Cari Post lain disini

Sunday, November 8, 2009

e-mail Wang Kertas RM50 Baru Palsu

Pada 20 October 2009 yang lepas, Aku ber"YM" dengan member lama aku. Masa sembang ber"YM" tu member aku bagi tau yang dia dapat banyak wang kertas palsu masa keluarkan duit dari ATM mesin, heran betul aku sebab macam mana pula boleh ada begitu banyak RM50 baru palsu dalam ATM mesin....ajaib dan tak logik betul. Aku pun tanya macam mana dia tahu yang wang kertas RM50 yang dia dapat adalah palsu, member aku pun bagi tau la yang dia dapat tahu daripada e-mail, aku suruh dia "foward" email tersebut. e-mail tersebut asalnya dihantar oleh seseorang yang bekerja dengan bank, tak heran la kalau member aku panik semacam saja, mau tak panik sebab member aku ni baru keluarkan duit dari ATM mesin dan dapat banyak "wang kertas RM50 palsu". Aku tak kisah la siapa yang hantar e-mail tersebut. Lepas tu apa lagi.....aku pun buatlah kaji, aku memang minat mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan duit syiling dan wang kertas. Bilalah BNM nak tawarkan kerja untuk aku...... Sila rujuk gambar wang kertas RM50 dibawah yang aku ambil dari e-mail;

Muka Hadapan

Muka Belakang

Kalau nak tengok wang kertas RM50 yang "confirm" TULIN boleh rujuk pula gambar dibawah;

30 Januari 2008

15 Julai 2009

Kesimpulan dari hasil kajian dan penelitian aku adalah;
  1. Dakwaan e-mail tersebut kurang jelas kerana pengirim email tersebut telah membuat perbezaan wang kertas RM50 keluaran 30 Januari 2008 dengan wang kertas RM50 keluaran 15 Julai 2009, ternayatalah sekali berbeza... anda boleh rujuk pada bulatan merah yang dibuat oleh pengirim e-mail tersebut.
  2. Teknik Adobe Photoshop pun boleh jadi digunakan, paling ketara yang aku nampak adalah pada Holographic stripe.
  3. Gambar wang kertas RM50 yang sertakan dalam email tersebut pun kurang jelas dan tiada pun penjelasan diberikan oleh pengirim e-mail tersebut untuk setiap bulatan merah yang dibuat.
  4. Pengirim e-mail tersebut mungkin tidak tahu yang BNM telah keluarkan sebanyak 3 keluaran wang kertas RM50 baru yang terdapat sedikit perbezaan bagi setiap jenis keluaran tersebut.
Bagi aku kalau anda dapat e-mail yang kebenaran sumber tak jelas....anda tak perlulah panik, "IGNORE" saja e-mail macam tu. Sekiranya anda kurang pasti ketulinan wang kertas yang anda perolehi, anda boleh rujuk terus dengan bank-bank berhampiran atau boleh juga pergi ke mana-mana cawangan BNM yang terdekat. Jika sudah disahkan anda mendapat wang palsu, teruslah repot kepada pihak Polis. Selesai masalah...hehe. Tapi ada pula persoalan yang bermain dalam fikiran aku, kalau betul kita dapat wang kertas palsu...macam mana?? adakah kita akan dapat ganti wang palsu dengan yang tulin dari pihak bank?? Logik bagi jawapan kepada persoalan aku ini adalah... tak mungkin kita akan mendapat ganti wang kertas palsu dengan yang tulin, kalau betul boleh dapat ganti...sudah pasti kaya raya mereka yang pandai buat wang kertas palsu.

Kalau nak jelas lagi berkenaan wang kertas RM50 baru dan perbezaannya, sila rujuk link dibawah;

2 comments:

blurguyz79 said...

hehehe...bikin orang sakit jantung jer email2 begitu.

Anonymous said...

yang betul,wang rm50 baru tu palsu ke apa?bikin aku bergaduh sama costumer aku. camna nak tengok palsu ke apa?ini bank pun satu,kalau mahu buang apa2 logo kat permukaan duit kertas rm50 tu...kasi inform lah kat tv ke media. aparahhh...Dan lagi,kalau nak ubah apa2 rm50 baru tu,lebih baik tukar ja design baru... Dorang pun tau,orang tengok perbezaan duit tulin dgn baru hanya tengok ada yg tak ngam...i mean yg 1 ada dan 1 lagi tu tiada...hah,ada something wrong lah tu(palsu)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute