Cari Post lain disini

Saturday, August 11, 2012

Duit Syiling Malaysia Siri Pertama - Parlimen

Reka Bentuk Duit Syiling Malaysia Siri Pertama

Duit syiling Malaysia siri pertama mula diperkenalkan dalam edaran biasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 Jun 1967 dengan denominasi 1 Sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen dan 50 Sen dengan reka bentuk yang sama. Kemudiannya, pada 1 Mei 1971 barulah diikuti dengan duit syiling 1 ringgit (simbol “$”).

Duit syiling ini juga dikenali umum sebagai duit “Parlimen” kerana terdapat ukiran bangunan Parlimen pada bahagian hadapan duit syiling tersebut melambangkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada konsep demokrasi berparlimen. Manakala lambang bulan sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara dan bintang berbucu 13 (berbucu 14 untuk duit syiling $1) pula bermaksud bilangan negeri yang terdapat di Malaysia.

Pada bahagian belakang pula terdapat ukiran bunga raya (berkembar) iaitu bunga kebangsaan Malaysia serta nilai muka duit syiling mengikut dinominasi, perkataan “MALAYSIA” di ukir pada lengkung sebelah atas duit syiling dan tahun duit syiling tersebut dikilangkan atau di tempa pula diletak pada bahagian bawah. Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley atau singkatan nama "GC" yang anda boleh lihat diukir pada sebelah bawah (ujung) bangunan Parlimen pada bahagian hadapan duit syiling.

Pereka Duit Syiling Malaysia Siri Pertama Geoffery Colley

Kedudukan Singkatan Nama  Geoffery Colley (GC) Pada Duit Syiling Siri Parlimen

BNM juga ada mengeluarkan duit syiling Malaysia siri pertama dalam bentuk set (1 sen – 50 sen) iaitu dalam satu ‘folder’ duit plastik biru rasmi sebanyak 1000 set dan duit syiling peruf di dalam kotak rasmi sebanyak 500 set.

Jenis-jenis sisi yang terdapat pada duit syiling Malaysia siri pertama 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 Ringgit ($1) adalah seperti berikut:

  • Sisi Kosong (Plain Edge)

  • Sisi Bergerigi (Milled Edge)

  • Sisi Keselamatan (Security Edge)

  • Sisi Kosong Berukir Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”


Tempat atau kilang duit syiling Malaysia siri pertama ditempa:
  • Semua duit syiling bertarikh 1967 – 1969 dikilangkan di Royal Mint, London
  • Duit syiling 1 sen dan 20 sen tahun 1970 dikilangkan di Hamburg Mint, Jerman
  • Bermula pada tahun 1971 duit syiling 1 sen – 50 sen dikilangkan di Kilang Wang BNM (Batu Tiga), Shah Alam

Penerangan ringkas dan spesifikasi teknikal duit syiling Malaysia siri pertama (Parlimen) mengikut denominasi seperti di bawah:

1. Duit Syiling 1 Sen Parlimen

Duit syiling 1 sen diperbuat daripada ‘Copper’ tetapi sejak tahun 1976 ia telah diperbuat daripada ‘Copper Clad Steel’ tetapi masih wujud duit syiling 1 sen tahun 1973 dan 1976 yang diperbuat daripada ‘Copper’ dan ‘Copper Clad Steel’. Duit syiling 1 sen tahun 1976 yang ditempa denga ‘Copper’ tidak banyak dan sukar diperolehi kerana hanya sedikit sahaja ditempa atau dikilangkan daripada kepingan kosong daripada lebihan tahun terdahulu.

Duit Syiling 1 Sen Parlimen – Tembaga (Copper) 

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 1 Sen

Spesifikasi Teknikal
  • Bahan/Kandungan : Tembaga (Copper)
  • Garis Pusat (mm) : 17.7
  • Berat (g ): 1.94
  • Ketebalan (mm) : 1.26
  • Bahagian Sisi : Sisi Kosong (Plain Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Royal Mint (London), Hamburg Mint (Jerman) dan Kilang Wang BNM (Shah Alam).

Duit Syiling 1 Sen Parlimen – Keluli Bersalut Tembaga (Copper Clad Steel)

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 1 Sen

Spesifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan : Keluli Bersalut Tembaga (Copper Clad Steel)
  • Garis Pusat (mm) : 17.7
  • Berat (g ): 1.72
  • Ketebalan (mm) : 1.26
  • Bahagian Sisi : Sisi Kosong (Plain Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Royal Mint (London), Hamburg Mint (Jerman) dan Kilang Wang BNM (Shah Alam).

Duit syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diperbuat daripada ‘Copper Nickel’. Duit syiling 50 sen tahun 1967, 1968 dan 1969 mempunyai 2 jenis sisi berbeza iaitu ‘Security Egde’ dan ‘Milled Edge’. Sejak tahun 1971, semua syiling 50 sen mempunyai sisi tepi kosong berukir tulisan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’ dua kali di sekeliling kepingan duit syiling.

2. Duit Syiling 5 Sen Parlimen

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 5 Sen

Specifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan : Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)
  • Garis Pusat (mm) : 16.25
  • Berat (g ): 1.41
  • Ketebalan (mm) : 1.04
  • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Royal Mint (London) dan Kilang Wang BNM (Shah Alam).

3. Duit Syiling 10 Sen Parlimen

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 10 Sen

Specifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan : Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)
  • Garis Pusat (mm) : 19.4
  • Berat (g ): 2.82
  • Ketebalan (mm) : 1.37
  • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Royal Mint (London) dan Kilang Wang BNM (Shah Alam).

4. Duit Syiling 20 Sen Parlimen

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 20 Sen

Specifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan : Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)
  • Garis Pusat (mm) : 23.59
  • Berat (g ): 5.66
  • Ketebalan (mm) : 1.75
  • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Royal Mint (London) dan Kilang Wang BNM (Shah Alam).

5. Duit Syiling 50 Sen Parlimen

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 50 Sen

Specifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan : Copper -Nickel (Tembaga-Nikel).
  • Garis Pusat (mm) : 27.76
  • Berat (g ): 9.33
  • Ketebalan (mm) : 2.18
  • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge), Sisi Keselamatan (Security Edge) dan Sisi Kosong berukir tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”
  • Kilang/Tempat Tempaan : Royal Mint (London) dan Kilang Wang BNM (Shah Alam).

1 Ringgit ($1) Parlimen

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling $1

Duit syiling bernilai $1 untuk edaran biasa telah dikeluarkan pada 1 Mei 1971 sempena perasmian bangunan baru BNM di Jalan Dato 'Onn, Kuala Lumpur. Duit syiling tersebut dikeluarkan dalam bentuk peruf untuk tujuan hadiah. Reka bentuk hadapan dan belakang adalah sama dengan duit syiling 1 sen – 50 sen untuk edaran biasa.

Sebanyak 5,000,000 keping duit syiling $1 tahun 1971 telah ditempa di Royal Mint, London dan sebanyak 2,388,995 lagi telah ditempa di Kilang Wang BNM, Shah Alam.

Spesifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan : Tembaga-Nikel (Copper-Nickel).
  • Garis Pusat (mm) : 33.9
  • Berat (g ): 16.9
  • Ketebalan (mm) : 2.6
  • Bahagian Sisi : Sisi Kosong berukir tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”
  • Kilang/Tempat Tempaan : Royal Mint (London) dan Kilang Wang BNM (Shah Alam)

Diharap maklumat yang dikongsi ini dapat membantu anda semua mengetahui sedikit sebanyak tentang duit syiling Malaysia siri Pertama atau lebih dikenali dengan duit syiling Parlimen.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute