Bermula tengah hari tadi, puas aku mencari dalam blog atau mana-mana website tapi belum ada lagi yang update Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri WWW 1 hingga WWW 9999. Makin suspen pula aku dibuatnya (saja nak suspen)..... kebetulan pula hari ni aku habis testing awal..........jadi, sempatlah aku singgah ke JPJ Wangsa Maju. Aku sampai sana pun lebih kurang dalam pukul 4.45 petang. Nampak ramai juga orang tetapi yang aku menghairankan, kenapa semua orang muka sepesen saja....maksud aku buat "muka masam dan hampa".
Aku macam biasalah, suka nak ambil tahu tapi masih kontrol lagi sebab tak nak bagi orang perasan, jalan pun relax-relax saja. Sambil berjalan tu, aku terpikir....mungkinkah nombor WWW 1 bidaannya akan mencecah hampir RM1,000,000 dan WWW 9999 pula akan mencecah hampir RM500,000. Kenapa nombor tu saja aku fikirkan......sebabnya dulu dalam blog my-koleksi aku penah tulis yang WWW 1 dan WWW 9999 mungkin akan menjadi nombor yang pertama dan kedua mendapat bidaan termahal dalam sejarah JPJ dan Malaysia, klik sini. Kenapa aku cakap macam tu, aku kan "collector".....mesti berfikir dan memberi pandangan sebagai seorang "collector". Kalau aku ada duit banyak dan nak lengkapkan koleksi koleksi yang best-best, aku akan kumpul nombor siri yang mula dan akhir.....lepas tu cari pula replacement (kalau ada la...hehehe), baru bestkan?. Samalah juga kalau kita nak simpan atau beli nombor WWW........ lepas ni mesti harga boleh naik lagi sebab limited, siapa nak beli lepas ni, aku suruh "bid" dalam ebay atau facebook ....... hehehehe
Makin dekat nak sampai, makin suspen pula aku.................tapi rupa-rupanya setakat pukul 5.00 petang tadi belum ada lagi Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri "WWW" dikeluarkan oleh JPJ Wangsa maju. Anda semua jangan marah......dalam Akhbar pun ada dimaklumkan yang keputusannya "Mungkin" akan diumumkan pada 24 Mei 2012 (Rabu) iaitu hari ni. Kita tunggu sajalah nanti.......
Makin dekat nak sampai, makin suspen pula aku.................tapi rupa-rupanya setakat pukul 5.00 petang tadi belum ada lagi Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri "WWW" dikeluarkan oleh JPJ Wangsa maju. Anda semua jangan marah......dalam Akhbar pun ada dimaklumkan yang keputusannya "Mungkin" akan diumumkan pada 24 Mei 2012 (Rabu) iaitu hari ni. Kita tunggu sajalah nanti.......
Oleh kerana aku tak nak mengecewakan anda, aku letak dulu keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri "WWT", "WWU" dan "WWV", bukan semua aku ambil....hanya nombor-nombor bernilai utama saja, malas pula aku nak snap semua sekali.
WWT
WWU
WWV
WWW
*** aku nak balik awal sebab malam ni nak layan berita pula....mana tau JPJ buat pemgumunan untuk Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri "WWW". Kalau betul, dasyat sungguh penangan nombor pendaftaran siri WWW
update yang aku dapat dari berita
update yang aku dapat dari berita
WWW 1 dibida RM520,000
Tinggi betul diorang bida untuk nombor pendaftaran WWW 1, kalaulah tadi keputusan bidaannya RM1,000,000....... mesti lagi gempak. Banyak betul duit.......nak sikit boleh? aku nak buat modal untuk tambah Koleksi Matawang Lama dan Baru aku. esok aku nak cari pula info pasal nombor pendaftran siri WWW yang lain pula.
Kalau nak baca lagi berita berkenaan rekod terbaru bidaan nombor pendaftaran siri WWW, sila klik link dibawah;
- Record RM520,000 for WWW 1 number plate
- WWW 1 terima bidaan tertinggi RM520,000
- Record RM520,000 Bid for WWW1 Number Plate
RM520 Ribu Bidaan Tertinggi Bagi WWW 1
No comments:
Post a Comment