Cari Post lain disini

Sunday, May 20, 2012

Sukakah Anda Membuat Duit Syiling Sendiri?

Pelajar sedang menempa token Lawatan ke Muzium Matawang BNM

Jawapan aku tentulah suka kalau dapat but duit syiling sendiri, siapa tak nakkan kalau diberi peluang. Kalau dulu kita melawat Muzium Matawang Bank Negara Malaysia kita boleh membuat duit syiling sendiri dengan menggunakan sebuah mesin tekanan Hydraulik untuk menempa sekeping token aluminium dari logam kosong.  token yang terhasil nanti akan mencatatkan tahun lawatan kita ke Muzium tersebut. Contoh token boleh rujuk dibawah, 

Token yang ditempa ketika lawatan pada tahun 1989

Token yang ditempa ketika lawatan pada tahun 1990


Mana aku dapat info ni? info tersebut aku dapat daripada buku keluaran Bank Negara Malaysia yang bertajuk Bergembira dengan Wang. Buku tersebut menggunakan Dwi Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Buku "Bergembira dengan Wang" yang diterbitkan pada tahun 1990

Senarai isi kandungan yang terdapat dalam buku tersebut adalah seperti dibawah, buku ini menarik dan sesuai untuk mendidik pelajar  berkenaan dengan Wang dan sejarahnya secara ringkas.


Sekarang rasanya kita tak dapat nak merasa untuk menempa sendiri Token Lawatan kita ke muzium matawang sebab memang tak ada pun disediakan, tak best langsung. kalau nak buat kenangan anda boleh beli "souvenir" di kedai jualan dibawah bersebelahan cafe Muzium. 

Cadangan saya kepada BNM, harap dapat adakan kembali "mesin tekanan Hydraulik untuk menempa sekeping token". saya pun ingin merasa juga pengalaman membuat duit syiling/token sendiri. kalau diadakan kembali, confirm tiap-tiap tahun saya akan pergi melawat Muzium Matawang BNM sebab boleh saya kumpul token Lawatan ke Muzium Matawang BNM mengikut tahun. Saya rasa sekiranya BNM mewujudkan kembali mesin tersebut, jumlah pengunjung ke Muzium matawang akan turut meningkat sebab ada tarikan yang menarik kalau melawat ke Muzium Matawang BNM. :D


Cadangan kedua saya, sekiranya BNM tidak mempunyai idea atau inginkan idea baru untuk design syiling/token untuk Muzium Matawang BNM bagi setiap tahun. Saya rasa BNM bolehlah adakan peraduan untuk menghasilkan design syiling/token, jadi secara tidak langsung ianya dapat menarik minat pelbagai golongan dan peringkat umur menyertainya terutama sekali pelajar. Setiap penyertaan mestilah ada hadiah kan?, hadiahnya tak perlu mewah tetapi cukuplah dengan yang "simple" tetapi memberi makna yang mendalam kepada penerimanya. Disini saya cadangkan 2 contoh hadiah yang boleh disediakan oleh BNM iaitu; 

  1. Jemputan khas (VIP) kemajlis pelancaran/makan malam BNM bersama Gabenor BNM untuk 2 orang.
  2. Coin Card yang dikeluarkan oleh BNM dengan tandatangan eksklusif Gabenor BNM Zeti Aziz. 

Bro Ri, terima kasih untuk buku tersebut. tak sia-sia aku lepak dekat UP TOWN Shah Alam semalam, banyak info menarik yang aku dapat dari Bro Ri

5 comments:

depankanta said...

Salam mykoleksi,
Info dan cadangan yg menarik,depankanta sokong 100 persen cadangan tu...Mesin itu nanti bukan saja memberi keseronokan pada kita semua tetapi BNM juga akan mendapat keuntungan.Ini adalah salah satu cara untuk mendekatkan remaja kita dgn nunia numismatik..Semoga suara mykoleksi ini didengar mana2 pihak BNM.
Terima kasih banyak mykoleksi..

my-koleksi said...

Salam Depankanta

Terima kasih diatas komen dan pandangan yg diberi, saya pun harap BNM akan fikirkan berkenaan cadangan tersebut iaitu dengan mewujudkan semula "mesin menempa syiling atau token".

Hasil pemerhatian saya, walaupun Muzium Matawang tersebut baru dibuka dan masih "panas lagi" tetapi apa yang saya lihat lebih kurang 2 bln lepas ketika berkunjung disana......saya dapati suasana disana nampak agak suram, pengunjung yang datang pun tak ramai walaupun pada hari minggu dan kemudahan parkir yang disediakan pun percuma. berharap cuti sekolah nanti akan ramai yang berkunjung ke Muzium Matawang BNM....saya pun plan nak pergi juga nanti, bawa anak jalan2 sambil mengenal sejarah matawang lama dan baru malaysia....kena bagi diorg minat supaya apa yang saya kumpul dan usahakan selama ini ada pewarisnya.

Pandangan saya, BNM perlu memikirkan sesusatu supaya dapat menarik minat pengunjung terutamanya Pelajar supaya mereka berminat utk melawat muzium Matawang BNM. Sayang sekali......sekiranya tempat yang menarik serta menpunyai "presentation" yg hebat dibiarkan terus suram tanpa pengunjung. Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan golongan muda/pelajar supaya mereka memperolehi mamfaat dengan wujudnya Muzium Matawang BNM :D

Terima kasih sekali lagi kepada Otai depankanta

Nostalgia said...

salam tuan.
sy setuju sesangat jika diwujudkan semula.ada masa datang garage sale @ anggerik mall shah alam.setiap ahad dr jam 10 pg-6 ptg.sy niaga di sana

Unknown said...

InsyAllah kelab Warisan Numismatik sedang mendapatkan tarikh bagi aktiviti Kunjung Hormat kepada Pihak Pengurusan Muzium Sasana Kijang dengan Ahli Jawatankuasa Kelab Warisan Numismatik dalam masa terdekat ini. Dalam Kunjung Hormat nanti perkara ini akan Kelab Warisan Numismatik cadangkan kepada Pihak Pengurusan Muzium untuk diadakan semula aktiviti ini.

my-koleksi said...

Salam

Terima kasih Dato' dan diharap pihak pengurusan Muzium BNM dapat mempertimbangkan cadangan saya ini.

:D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute