Cari Post lain disini

Friday, December 30, 2022

Bergambar Di Helipad Menara TM


Helipad Menara TM

Tajuk kali ini tak ada kaitan dengan dunia hobi numismatik, saja mykoleksi nak berkongsi gambar yang diambil di helipad Menara TM semalam (29 Disember 2022) pada jam 12:15pm iaitu salah satu bangunan Ikonik yang dihasilkan oleh arkitek terkenal Malaysia iaitu Hijjas Kasturi.

Hijjas Kasturi - Muka Hadapan Majalah Massa

Antara bangunan yang mendapat sentuhan beliau adalah

  1. Mahkamah Syariah, Kuching Sarawak
  2. Menara Shahzan, Kuala Lumpur
  3. Bank Negara Malaysia (BNM) cawangan Alor Setar, Kedah yang kini sudah menjadi Bangunan Bank Simpanan Nasional.
  4. Kuching South City Hall, Kuching Sarawak
  5. Kuching North City Hall  Kuching Sarawak
  6. Pusat Latihan Malayan Banking
  7. Pusat Beli-belah Lot 10
  8. Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur
  9. Stadium Shah Alam, Selangor
  10. Menara TM, Kuala Lumpur.

Setiap bangunan yang dibina oleh beliau mempunyai keunikan binaan yang tersendiri, Hijjas Kasturi dilahirkan pada 26 September 1936 di Singapura. Mendapat pendidikan dari Institut Raffles, Singapura, Universiti Adelaide dan universiti Melbourne.


Antara Bangunan Hasil Sentuhan Hijjas Kasturi

Beliaulah juga individu yang menjadi pengasas Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan turut terlibat dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Memiliki sebuah syarikat arkitek, Hijjas Kasturi Associates Sdn. Bhd. Nak tau lebih lanjut anda boleh rujuk gambar no. 3 hingga 5.

Sekiranya ada rezeki nanti, mykoleksi bercadang untuk bergambar di atas bangunan Tabung Haji, KLCC dan Ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur.

Sekali-sekala bercerita pasal selain dunia hobi numismatik pun bagus juga, secara tidak langsuang anda juga mengetahui sesuatu yang baru.

Yang bergambar di helipad,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute