Cari Post lain disini

Friday, August 28, 2020

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Putrajaya Ke-25

Ref No : 08/20/10 28 Aug 2020 Embargo : For immediate release    

Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Penubuhan Putrajaya ke-25 (Putrajaya25).

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada hari ini di Perdana Putra, Putrajaya. 

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan setiap keping beratnya ialah 31.1 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping sahaja ditempa. 

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling ini diperbuat daripada campuran beberapa logam terutamanya tembaga dalam kemasan tanpa kilat dan setiap keping beratnya ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan harga jualannya RM13.20 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling perak berwarna (pruf) dan duit syiling emas Nordic (pruf). Set ini akan dijual pada harga RM308 setiap set dan hanya 1,000 set sahaja disediakan. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk 10% cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Reka Bentuk Duit Syiling

Yang berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:

Bahagian Hadapan

Perkataan SAMBUTAN JUBLI PERAK PUTRAJAYA dengan kesan terapung (floating effect) dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Di bahagian tengah, dipaparkan imej Bangunan Perdana Putra yang melambangkan pusat pentadbiran negara, berlatarbelakangkan imej samaran Jambatan Seri Wawasan dan Mercu Tanda Putrajaya. Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-25 (1995-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) di bahagian bawah duit syiling.


Bahagian Belakang

Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Logo rasmi sambutan Putrajaya25 dipaparkan di bahagian tengah duit syiling, berlatarbelakangkan corak susunan jubin lantai di Dataran Putra. Penggunaan frosting effects yang berbeza akan memastikan latar belakang kelihatan halus dan memberikan kesan kontras bagi menyerlahkan lagi warna logo rasmi. Nilai muka dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.

Jualan Duit Syiling Peringatan

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U)). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Maklumat lanjut tentang tempahan, pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang ramai pada 25 September 2020.

Bank Negara Malaysia

28 Aug 2020

Sumber asal: https://www.bnm.gov.my


No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute