoleksi ini.

Ringkasan:

Tajuk: TIN 'HAT' AND ANIMAL MONEY
Penulis/Penyunting: William Shaw dan Mohd Kassim Haji Ali
Tarikh Dikeluarkan: 1970 (Cetakan Pertama)
Harga: N/A
Jumlah Mukasurat: 17 dan 9 (Plat & bibliografi) 
Penerbit: Muzium Negara, Kuala Lumpur

Yang sentiasa berkongsi.

mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute