Cari Post lain disini

Sunday, December 25, 2022

Buku SAGA 21st Anniversary (1968 - 1989) Malaysia Numismatic Society (NMS)

Buku SAGA 21st Anniversary (1968 - 1989) Malaysia Numismatic Society (NMS)

Hari ni mykoleksi turun KL, ada janji dengan kawan lama nak beli sebuah buku yang dia nak lepaskan iaitu buku SAGA sempena ulang tahun MNS ke-21 .

Buku ni boleh dikatakan jarang-jarang timbul, kebetulan pula kawan mykoleksi nak jual sebab dia bukan peminat dunia hobi numismatik. Bila kes macam ni berlaku, sudah pasti kawan mykoleksi tak tahu berapa harga yang sepatutnya untuk dia jual.

Apa yang perlu mykoleksi lakukan? 

Bab harga buku memang subjektif, mykoleksi bukan nak kata terer sangat pasal harga buku atau bahan rujukan berkaitan numismatik.

Biasanya mykoleksi akan tanya dulu harga yang dia fikirkan, lepas tu baru mykoleksi akan cadangkan harga yang sepatutnya berdasarkan "win-win". Jika kawan mykoleksi setuju barulah mykoleksi akan beli, perkara ini penting untuk mengelakan "cakap-cakap" belakang selepas pembelian selesai.

Dalam membeli buku atau apa-apa item berkaitan numismatik, kita kena ada ilmu dan tahu limit harga sepatutnya supaya harga yang kita beli nanti tak "over price". 

Kalau kita nak bandingkan harga dengan harga "auction" memang tak boleh sebab bukan perbandingan "apple to apple" atau senang cakap ianya bukan harga sepatutnya.

Isi Kandungan

Berbalik kepada buku yang mykoleksi baru beli ini, apa yang menarik dalam buku ni? Anda boleh rujuk gambar no. 2 untuk tahu isi kandunganya.

Antara tajuk menarik pilihan mykoleksi adalah:

  1. MALAYA  RUBBER EXPORT (1922 - 1942)
  2. THE 1959 PATTERN BANK NOTES OF MALAYA AND BRITISH BORNEO
  3. NEW BANK NOTES OF MALAYSIA
  4. UNLISTED TIN COINS OF THE PORTUGUESE OCCUPATION (1511-1641) FOUND IN MALACCA
  5. THE 1967 ANIMAL SERIES TRIAL PATTERN COINS OF MALAYSIA
  6. THE 1989 NEWLY DESIGNED COINAGE OF MALAYSIA.

Buku ini sememangnya dicari oleh peminat dunia hobi numismatik, nak-nak lagi mereka yang berminat dengan "RUBBER EXPORT COUPON". Pada ketika ia diterbitkan (1990), maklumat di dalamnya updated.

Setelah hampir lebih 26 tahun, maklumat tentang kupon sudah pasti akan bertambah dan ada kupon yang kategori "unlisted" ditemui kerana ramai pengkaji kupon telah muncul.

Jadi, maklumat didalam buku ini sudah "outdated". Kemudian buku buku/katalog kupon terbaru "The Encyclopedia of Dry Rubber Export Coupons Malaya Ceylon & Netherlands East Indies 1922-1942" pun dikeluarkan dan mula dijual pada 26 Disember 2016.

The Encyclopedia of Dry Rubber Export Coupons Malaya Ceylon & Netherlands East Indies 1922-1942

Majlis perlancaran buku kupon terbaru yang ditulis oleh Mr. Saran Singh dan diterbitkan oleh Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWM) dijalankan di Muzium Negara pada 8 Januari 2017, buku ini dikeluarkan dalam bentuk "hardcover".

Nak tahu buku, katalog atau bahan rujukan numismatik apa lagi yang menarik untuk disimpan sebagai koleksi. Anda boleh rujuk pautan dibawah:

Senarai Buku, Katalog dan Bahan Rujukan Numismatik

Yang tambah koleksi 
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute