Cari Post lain disini

Monday, October 27, 2008

Wang Kertas RM10 Siri ke-3 (1976 - 1981) - Gabenur


Last Prefix F/2 634951

Diatas merupakan wang kertas RM10 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-2, Tun Ismail bin Mohamed Ali yang dikeluarkan sekitar tahun 1976 - 1981. Wang kertas ini dicetak oleh Bradbury Wilkinson & Co, First Prefix bagi wang kertas RM10 ini bermula dengan D/?? xxxxxxx dan Last Prefixnya pula bermula dengan F/?? xxxxxxx. Ada sedikit perbezaan bagi wang kertas siri ke-3 jika dibandingkan dengan siri ke-2 iaitu pada reka bentuk dan tandatangan, nanti kalau ada masa aku terangkan secara detail :D

Friday, October 24, 2008

PM lancar duit syiling peringatan




DR. Mahathir Mohamad menurunkan tandatangan di atas Sampul Surat Hari Pertama sempena Sidang Kemuncak NAM Ke-13 selepas merasmikannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 6 Feb. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan duit syiling peringatan, setem dan sampul surat hari pertama serta buku Program Kerjasama Teknik Malaysia (PKTM) Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-13.
Majlis pelancaran peringatan khas sempena sidang kemuncak NAM pada 20 hingga 25 Februari itu diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Barangan cenderamata yang dilancarkan itu adalah hasil kerjasama antara Bank Negara Malaysia, Royal Mint Malaysia, Pos Malaysia dan Kementerian Luar Negeri.
Buku PKTM terbitan edisi baru itu pula di keluaran oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Duit-duit syiling peringatan NAM itu dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu emas peruf dengan harga muka RM100, perak peruf (RM10) dan emas Nordic kilatan istimewa (RM1).
Kesemua syiling itu dimuatkan dengan logo rasmi sidang kemuncak NAM di bahagian mukanya manakala di sebelah belakang ialah bangunan Parlimen masing-masing dijual pada harga RM888, RM128 dan RM8.
Jumlah syiling yang dikeluarkan juga terhad iaitu emas peruf sebanyak 300 keping, perak peruf 2,400 keping dan emas Nordic sebanyak 9,400 keping.
Bagi setem pos kenangan pula sebanyak 2 juta keping dikeluarkan bagi setem berharga 30 sen satu juta keping setem 50 sen dengan gambaran peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di dalam negara dan di peringkat antarabangsa sebagai peringatan.
Sampul surat hari pertama pula dikeluarkan sebanyak 80,000 keping manakala foldernya sebanyak 1,000 keping.
Sementara buku PKTM pula memuatkan latar belakang kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang serta maklumat bagaimana hendak menghubungi dan mendapatkan latihan di negara ini untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Buku itu akan diedarkan kepada delegasi negara-negara anggota NAM semasa sidang kemuncak itu berlangsung nanti.


Monday, October 20, 2008

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA

Sebenarnya Duit syiling peringatan ini sudah lama dikeluarkan dan sengaja aku "post"kan disini supaya dapat dikongsi bersama dengan semua pembaca. Mungkin ada yang belum tahu, syiling ini dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan dijual pada 9 November 2006 (dah 2 tahun dikeluarkan), Adakah anda sudah memilikinya sebagai koleksi??. Sila lihat detail dibawah ini;



**********


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena sambutan jubli emas Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pengeluaran duit syiling peringatan ini adalah sebagai menghargai peranan dan sumbangan penting UiTM melahirkan siswazah dalam bidang perniagaan, dan sains dan teknologi. Sepanjang 50 tahun yang lalu, siswazah UiTM telah menyumbang ke arah pembangunan pelbagai industri dalam ekonomi Malaysia yang pesat membangun.

Ketiga-tiga duit syiling tersebut sah diperlakukan (legal tender) dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
1) Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan beratnya ialah 7.96 gram setiap keping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualan ialah RM1,028 sekeping. Hanya sebanyak 300 keping ditempa.
2) Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Nilai muka duit syiling pruf ini ialah RM10. Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram setiap keping. Duit syiling ini dijual pada harga RM138 sekeping. Hanya sebanyak 500 keping ditempa.
3) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualan ialah RM8 sekeping. Sebanyak10,000 keping ditempa.
Kesemua duit syiling itu juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Manakala set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Kedua-dua set itu akan dijual masing-masing pada harga RM1,268 dan RM188. Butiran terperinci berkaitan dengan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan itu terdapat pada Lampiran I .
Reka Bentuk Duit Syiling
Deskripsi reka bentuk duit syiling peringatan jubli emas UiTM adalah seperti yang berikut:
Bahagian Depan
Reka bentuk bahagian depan duit syiling ini memaparkan lambang rasmi UiTM sebagai motif utama di bahagian tengah. Perkataan “Universiti Teknologi Mara” diukir dalam tulisan rumi di bahagian atas dan tulisan khat nasakh di bahagian bawah duit syiling.
Bahagian Belakang
Reka bentuk bahagian belakang memaparkan logo rasmi sambutan jubli emas UiTM dengan perkataan "JUBLI EMAS UiTM 2006" di bahagian atas. Tujuh biji manik di sisi kanan dan kiri pula menggambarkan 14 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan mula dijual pada 9 November 2006 di lokasi-lokasi berikut:
The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(No. Tel.: 03 - 55191611/2/3)
Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(No. Tel.: 03 - 26988044)

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS UiTM
Spesifikasi Teknikal

Nota:
  1. Set 2-dalam-1 mengandungi duit syiling perak, dan emas Nordic pruf.
  2. Set 3-dalam-1 mengandungi duit syiling emas, perak, dan emas Nordic pruf.

Monday, October 13, 2008

10 sen Tahun 1994

Seposen 1994!!!???.....kenapa aku nak cerita pasal duit syiling 10sen tahun 1994 ni, Apa yang aku lihat sekarang, syiling tersebut susah untuk kita perolehi kerana pengeluarannya adalah sedikit....cuma 7,122,222 sahaja. 10sen tahun 1994 juga boleh dikategorikan sebagai RARE terutamanya oleh pengumpul duit syiling lama dan baru, walaupun jumlahnya lebih 7 juta keluaran jika dilihat dengan mata kasar nampak macam banyak dan mudah didapati, tetapi sebenarnya amat sukar untuk diperolehi sekarang. Kalau korang tidak percaya, cuba korang lihat syiling yang korang simpan atau dapat setiap hari. Adakah duit syiling 10sen tahun 1994 yang disimpan/diperolehi???. Itulah yang aku perasan sejak dahulu lagi kerana aku selalu simpan setiap syiling yang aku perolehi terlebih dahulu, aku mempunyai tabung untuk setiap syiling 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen. Sekiranya ada masa lapang, barulah aku akan memulakan pencarian dengan membelek setiap syiling dalam tabung-tabung tersebut dan itulah caranya aku memperolehi koleksi syiling yang aku ada sekarang. Sila lihat gambar duit syiling 10sen tahun 1994 dibawah;




10sen tahun 1994, gred EF
Diperbuat daripada copper-nickel

Pesanan aku, menabung sememangnya bagus dan amalan mulia tetapi jangan lupa bank-in/gunakan duit syiling yang selebihnya (yang tidak disimpan sebagai koleksi) supaya syiling tersebut dapat menjalankan rutin hariannya seperti biasa (kesian syiling-syiling yang dibiarkan terkurung didalam tabung, diorang pun nak jumpa juga dengan member-member lain...hehehehe). Tetapi sebelum bank-in atau diguna anda juga boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif yang kadang kala dianggap oleh orang lain membuang masa seperti Tibor Gaal a.k.a T-Boy dan Menara 50sen (my-koleksi Projek). Kalau dah buat tu, jangan lupa ambil gambar /video sebagai kenangan...kalau tak, lagilah sia-sia :D

Wednesday, October 8, 2008

Syiling Emas Peringatan Tahun 2000


DR. MAHATHIR berdiri di hadapan sebuah replika duit syiling ketika melancarkan syiling emas peringatan alaf baru di Kuala Lumpur semalam. - Gambar AFP

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan duit syiling emas peringatan tahun 2000 sempena kedatangan alaf baru yang mempunyai nilai muka RM500 setiap satu.
Syiling yang diperbuat daripada emas tulen 999.9 seberat 25 gram itu akan dijual pada harga RM2,000 setiap satu dan pemasarannya adalah terhad kepada sebanyak 10,000 unit sahaja.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman dalam majlis pelancaran syiling itu di sini berkata, terbitan syiling emas itu adalah yang pertama selepas syiling emas peringatan Dana Hidupan Liar Sedunia pada tahun 1992.
Bagi membayangkan sambutan kedatangan alaf baru, bahagian hadapan syiling itu dihias bermotifkan sirih junjung, kelengkapan tradisional Melayu bagi menyambut tetamu.
Ia juga turut dihiasi dengan dua bilah keris bagi membayangkan kesediaan negara menghadapi cabaran di alaf baru serta glob dan neutron yang mencerminkan negara sedang memacu ke arah era baru dengan berlandaskan teknologi maklumat dalam persekitaran yang lebih global.
Syiling emas itu dimuatkan dalam bekas pewter yang dihiasi corak awan larat berkerawang dan replika duit syiling emas kijang pada penutupnya.
Syiling emas peringatan tahun 2000 itu boleh didapati di Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. atau di cawangan terpilih RHB Bank Bhd., Public Bank Bhd., Malayan Banking Bhd. dan Bumiputra-Commerce Bank Bhd.

Tuesday, October 7, 2008

Wang Kertas RM5 "Cross"/Salib dengan Tandatangan Gabenor BNM Berbeza

Suatu masa dahulu kecoh berkenaan RM5 yang mempunyai tanda "Cross" atau "Salib" pada tiang bendera, kenapa diorang lukis "Cross"/Salib pada tiang bendera tersebut??....adakah ianya disengajakan ataupun tidak??, aku sendiri pun tiada jawapannya. Apa yang dikecohkan pada masa itu tidak termasuk dalam skop cerita aku pada kali ini. Tetapi, kali ini aku ingin berkongsi beberapa maklumat ringkas berkaitan RM5 tersebut, sebenarnya terdapat dua keluaran RM5 yang mempunyai "Cross"/Salib iaitu RM5 keluran siri ke-5 (1982-1984) yang ditandatangani oleh Gabenor BNM Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha dan RM5 keluaran siri ke-6 (1986-1995) yang ditandatangani oleh Gabenor BNM Tan Sri Dato' Jaafar bin Hussein. Kedua-dua wang kertas tersebut dicetak oleh Thomas De La Rue. Tanda "Cross"/Salib tersebut mula dibuang/dihilangkan pada keluaran wang kertas RM5 siri ke-6 dimana nombor sirinya bermula dengan NRxxxxxxx - NYxxxxxxx dan PAxxxxxxx - PWxxxxxxx. Wang kertas gantian bagi kedua-dua siri wang kertas RM5 ini di tandakan dengan NZxxxxxxx. Sila rujuk kedua-dua gambar wang kertas RM5 dibawah dan lihat tanda "Cross"/Salib yang ditandakan dengan petak MERAH.



First Prefix NA5546805 bagi RM5 "Cross"/Salib keluaran ke-5



First Prefix NK2440451 bagi RM5 "Cross"/Salib keluaran ke-6

Ringkasan nombor siri RM5 "Cross"/Salib;

RM5 siri ke-5 = First Prefix NAxxxxxxx - Last Prefix NDxxxxxxx
RM5 siri ke-6 = First Prefix NKxxxxxxx - Last Prefix NRxxxxxxx

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua....terima kasih kerana berkunjung keblog ini, Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah silap/terkasar bahasa sepanjang blog ini wujud, manalah tahu...kalau-kalau ada yang terasa hati/marah dengan apa yang ditulis. Semoga dengan sokongan anda semua, blog ini akan terus aktif dan "update" dengan pelbagai infomasi berkaitan hobi mengumpul Wang kertas/duit/syiling Lama dan Baru.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute