Cari Post lain disini

Monday, February 14, 2011

MANFAATKAN SATU SEN

ADA kebenarannya coretan Zaini Hassan di ruangan Cuit, Apa ada dengan RM1. Bank Negara Malaysia memang perlu mengkaji semula penggunaan syiling 1 sen.

Jika tidak secara praktikal, ia boleh dilakukan di atas kertas sebagaimana yang dilakukan terhadap bayaran seperti bil air, elektrik, di pasar raya, stesen minyak dan sebagainya.

Dengan cara ini pihak penjual barangan runcit termasuk restoran tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan sekiranya kerajaan menaikkan harga di pasaran.

Sebaliknya mereka boleh menaikkan harga jualan dengan menyesuaikan sedikit dengan kenaikan harga barang.

Kenaikan harga jualan runcit sebanyak satu atau dua sen tidak akan membebankan pengguna berbanding kenaikan lima atau 10 sen.

Seperkara lagi, syiling 1 sen tidak lagi digunakan secara praktikal, tetapi tiada tindakan diambil untuk mengumpulkannya.

Saya yakin setiap rumah, kedai, laci di pejabat-pejabat kerajaan atau kaunter bayaran tentu masih tersimpan sekurang-kurangnya dua syiling 1 sen (2 sen). Sekiranya dikumpul mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.

Kerajaan telah mengeluarkan wang yang besar untuk mengeluarkan syiling 1 sen. Oleh itu satu kempen mengumpul syiling 1 sen perlu dibuat oleh institusi kewangan, sekolah atau badan kebajikan.

Hasilnya boleh diagihkan kepada pihak yang memerlukan. Jangan lupa beberapa tahun lalu Majlis Kanser Nasional berjaya mengumpul syiling 1 sen berjumlah lebih RM1 juta.

HABA

Melaka


Sumber Asal: Utusan Malaysia Online,11 Disember 2010

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute