Dibawah merupakan tips yang saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca sebagai "guideline" untuk mengumpul syiling/wang kertas lama mahupun baru sebagai koleksi dan hobi;
- Mula-mula sekali anda mesti enjoy dengan apa yang anda hendak dilakukan, jangan menjadikan hobi untuk mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sesuatu yang membebankan. Kumpul mengikut kemampuan anda dan jangan beranggapan anda mengumpul untuk dijadikan pelaburan atau untuk dijual suatu masa nanti.
- Perancangan penting dalam mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru, ianya penting supaya koleksi yang anda ada mendatangkan kepuasan suatu hari kelak. Anda boleh pilih samaada ingin mengumpul syiling, wang kertas atau kedua-duanya sekali. Tepuk dada, tanya budget dan minat anda.
- Beritahu kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat yang anda seorang pengumpul syiling/wang kertas lama dan baru. Mana tahu, mereka ada simpan duit/wang kertas lama dan baru, kemudian memberikan kepada anda secara percuma. Anda juga yang untung.
- Kumpul syiling/wang kertas yang berdonimasi kecil terlebih dahulu, sebagai contoh mulakan dengan syiling ataupun wang kertas RM1 kemudian RM5 dan seterusnya mengikut kemampuan. Tidak salah sekiranya kita meletakkan target untuk memiliki syiling/wang kertas berdominasi tinggi.....usaha tangga kejayaan
- Seboleh-bolehnya cari syiling/wang kertas yang UNC terlebih dahulu, kerana syiling/wang kertas UNC bernilai tinggi sekiranya disimpan lama dan sedap mata memandang (bukan tujuan untuk menjualnya). Sekiranya susah untuk memperolehi gred UNC, gred syiling/wang kertas lain pun boleh, asalkan mendatangkan kepuasan kepada anda (susah nak dapatkan syiling/wang kertas lama dan baru yang UNC).
- Kumpul syiling/wang kertas yang mudah diperolehi, dengan erti kata lain yang digunakan sekarang, sebagai contoh anda boleh tukar dari bank atau money changer.
- Rajin-rajinlah mencari sumber maklumat untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda berkaitan syiling/wang kertas lama dan baru seperti sejarah, gred syiling/wang kertas, harga semasa, tahun keluaran dan seumpamanya. Ini adalah sebagai persediaan sekiranya anda ingin membeli syiling/wang kertas baru dan lama yang susah di perolehi (RARE) supaya anda tidak mudah ditipu. Sebagai contoh, ada sesetengah penjual syiling/wang kertas lama menjual koleksi mereka pada harga UNC, walhal gred sebenarnya FINE. Selalulah survey harga dan buat perbandingan sebelum membeli syiling/wang kertas lama dan baru.
- Elak daripada membeli syiling/wang kertas yang sudah di"polish"/dibasuh kerana nilainya akan menurun. "Polish" biasanya dijalankan pada syiling bertujuan untuk kosmetik tetapi impaknya amatlah teruk.
- Simpan syiling/wang kertas lama dan baru ditempat yang bersesuaian supaya tidak rosak seperti dalam fail, plastik dan bekas yng dibuat khas untuk menyimpan koleksi syiling/wang kertas lama.
Note: Apa yang saya tulis diatas adalah berdasarkan penelitian, pengalaman dan pembacaan saya daripada beberapa sumber, dimana saya telah mengolah semula mengikut fahaman saya sendiri untuk disampaikan kepada pembaca sekalian....enjoy
4 comments:
Masa mula-mula nak jadi kolektor, aku rasa aku nak semua yang ada, Bila belajar sikit-sikit dengan mereka yang lebih berpengalaman, akhirnya aku memilih haluan untuk menjadi pengumpul duit syiling peringatan negara MALAYSIA sahaja.
Selain itu, aku cuma simpan medallion, duit kertas bercantum, dan duit kertas peringatan.
Satupun duit kertas (banknotes), strait settlement. japanise, duit luar negara aku tak simpan kerana dah pilih untuk MENUMPUKAN PERHATIAN terhadap syiling peringatan MALAYSIA.
salam..
aku guna formula 'kalu jumpa, simpan' hehe...
sebab sbg permulaan ni aku check duit yg sampai kat tgn aku je..blom buleh nak beli2 lagi...hehe..
insya-Allah dah ada kemampuan nanti, aku upgrade ler.. :)
vonn: fomula "kalu jumpa, simpan" hehehe....tu pun boleh diguna pakai juga. ianya sesuai untuk syiling atau wang kertas yg kita gunakan sekarang ini....kalau yg jenis lama2 tu....susah nak dpt dengan menggunakan formula tu :D ...ok, teruskan mengumpul wang/syiling lama dan baru.
saya baru mula menggumpul syiling peringatan coin card. ada sape2 yg mahu jual dengan murah atau harga sy mampu coin card ,boleh contact whatsap 0199593580.
Post a Comment