Cari Post lain disini

Saturday, August 23, 2014

Duit Syiling 50 Sen 2002 Dengan "0" (Kosong) Tebal/"Bold"

Aku nak berkongsi pada kali ini satu artikel berkenaan duit syiling 50 Sen 2002 dengan variety/keragaman unik yang dikenali sebagai "50 Sen Big "0" (kosong)" oleh peminat dunia hobi numismatik, berdasarkan pengamatan aku ianya tidak boleh dipanggil sebagai Big "0" kerana saiz angka kosong tersebut hampir sama dengan saiz "0" yang terdapat duit syiling 50 sen biasa/normal.

Bagi aku variety/keragaman tersebut sepatutnya dikenali sebagai Duit Syiling 50 Sen "0" Tebal/Bold (Bahasa Inggeris), walaupun bunyinya sedikit janggal tetapi itulah kakikatnya yang patut kita terima. Adakah anda setuju?

Aku tak kisahlah anda bersetuju atau tidak, aku lebih selesa dengan panggilan Duit Syiling 50 Sen "0" Tebal/"Bold" bagi duit syiling tersebut, aku ada sediakan penerangan ringkas bergambar untuk memudahkan anda untuk faham. Sebelum itu, marilah kita ambil tahu dahulu maklumat ringkas berkenaan duit syiling 50 Sen siri kedua bermotifkan Wau dan spesifikasi teknikal;

Duit Syiling 50 Sen 2002

Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.

Spesifikasi Teknikal:

Bahan/Kandungan: Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)/Cu: 75, Ni: 25
Garis Pusat (mm) : 27.76
Berat (g) : 9.33
Ketebalan (mm) : 2.18
Bahagian Sisi : Sisi Kosong Berukir Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”
Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang duit syiling siri kedua denominasi lain, anda boleh rujuk artikel Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Perbezaan antara duit syiling 50 sen 2002 biasa dengan "0" tebal/"bold" anda boleh rujuk pada gambar, keadaan fizikal bagi kedua-dua variety/keragaman duit syiling ini hampir sama dan boleh dikatakan tiada perbezaan langsung.

Sekiranya kita letakkan duit syiling tersebut bersebelahan seperti apa yang aku buat, barulah kita nampak perbezaan saiz angka "0" (kosong) yang  agak tebal seolah-oleh telah di"bold" berbanding duit syiling 50 Sen 2002 lain.

Perbezaan Antara Duit Syiling 50 Sen 2002 Biasa Dengan "0" Tebal/"Bold"

Sila rujuk anak panah merah pada gambar sebelah kanan, angka "0" tebal/"bold" yang ditempa untuk nilai muka 50 Sen nampak jelas. Anda tidak memerlukan kanta pembesar atau kamera hebat untuk mengesan variety/keragaman ini, setuju?

Bagaimana variety/keragaman tersebut boleh berlaku, pada pandangan aku ianya berlaku mungkin disebabkan oleh "Die Variety"/keragaman acuan dimana ada perubahan atau modifikasi minima dibuat pada die (acuan) bertujuan untuk penambahbaikan acuan dan ianya masih lagi sah untuk digunakan dengan merujuk pada perubahan angka "0" (kosong) tebal/"bold".

Bagi aku variety/keragaman duit syiling 50 Sen tersebut agak sukar untuk kita temui, setakat artikel ini ditulis aku hanya berjaya menjumpai dalam edaran hanya sekeping saja duit untuk dijadikan sebagai koleksi.

Anda boleh baca juga artikel Menara Popular Pada Duit Syiling 5 Sen 2007 dan 2009 dan Variety/Keragaman Duit Syiling 1 Sen 2002 untuk mengetahui variety/keragaman lain bagi duit syiling Malaysia.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute