Cari Post lain disini

Thursday, January 3, 2013

Polis Nasihati Orang Ramai Berhati-hati Terima Wang Kertas RM100

Gambar hiasan

MIRI 3 Jan. - Polis hari ini meminta orang ramai di bandar raya ini berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pengedaran wang kertas palsu RM100 di sini berikutan tiga laporan yang dibuat mengenainya, termasuk oleh sebuah bank.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong berkata dua laporan lagi dibuat dua individu yang menyedari kewujudan wang kertas palsu itu apabila mereka mendapati kertasnya tidak berkualiti dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

"Siasatan awal kami mendapati ketiga-tiga wang kertas palsu ini menggunakan nombor siri sama, AA7825588," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA



Keratan Akhbar Kosmo, 04 Januari 2013

**********
Baiklah, aku teruskan.......

Nombor Siri RM100 tersebut mungkin boleh berubah, sebagai langkah berjaga-jaga mari kita belajar ciri-ciri keselamatan yang ada pada Wang Kertas Siri Baru RM100........anda boleh rujuk dibawah;

Ciri-ciri keselamatan Wang Kertas Siri Baru RM100

Maklumat tersebut aku dapat dari Website BNM, sekiranya anda nak ciri-ciri keselamatan untuk wang kertas siri baru yang lain anda boleh baca "Security Features" atau anda boleh download terus "Security features new banknotes.zip" (pdf format).

Terdapat lagi ciri-ciri keselamatan tambahan bagi Wang Kertas Siri Baru yang tidak dinyatakan diatas.......jom kita lihat :D

Ada nama Agong yang pertama iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad berdekatan dengan bintang 11 bucu  pada bahagian atas tengkolok/destar

Ianya ditulis;

"1STYANGDIPERTUANAGONGALMARHUMTUANKUABDULRAHMANIBNIALMARHUMTUANKUMUHAMMAD

Bagi memudahkan anda supaya senang baca aku asingkan ikut perkataan; 

"1ST YANG DIPERTUAN AGONG ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD"


Wang Kertas Siri Baru RM50 (kelapa sawit) tidak mempunyai ciri seperti dalam gambar

Ciri keselamatan yang kedua pula terdapat dalam angka nilai 100 besar pada muka hadapan wang kertas terdapat tulisan angka 100 kecil didalam angka nilai 100 besar (diatas tandatangan Gabenor).


Ciri ini terdapat pada semua Wang Kertas Siri Baru termasuklah Wang Kertas RM50 (kelapa sawit)

Kedua-dua ciri tersebut hanyalah dapat dilihat sekiranya anda menggunakan kanta pembesar, BNM mungkin ada sebab/alasan tersendiri tidak mendedahkan 2 ciri keselamatan tersebut tetapi ciri tersebut telah dijumpai oleh "collector" dan sudah lama didedahkan di dalan blog dan Facebook. "Collector"kan suka kaji duit dan secara tidak sengaja terjumpa ciri-ciri tersembunyi tu.

Persoalanya disini, kenapa Wang Kertas Siri Baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang hebat masih boleh di palsukan? 

Mungkin kena buat "reverse engineering"....... my 1 cent

Note: "Security is a Journey, not a Destination" - kata sifu aku tapi tak ada kena mengena pun dengan hobi Mengumpul Matawang Lama dan Baru

2 comments:

penuntut sifu yg sama said...

Mantap!

1st tip on Agong is subtle. Masih x nampak :(

my-koleksi said...

Betul tu bro....puas aku fokus nk bg nampak, itu sj yg terbaik
:D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute