Pada pukul 12 tengah hari semalam, tamatlah tempoh untuk bidaan nombor pendaftaran siri "WWW". Ramai betul orang yang berminat hingakan mencatat rekod bidaan tertinggi iaitu sebanyak 18,243 bidaan. kita tunggu saja nanti keputusannya yang dijangkakan diumum pada 24 Mei 2012.
Nombor pendaftaran bagi siri "WWW" hanya ada 9,999 sahaja tapi yang hantar bidaan 18,243. Kebarangkalian nombor yang tak popular untuk ada lebih dari satu bidaan mungkin ada.....hmmm, minat sungguh dengan nombor pendaftaran "WWW"....aku pun minat juga, jangan nombor yang aku tender hari tu ada orang lain minat juga sudahlah......nanti tak pasal-pasal kena buat bidaan untuk tahu siapa yang dapat :D
Published on 14 May 2012 by thestaronline
Bidders plead, cajoled with JPJ in a bid to have their very last minute application for the www registration numbers accepted.
2012/05/15
PUTRAJAYA: Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.
"Ini memang di luar jangkaan kita. Sehubungan itu, ia akan mengambil masa untuk memproses dan menganalisis bidaan yang diterima. Pegawai kami sedang bertungkus-lumus. Kita tidak mahu ada bidaan yang tertinggal. Kami harap orang ramai faham.
"Keputusan (bidaan) dijangka diumumkan pada 24 Mei nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan 2011-2015 di sini hari ini.
Bidaan bagi nombor pendaftaran siri itu yang dibuka pada 30 April lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 12,805 bidaan diterima di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (2,362), JPJ Maju Juntion (926) dan Pos (2,150).
Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA
Sumber: www.bharian.com.my
Lagi cerita disini: Plat WWW 1 dijangka Termahal, Tender dibuka Pada 30 April 2012.
Lagi cerita disini: Plat WWW 1 dijangka Termahal, Tender dibuka Pada 30 April 2012.
No comments:
Post a Comment