Cari Post lain disini

Friday, July 13, 2012

Setem Siri Ke-2 Mata Wang Malaysia dikeluarkan Pada 16 Julai 2012

Info yang aku dapat secara tidak sengaja, ceritanya macam ni......pada 09 Julai lepas aku telah pergi ke Pejabat Pos Besar Dayabumi untuk "tebus semula" duit bidaan nombor pendaftaran siri WWW. Selepas selesai urusan aku di sana, tiba-tiba saja hujan turun lebat selebat-lebatnya.....hehehe. Oleh kerana aku tak boleh balik ke pejabat, apa lagi....aku pun merayau-rayaulah tak tentu arah hinggalah sampai ke bahagian filateli. Aku ternampak di papan kenyataan ada ditampal "Poster Next Issue" iaitu Setem Siri Ke-2 Mata Wang Malaysia. Sila layan gambar dibawah:






Tapi.....kenapa keluaran ini dinamakan sebagai Siri Ke-2 Mata Wang Malaysia? kalau ikutkan pada poster dan banting yang ada disana, kita dapat lihat setem yang akan dikeluarkan nanti ada kombinasi Wang Kertas Siri Baharu dan Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3.

Bila aku gali semula topik lama dalam blog my-koleksi, pada 18 Januari 2010 dulu.....bersempena ulang tahun BNM ke-50.....BNM dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan Setem Mata Wang Malaysia dan mungkin keluaran tersebut dikenali sebagai Siri Pertama. Jadi, keluaran kali ini dinamakan sebagai Siri Kedua....hehehe, ini tekaan aku sahaja :D.


Betul atau bohong ni?? takut aku kena karan nanti


Tak nak tulis panjang-panjang, pada 16 Julai 2012 nanti....marilah kita ramai-ramai pergi beratur pula di pejabat-pejabat pos berdekatan. Setem ini mesti dijadikan sebagai koleksi kerana ianya ada kaitan dengan Mata Wang

Lepas ni aku nak buat pula tinjauan di FB, mana tahu kan ada orang dah UP harga sebelum waktunya macam yang aku tulis disini....hehehehe. Barang tak ada, harga dah melambung. Nak buat duit tak salah, belajarlah sabar sikit....tunggu barang confirm ditangan dulu baru la buka cerita. 

Jangkaan aku, setem Siri Ke-2 Mata Wang Malaysia akan laris macam goreng pisang.......kenapa? marilah fikir:

Set Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Set Wang Kertas Malaysia Siri Baharu RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 - Nombor siri sama

  Wang Kertas Malaysia Siri Baharu RM20

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu RM1 dan RM5 - Nombor siri sama 

l
l
l
l
l
v

Set Lengkap Setem Siri Kedua Mata Wang Malaysia yang akan dikeluarkan pada 16 Julai 2012 nanti

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute