Cari Post lain disini

Sunday, July 8, 2018

Nombor Giliran Palsu Mencemarkan Jualan pada 7 Julai 2018 di Sasana Kijang

Ramai pembeli mengharapkan proses jualan wang kertas dan duit syiling peringatan pada 7 Julai 2018 (Sabtu) akan bertambah baik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bagi anda yang belum tahu, BNM telah pun mengadakan jualan wang kertas dan duit syiling peringatan pada 30 Jun 2018 lepas. 

Mungkin diatas faktor jumlah masih ramai pembeli yang belum mendapat giliran membeli dan faktor masa yang terhad, jadi pihak BNM telah membuat keputusan untuk membuka semula kaunter jualan pada 7 Julai 2018 (sabtu).

Ada beberapa perkara yang kita tidak terfikir langsung akan berlaku telah menjadikan proses pembelian pada kali ini 'cacat' dan memalukan. Kalau dilihat tajuk dah macam 'highlight' mukasurat hadapan akhbar popular Malaysia pula. Di bawah adalah beberapa perkara yang berlaku pada hari jualan pada 7 Julai 2018:

Perubahan Had Pembelian:
  1. Pihak BNM sepatutnya merancang dan melihat kebarangkalian yang bakal berlaku semasa hari jualan supaya stok wang kertas dan duit syiling peringatan yang ada mencukupi untuk semua 1500 pembeli (seperti yang ditetapkan pada 30 Jun 2018).
  2. Sekiranya pihak BNM menjalankan tugas mereka dengan baik, tidak akan berlaku perubahan had pembelian baru pada 7 Julai 2018.
  3. Pembeli sememangnya tidak menyangka akan ada perubahan untuk had pembelian, perkara ini amat mendukacitakan pembeli.
  4. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Sepatutnya pihak BNM dapat berfikir secara rasional, apabila berlaku sebarang perubahan sudah semestinya akan ada rungutan dan rasa puas hati daripada pembeli.
  5. Sudah pasti pembeli akan membuat perbanding had pembelian baru (7 Julai 2018) dengan 30 Jun 2018. Pembeli terpaksa terima walaupun mereka tidak redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak BNM.
  6. Pandangan mykoleksi, sepatutnya tiada perubahan had pembelian berlaku kerana jualan pada 7 Julai 2018 merupakan sambungan daripada jualan yang telah berlangsung pada sabtu lepas (30 Jun 2018).  Jadi, apa-apa pun syarat atau peraturan awal yang telah dibuat mestilah diikut sehingga tamat semua proses pada 7 Julai 2018 berikutnya (baru nampak adil) merujuk kepada keputusan untuk meneruskan jualan wang kertas dan duit syiling peringatan yang dibuat oleh pihak BNM sendiri. 
  7. Tolong jangan jadikan pembeli sebagai 'tikus makmal' untuk ujikaji pihak anda dengan sesuka-suka hati buat perubahan tanpa memikirkan kesusahan atau perasaan orang lain.
Had Pembelian Pada 7 Julai 2018 - sumber gambar: Facebook

Had Pembelian Pada 30 Jun 2018 - sumber gambar: Facebook

Pembeli menjual tiket nombor Giliran BNM
  1. Sudah pasti akan ada pembeli yang tidak dapat hadir pada 7 Julai 2018 (sabtu) disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Bagi memastikan tiket nombor giliran BNM tidak disia-siakan, ada pembeli yang memberikan tiket nombor giliran BNM mereka kepada peminat numismatik lain secara percuma. Semangat yang sebegini yang mesti dipuji oleh kita peminat hobi Numismatik.
  2. Namun tidak dapat dinafikan, ada juga pembeli yang menjual tiket nombor giliran BNM mereka kepada yang berminat dengan harga yang agak tinggi mengikut turutan nombor, biasanya harga lagi mahal untuk yang lagi rendah atau terawal.
  3. Kita tidak dapat mengahalang perkara ini kerana selagi ada pihak yang sanggup membeli sudah pasti ada pihak yang sanggup menjualnya
  4. Apabila kita melihat dari sudut lain, meletak harga untuk nombor giliran tersebut nampak seperti munasabah dan ada asasnya apabila kita melihat dari segi kegigihan bakal membeli beratur pada 30 Jun 2018 (Sabtu) yang lepas semata-mata untuk mendapat nombor giliran mereka.
  5. Jika mereka hendak mejualnya dengan harga yang mahal sekali pun rasanya berbaloi dengan usaha, tenaga dan masa yang telah mereka korbankan untuk mendapatkannya dulu (hanya sekadar pandangan mykoleksi).
  6. Selain itu, ada juga pembeli yang mempunyai tiket nombor giliran BNM tetatpi tidak dapat hadir mengambil keputusan untuk mengupah pembeli/orang lain bagi mewakilinya membeli wang kertas dan duit syiling peringatan.
  7. Nampaknya perniagaan boleh dijalankan pada bila-bila masa sekiranya kita pandai mencari peluang dan ruang. 
Nombor giliran BNM dipalsu
  1. Sedihnya juga bila dengar cerita ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil langkah 'kurang bijak' dengan memalsukan nombor giliran yang dikeluarkan BNM untuk membeli wang kertas dan duit syiling peringatan pada 7 Julai 2018.
  2. Perbuatan mereka telah memalukan dan mencalarkan imej semua peminat hobi Numismatik. Mana kami nak letak muka, sudah rosak hobi Numismatik sebelanga disebabkan oleh perbuatan mereka yang rakus untuk jadi kaya cepat.
  3. Menurut sumber, seramai 4 orang yang menggunakan nombor giliran palsu telah ditangkap oleh pihak BNM, SYABAS mykoleksi ucapkan kepada pihak BNM diatas tugas yang cemerlang tetapi mykoleksi tidak pasti apakah tindakan yang telah diambil keatas semua pesalah tersebut..
  4. mykoleksi berharap perkara yang memalukan ini tidak akan berlaku lagi dimasa hadapan, kenapa perlu menggadaikan maruah untuk perkara yang sia-sia yang tidak memberi pulangan yang lumayan/berbaloi.
  5. Pandangan mykoleksi, tindakan yang boleh dikenakan terhadap 4 individu tersebut sekiranya perkara ini tidak dirujuk kepada pihak polis. Pihak BNM boleh senarai hitam mereka yang telah ditangkap daripada membeli wang kertas dan duit syiling peringatan selama setahun, rasanya hukuman tersebut sudah memadai sebagai pengajaran kepada mereka dan orang lain.
Yang sekali lagi sentiasa memerhati walaupun tidak ada dilokasi,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute