Cari Post lain disini

Friday, May 31, 2024

Jubli Emas Hubungan Diplomatik Antara Malaysia dan China

31 Mei 1974 - 31 Mei 2024

Hari ni 31 Mei 2024, genap 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang secara rasminya pada 31 Mei 1974. Pos Malaysia turut melancarkan set setem sempena meraikan peristiwa bersejarah ini, ketika posting ini ditulis mykoleksi belum ada berita dari pihak Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan pengeluaran duit syiling peringatan.

Set Setem Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China

Untuk rekod, pada 31 Mei 2014 lalu BNM melalui laman sesawang rasmi mereka telah pengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia - China, syiling tersebut mula dijual kepada umum pada 27 Jun 2014 di Muzium dan Geleri Seni BNM (MAG) dan cawangan BNM Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu serta Kuching

Jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan duit syiling tersebut anda boleh ke pautan di bawah:


Duit Syiling Peringatan Perak Peruf  Bersempena Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia - China

Duit Syiling Emas Nordic

Sekiranya kita bandingkan pihak BNM (khasnya MyMint) dengan Pos Malaysia (bahagian Filateli), nampaknya pihak Pos Malaysia lebih aktif dan cakna tentang peristiwa penting yang berlaku atau akan berlaku sepanjang tahun 2024.

Pos Malaysia sentiasa mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan set setem khas bersempena sesuatu peristiwa penting di Malaysia, boleh jadi cara mereka berkerja lain. Dari segi promosi dan meraikan pembeli juga berbeza, sebagai contoh mereka memperkenalkan siapa pereka set setem tersebut dan diadakan juga sesi tandatangan.

Jim kita kembali ke topik asal, mykoleksi yakin sudah pasti peminat dunia hobi numismatik berharap pihak BNM ada merancang untuk mengeluarkan duit syiling peringatan ini, kami setia menanti dengan sabar dan redha.

Kami dah standby duit siap-siap nak beli untuk koleksi, sambil menunggu tu kebetulan mykoleksi terjumpa satu majalah diterbitkan oleh The Edge yang turut menceritakan kisah 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China. 

"The Egde"

Maklumat disampaikan secara ringkas serta gambar sememang kombinasi menarik sesuai untuk bacaan santai, kisahnya pula dibahagi mengikut dekad.
  1. Dekad pertama 1974 - 1983
  2. Dekad kedua 1984 - 1993
  3. Dekad ketiga 1994 - 2003
  4. Dekad keempat 2004 - 2013
  5. Dekad kelima 2014 - 2024



Macam biasa, mykoleksi malas nak cerita isi kandungannya. Jika berminat anda boleh dapatkan sendiri dikedai menjual majalah berdekatan anda. Cover majalah dihasilkan dengan kertas yang berkualiti, pemilihan warna biru dan merah menampakkanya lebih eksklusif.

Yang memberitahu,
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute