Cari Post lain disini

Tuesday, February 17, 2009

Guru Mahu Duit Lama Pindah Tangan


BAHARUDIN menunjukkan syiling berusia 164 tahun
(kiri) dan syiling China berukiran naga.

BATU PAHAT: Seorang guru berhasrat menjual 18 duit syiling lama berusia antara 105 tahun hingga 164 tahun kepada sesiapa yang memiliki kemahiran dalam penjagaan barang lama supaya khazanah tinggalan datuknya dipelihara dengan sempurna.

Baharudin Mohd Satari, 50, berkata beliau menemui 18 duit syiling itu yang disimpan datuknya, Allahyarham Taib Salleh pada 1985 dan terus menyimpannya sehingga kini.

Bagaimanapun katanya, selepas 23 tahun menyimpannya, beliau bimbang khazanah berharga itu rosak jika tidak dijaga dengan betul.

“Saya sayangkan syiling itu dan tidak mahu ia rosak. Saya berharap ada pihak yang mempunyai pengalaman dan ilmu serta bahan secukupnya untuk memulihara syiling itu.

“Saya juga berharap orang yang ingin memiliki syiling ini benar-benar berminat dan jangan untuk dijadikan bahan yang boleh membawa khurafat seperti pemujaan.

“ Sebelum ini, ada juga orang yang ingin meminjam syiling berkenaan, namun tidak saya berikan kerana bimbang dengan tujuan mereka,” katanya.

Antara syiling yang masih baik dalam simpanannya termasuk syiling Straits Settlements, India Straits dengan wajah Queen Victoria dan King Edward dari 1845 hingga 1904, syiling Sarawak 1886 dan tiga syiling dari negara China termasuk satu yang mempunyai lambang naga yang tidak dapat dipastikan tahun keluarannya.

Baharudin berkata, datuknya peniaga di Muar dan dipercayai menyimpan wang syiling itu hasil urusan jual beli ketika itu.

“Bagaimanapun, ketika Perang Dunia Kedua, wang berkenaan tidak digunakan menyebabkan arwah terus menyimpannya dengan harapan ia boleh digunakan selepas tamat perang.

“Namun, selepas perang syiling itu tidak lagi digunakan menyebabkan arwah terus menyimpan sebagai kenangan,” katanya.

Katanya, sejak sekian lama dalam simpanannya, beberapa duit syiling itu kini mula rosak kerana beliau tidak pengetahuan dan peralatan serta bahan kimia yang diperlukan untuk memelihara artifak lama.

Sehubungan itu, beliau berhasrat mencari sesiapa yang memiliki kemahiran menyimpan barangan lama atau ingin membelinya menghubungi 013-7307251.

Pautan Asal: Berita Harian, 16 Februari 2009

1 comment:

Zumna Affendy said...

Salam..

Boleh ke kita share info bab wang syiling dan wang kertas lama nie. Saya juga ada menyimpan koleksi mata wang lama pelbagai negara. Mungkin sebahagian negara itu pun sudah lenyap ditelan zaman tapi mata wangnya masih ada dalam simpanan kita. Jom kita share, hubungi saya o13-4453731 atau email: zumna2006@gmail.com

Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute