Cari Post lain disini

Monday, December 31, 2012

Sepanjang 2012

Tahun 2012 agak lembab untuk hobi aku sebagai Pengumpul Matawang Lama dan Baru disebabkan bebanan kerja yang semakin bertambah disamping perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi, aku terpaksa meletakkan priority untuk setiap yang aku lakukan. High Priority....my-koleksi

Tapi ini bukan bermakna aku berhenti membeli/menjadi seorang "collector"........HOBI tetap juga diteruskan. Koleksi aku juga tetap bertambah untuk tahun 2012 seperti tahun-tahun sebelum ini tetapi cuma aku tidak banyak berkongsi dalam blog my-koleksi disebab oleh faktor yang telah aku beritahu tadi. Kalau nak tulis sesuatu topik aku selalunya akan ambil masa yang lama kerana perlu buat "research" terlebih dahulu sebelum aku "post"kan sesuatu topik didalam blog.....aku akan buat "cross check" terlebih dulu dengan bahan fakta, koleksi yang aku ada dan juga sumber-sumber sahih lain kerana aku tidak suka ada info yang orang dah tahu....aku "recycle" balik cerita untuk letak dalam blog.....kalau nak "recycle" juga aku akan pastikan info tersebut ada "update"......baru BEST

Semalam 30 Disember 2012, aku telah digemparkan dengan berita kemalangan yang membabitkan sedara aku iaitu anak Allahyarham Tok Cik Basri, Binorizan Basri. Isteri beliau telah terkorban dalam nahas tersebut, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada isteri beliau (Allahyarhamah Norhamiza Abd Rani) dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman serta beramal soleh. 
  1. ondscene.my, 30 Disember 2012 - Alza Terbabas -Isteri Maut, Suami, 3 Anak Terselamat
  2. Sinar Harian, 31 Disember 2012 - Jururawat maut, dua daripada tiga anaknya cedera
  3. Harian Metro, 31 Dsember 2012 - Hilang ibu

Pada 4 Disember 2012 lepas aku dan isteri telah terjatuh motosikal di selekoh (slow saja masa ni), akibatnya aku mengalami patah pada bahagian siku (tangan sebelah kiri) manakala isteri tidak mengalami apa-apa kecederaan. Operation untuk membetulkan bahagian siku (masuk wayar) aku telah selamat dijalankan pada 6 Disember 2012. 9 Januari 2013 nanti aku akan mula Fisioterapi, aku mohon kawan-kawan semua doakan supaya siku dan tangan aku sembuh seperti sedia kala. 


Gambar pada 13 Disember 2012

InsayaAllah tahun 2013 yang bakal menjelma nanti akan memberi lebih kerahmatan dan kejayaan kepada aku, keluarga dan rakan-rakan semua. Pohon kemaafan di atas salah silap  sepanjang tahun 2012.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

Friday, December 28, 2012

Polis Dakwa Miliki Syiling Sepanyol 217 Tahun

Ahmad Safari menunjukkan duit syiling Sepanyol berusia 217 tahun. - Foto Shahrul M Zain

Muar: Seorang anggota Pasukan Polis Marin di sini, mendakwa memiliki sekeping syiling lama Sepanyol berusia 217 tahun yang disimpannya sejak 21 tahun lalu. 

Koperal Ahmad Safari Mohamad Jabar, 46, mendakwa syiling berkenaan dihadiahkan ibunya, Jamaliah Din, 66, yang mengetahui minatnya mengumpul syiling dan disimpan dengan baik bersama lebih 320 koleksinya sejak berusia 18 tahun. 
Katanya, pada syiling berkenaan tertulis perkataan Carolus IIII, 1795, Dei Gratia, Hispan Et Ind, Rex dan beliau sendiri tidak mengetahui berapakah nilai syiling terbabit dan sejarah di sebaliknya. 

“Saya lihat dalam akhbar, ramai yang mendakwa memiliki syiling lama, kerana itu saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syiling berkenaan kerana ia dikeluarkan sekitar 1700,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

Ahmad Safari yang turut memiliki koleksi wang kertas lama, berkata beliau tidak berhasrat menjual syiling berkenaan kerana amat menyayanginya. 

Syiling ditemui ibu 

Katanya, syiling terbabit ditemui ibunya sebelum diserahkan kepadanya untuk disimpan tetapi beliau tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya. 
Beliau yang pernah bekerja sebagai Pembantu Stesen bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia sekitar awal 1980-an, berkata pekerjaannya membolehkan beliau berjumpa dengan ramai orang asing yang memiliki duit syiling negara mereka. 

“Saya akan membantu mereka mengangkat barang dan apabila hendak memberi upah saya meminta wang syiling negara mereka. Saya masih menyimpan syiling Itali bernilai 500 lira dikeluarkan pada 1985. 

“Ketika bertugas di Sabah selama lebih 12 tahun, setiap kali saya menaiki pesawat atau terjumpa dengan pelancong asing, saya akan berkomunikasi dengan mereka dan menunjukkan koleksi yang saya ada. Ramai antara mereka yang berminat dan menghadiahkan syiling negara mereka kepada saya,” katanya. 

Antara koleksi paling disayangi Ahmad Safari ialah wang kertas RM10 yang memiliki no siri PP9191919 iaitu wang gajinya yang dibayar secara tunai ketika bekerja di sebuah kilang membuat benang di Pulau Pinang pada 1985 serta syiling keluaran khas serta ganjil. 

“Jika ada pihak yang berminat boleh menghubungi saya di talian 012-612 0276,” katanya.

Wednesday, December 26, 2012

Syiling Lama Cecah Nilai Tinggi

Kalau ikutkan hati, malas nak letak tajuk macam ni dalam blog my-koleksi sebab kadang-kadang cerita yang dibuat tak masuk akal.

"TAK SEMUA SYILING LAMA BERNILAI TINGGI"

Sekiranya berita/cerita yang dipaparkan bertujuan untuk POPULAR kan seseorang.....aku boleh terima tetapi kalau bertujuan untuk mendidik atau berkongsi pengetahuan, aku rasa mungkin tak sesuai.

Note: Aku simpan kabanyakkan keratan akhbar berkaitan syiling dan wang kertas lama dan baru. Jadi, aku kongsi dalam blog my-koleksi untuk kita sama-sama baca dan menilainnya kualiti cerita yang dipaparkan.
_________________________________________________

MOHD RIZAL ABDULLAH
6 Julai 2012

Fakhruaddin menunjukkan koleksi syiling yang disimpannya.

BALING - Seorang penduduk Kampung Banggol Wan Mat, di sini, terkejut setelah mendapati wang syiling lama yang disimpannya kini mempunyai nilai tinggi di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Sejak tersiarnya laporan Sinar Harian di mana seorang pesara tentera di Kota Bharu, Kelantan mendakwa memiliki syiling lama berusia 242 tahun yang bernilai RM16 juta, Fakhruaddin Abdullah Ariffin, 45, terpanggil untuk berkongsi mengenai wang syiling lama yang berada dalam simpanannya.

Menurutnya, dia tidak menyangka wang syiling Sepanyol yang disimpannya sejak 20 tahun lalu mempunyai nilai yang begitu tinggi di luar negara.

“Selain wang syiling Sepanyol, saya turut menyimpan kira-kira 50 syiling berusia lebih 250 tahun dari pelbagai negara antaranya Thailand, China, AS, termasuk syiling zaman pemerintahan James Brooke di Sarawak.

“Semua wang syiling ini merupakan tinggalan zaman nenek moyang saya dan koleksi saya sendiri,” katanya yang sering ke luar negara semata-mata untuk mencari koleksi barangan lama dan sanggup mengeluarkan ribuan ringgi untuk mendapatkan syiling lama itu.

Fakhruaddin berkata, koleksi barang lama mempunyai nilai tinggi bergantung kepada tahunnya dan setiap syiling itu menunjukkan zaman pemerintahan sesebuah negara.

Dia berkata, golongan muda amat tertarik dengan wang syiling lama ini kerana reka bentuknya amat berlainan dengan dengan wang syiling ketika ini.

“Disebabkan itu, saya gemar mengumpul wang syiling ini agar dapat menceritakan sesuatu kepada anak-anak mahu pun penduduk luar.

“Setiap syiling ini menceritakan sejarah zaman kerajaan itu sendiri contohnya syiling Straits Senttlements yang berwajahkan Queen Victoria dan King Edward,” katanya.

Katanya, secara tidak langsung, golongan remaja dapat mempelajari sejarah dunia menerusi benda yang unik dan menarik.

Dia lebih gemar menyimpan wang syiling itu daripada menjualnya kerana semua syiling dalam simpanannya mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi.

“Saya tidak bercadang untuk menjual syiling ini, tetapi saya amat mengalu- alukan sesiapa sahaja, terutama pengumpul syiling lama untuk bertukar- tukar pendapat dan pengalaman mengenai hobi ini,” katanya.

Sumber Asal: Sinar Harian, 06 Julai 2012

Tuesday, December 25, 2012

Syiling Lama Cecah RM16 Juta

KALAU DAH RM16 JUTA.....SAYA CADANGKAN, ELOK PAKCIK JUAL :D

Kalau nak tahu nilai sebenar syiling tersebut, boleh tanya dengan yang betul-betul pakar sebab sekarang ni ramai yang mengaku pakar dalam bidang Numismatik. Harap dapat berhati-hati
______________________________________________________

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Jun 2012
Abidin menunjukkan dua syiling berusia lebih 200 tahun (kiri) dan juga 90 keping syiling lama dari pelbagai negara yang menjadi koleksi berharga.


PASIR PUTEH - Pesara tentera mendakwa memiliki syiling lama berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya, dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

Duit syiling lama berukuran 3.8 sentimeter (sm) yang tertera perkataan `Vtraque Vnum’ itu tidak dapat dipastikan nilai sebenar mata wangnya, tetapi difahamkan ia merupakan antara yang paling sukar ditemui.

Abidin Ghani, 56, dari Taman Sri Aman, di sini, berkata, berdasarkan fakta sejarah, syiling lama termahal di dunia adalah American Silver Dollar keluaran 1794 yang dijual RM23.5 juta dalam acara lelongan baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, syiling yang dimiliki adalah 24 tahun lebih awal jika dibandingkan American Silver Dollar itu.

“Saya mendapatkan pengesahan daripada beberapa pakar mata wang termasuk pengumpul barangan antik dan mereka mengatakan duit syiling itu adalah asli.

“Walaupun ia merupakan koleksi paling lama usianya, syiling ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Selain syiling berkenaan, bapa kepada lima anak itu turut memiliki duit syiling lama satu sen berukuran 2.7 sm yang tertera perkataan Kerajaan Terengganu Berhad dalam tulisan Jawi.

Abidin turut memiliki 20 keping wang kertas lama termasuk wang kertas yang dikeluarkan pada masa pemerintahan Negeri-negeri Bersekutu.

“Semua ini adalah koleksi arwah ayah saya kerana dia sentiasa merantau ke negara luar semata-mata untuk mendapatkan syiling lama.

“Saya menyimpannya selama 40 tahun dan pernah didatangi beberapa lelaki yang berhasrat meminjam beberapa syiling lama untuk tujuan memuja nombor ekor, saya tidak bersetuju kerana
tahu perbuatan itu syirik,” katanya.

Abidin berkata, pengalamannya sebagai pengumpul syiling lama menemukannya dengan pelbagai peristiwa aneh termasuk gangguan makhluk halus.

“Saya tidak melupakan peristiwa di mana saya dan keluarga tidak dapat tidur kerana diganggu makhluk halus selepas berjaya mendapat syiling lama dari Indonesia,” katanya.

Sumber Asal: Sinar Harian, 27 Jun 2012

Monday, December 24, 2012

Peniaga Makanan Terima Wang Palsu RM100

RAHMAH menunjukkan perbandingan wang palsu RM100 (kanan) yang diterima daripada pelanggan dan wang RM100 tulen di Ledang, Johor semalam.


LEDANG - Beberapa peniaga kedai makanan di Kampung Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir dekat sini mendakwa menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu.


Salah seorang peniaga terlibat, Rahmah Khamis, 57, mendakwa ketika sibuk melayan pelanggan pukul 8.30 pagi, Rabu lalu, dia telah didatangi seorang wanita yang tidak dikenali membeli tiga bungkus nasi lemak dan lontong di kedainya.



Menurutnya, kesemua makanan tersebut berharga RM11 dan wanita terbabit menyerahkan wang kertas RM100 yang kelihatan baharu serta langsung tidak menampakkan ia wang palsu sebelum menyimpannya di dalam laci.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sumber Asal: Akhbar Kosmo, 11 Desember 2012
________________________________________________________


Friday, December 21, 2012

Berbelanja Guna Wang Palsu - RM10

NORAIZURA AHMAD
3 Disember 2012


Zuriah menunjukkan tiga keping wang baru RM10 palsu dan yang asli di tangan kirinya.


Sama tapi tidak serupa. Itulah yang dapat dilihat pada mata kasar wang kertas negara ini apabila dipalsukan untuk digunakan. Dari segi dasarnya, wang kertas yang dipalsukan dilihat seakan serupa dan sukar untuk dikenal pasti sebagai palsu.

Wang kertas siri baru yang dilancarkan pada akhir tahun lalu juga turut dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya, ramai yang tertipu dan menanggung kerugian akibat perbuatan mereka yang menggunakan wang palsu dalam urusan pembelian.

Modus Operandi kali ini menyelami masalah mangsa terutamanya peniaga kecil-kecilan yang menjadi sasaran kepada penggunaan wang palsu.

Situasi

Aktiviti berniaga makanan di Kampung Muhibah, Bukit Jalil berjalan seperti biasa. Namun, pada 20 November lalu, seorang peniaga warung, Zuriah Yaacob, 43, menerima tiga keping wang palsu RM10 daripada anaknya, Mohd Hazuri Roshideen, 17.

Sudah menjadi kebiasaannya untuk memasukkan wang keuntungan ke dalam bank di sebuah mesin deposit bank. Tetapi, tiga keping wang baru RM10 yang diterimanya sebelum ini gagal didepositkan.

“Mulanya, saya sangka ada masalah dengan duit itu. Tapi bila seorang pengawal keselamatan yang ada di bank memberi penjelasan, barulah saya tahu itu adalah wang palsu.

“Kerana terkejut, saya terus tanya anak saya,” katanya.

Anak Zuriah memberitahu bahawa dia tidak menyedari wang tersebut adalah palsu kerana menerima daripada seorang pelanggan dalam keadaan warung penuh dengan pelanggan.

Menurutnya, melalui pemerhatian, wang kertas baru itu sebenarnya menggunakan cetakan biasa. Melalui saranan daripada rakan bagi mengetahui keaslian wang tersebut, dia membasahkan wang itu dan mendapati dakwatnya cair dan benang keselamatan putus-putus tertanggal.

Sejak tiga tahun menjalankan perniagaan di kawasan tersebut, dia tidak pernah mengalami kejadian itu. Dia berkata, sejak kejadian itu menimpa dirinya, 20 peniaga menjalankan perniagaan di situ berhati-hati apabila menerima wang baru daripada pelanggan.

Zuriah berkata, dua daripada wang palsu yang diterimanya masih dalam simpanan dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat untuk tindakan.


Wednesday, November 21, 2012

Wang Palsu RM10,000 dirampas


HOCK SING menunjukkan wang kertas palsu RM100 (kanan) dan wang kertas asli (kiri) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka semalam.

MELAKA - Polis Melaka menahan lapan individu termasuk empat warga asing yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang palsu bernilai hampir RM10,000 di sekitar negeri itu antara Januari hingga awal November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 26 tahun itu ditahan selepas dikesan oleh pihak bank dan pekerja pasar raya.

"Kita berjaya merampas wang palsu bernilai RM9,970 dengan RM4,960 berjaya di kesan melalui bank manakala RM4,810 dikesan oleh pihak pasar raya," kata beliau kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini.

Menurut beliau, kesemua wang palsu yang dirampas itu melibatkan 91 keping wang kertas RM100, 17 keping wang kertas RM50 dan dua keping wang kertas RM10.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab dalam mengedarkan wang palsu tersebut terutama melibatkan wang kertas bernilai RM100 dan RM50.

Sumber Asal: www.kosmo.com.my

Tuesday, November 20, 2012

High Priority....my-koleksi

Salam kepada semua pembaca blog my-koleksi, pertama sekali aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog my-koleksi kerana memberi "support" kepada blog  my-koleksi untuk terus bernafas dan menyediakan kandungan yang terbaik.

Tetapi, semenjak 6 bulan kebelakangan ini......blog my-koleksi kurang aktif disebabkan Tuan empunya blog tak dapat menulis seperti biasa kerana ada perkara lain yang mesti diutamakan:
  1. Menguruskan Mak my-koleksi yang ada masalah kesihatan
  2. Menguruskan Mak Mertua my-koleksi yang telah disahkan mengidap Cancer stage 4
  3. Bapa mertua pula baru eksiden.
Itulah antara High Priority my-koleksi sekarang secara ringkas.......kami sekeluarga mohon kepada semua pembaca, agar dapat doakan yang terbaik buat mereka dan semoga insan yang kami sayangi cepat sembuh.

Kepada mereka yang inginkan info berkenaan matawang lama dan baru. Buat sementara ini bolehlah berkunjung ke link blog seperti dibawa kerana my-koleksi kategorikan sebagai blog yang bagus untuk dijadikan rujukan.

Tuesday, October 30, 2012

1 Sen - Jimat dan SENang Kira.....Keuntungan!?!

Akhirnya ada juga masa aku nak update blog, sorry sebab lama menyepi. kali ni aku nak bawa pula kawan-kawan semua berfikir berkenaan 1 sen - Mengenai Mekanisme Penggenapan. seperti yang kita tahu BNM tidak lagi mengeluarkan duit syiling 1 sen dan kerajaan telah memperkenalkan Mekanisme Penggenap yang berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.

Jadual dibawah, memudahkan anda semua faham bagaimama ianya dilaksanakan;


Kalau tak faham juga boleh rujuk Soalan Lazim mengenai Mekanisme Penggenapan

Aku ada beberapa persoalan;
  1. Adakah wajar Mekanisme Penggenap tersebut dilaksanakan?
  2. Siapa yang untung dan siapa pula yang rugi?
Ok, disini aku lampirkan CONTOH resit pembelian yang aku dapat hari ni. Mungkin mudah sikit anda nak menjawab soalan aku diatas

Wednesday, September 26, 2012

US multinational fined RM80m for bribery in Malaysia and other countries

By Lee Wei Lian 
September 25, 2012

KUALA LUMPUR, Sept 25 — US multinational Tyco has agreed to pay US$26 million (RM80 million) to settle charges by the US government that it engaged in corrupt practices in more than a dozen countries in Asia and the Middle East, including Malaysia.

According to documents from the US Securities and Exchange Commission (SEC), Tyco is alleged to have bribed officials, including an employee of a Malaysian government-controlled entity, in order to win lucrative contracts.

The SEC said in a media statement yesterday that the global manufacturer allegedly perpetuated schemes that typically involved payments of fake “commissions” or the use of third-party agents to funnel money improperly to obtain the contracts.

It also said that Tyco, whose place of incorporation was shifted to Switzerland in 2008, agreed to pay more than US$26 million to settle the SEC’s charges.

Other countries that Tyco was alleged to have engaged in bribery include China, India, Thailand, Croatia, Serbia, Saudi Arabia, Libya, Syria, the UAE, Mauritania, Congo, Niger, Madagascar, Turkey, Poland and Egypt.

The SEC’s charges against Tyco claim that the latter made payments to approximately 26 employees of customers in Malaysia, including an employee of a government-controlled entity.

It also claimed that Tyco’s Malaysian subsidiary inaccurately described these expenses as “commissions” and failed to maintain policies sufficient to prohibit such payments, resulting in Tyco’ s books and records being misstated.

Tyco is a leading provider of electronic security products and services, fire protection and detection products and services, and valves and controls. 

A Tyco spokesman was quoted by UK’s Financial Times yesterday as saying: “We’re committed to maintaining our rigorous compliance programmes across all of our business activities.”

Malaysia, which is attempting to stamp out corruption, has made international news over several other cases related to graft by multinationals in the country including one involving Australian banknote company Securency and French telecommunications giant Alcatel.

The headlines could reinforce perception that Malaysia has a reputation where bribes are paid to public officials.

Corruption was identified by the World Economic Forum this year as one of the top five problems facing businesses in Malaysia.

Malaysia also slipped four spots to 60th in Transparency International’s Corruption Perception Index last year.

The Najib administration has made corruption one of the National Key Result Areas of its Government Transformation Programme to reform the government and make it more efficient and transparent.

Alcatel admitted in 2010 that it had bribed Malaysian government officials some time between 2004 and 2006 to win a US$85 million contract.

Earlier this month, it was reported that Australian central bank officials were told in 2007 that Securency had engineered a scheme to hide a RM492,000 payment to a Malaysian arms dealer in order to secure contracts from the Abdullah administration despite an earlier denial.

The arms dealer — Abdul Kayum Syed Ahmad — was charged here last year with two counts of giving RM50,000 bribes in 2004 and 2005 to former Bank Negara assistant governor Datuk Mohamad Daud Dol Moin in order to procure a contract to print the RM5 polymer bank notes by Reserve Bank subsidiary Note Printing Australia Ltd.

Abdul Kayum has pleaded not guilty.

Tun Abdullah Ahmad Badawi has also denied allegations that the Australian banknote firms attempted to bribe him for a RM100 million Malaysian currency contract during his tenure as prime minister.

Thursday, September 6, 2012

Keputusan Bidaan Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan Siri "KDH"

Milik Siapakah nombor Pendaftaran "KDH 1"

Akhirnya , hari ni baru keluar keputusan Bidaan nombor pendaftaran "KDH" sepatutnya keputusannya diumumkan pada 3 September 2012, tak tahulah apa yang berlaku di JPJ Kedah hinggakan keputusan bidaan terpaksa ditangguhkan selama 3 hari. Sebenarnya aku tak kisah pasal hal tersebut, apa yang aku kisah adalah aku dapat atau tidak nombor pendaftaran KDH xxxx* yang aku minati. Aku tak nak pisang berbuat 2 kali, aku telah kalah bidaan nombor pendaftaran WWW xxxx* dahulu.

Alhamdulillah kali ni aku dapat juga nombor KDH xxxx yang aku bida pada 13 Ogos 2012, sekarang barulah boleh fikir nak beli kenderaan apa pula untuk aku letakkan nombor yang baru aku dapat. Bagi aku, nombor KDH xxxx* membawa banyak maksud untuk aku jika dibandingkan dengan WWW xxxx*

*nombor yang aku guna semenjak dahulu hinggalah sekarang, nombor lain aku tak minat.


Keputusan Nombor Pendaftaran KDH 1 hingga 20
__________________________________________________________


JPJ Kedah buka tender nombor pendaftaran 'KDH' mulai hari ini
       
ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah membuka tender nombor pendaftaran siri KDH bermula hari ini.

JPJ Kedah dalam kenyataan di sini berkata tender nombor pendaftaran KDH itu dibuka sehingga 15 Ogos.

Borang tender boleh didapati di semua pejabat JPJ dan melalui laman web www.jpj.gov.my.

Keputusan tender akan diketahui 3 Sept depan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat JPJ Kedah di talian 04-7404888 atau datang ke pejabat JPJ Kedah di Jalan Suka Menanti di sini. - Bernama

Sumber asal: Akhbar Harian Metro

Saturday, August 25, 2012

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga - Keunikan Malaysia

Set Duit Syiling Peringatan Siri Ketiga

Pada 12 Julai 2011, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan duit syiling Malaysia siri ketiga sebagai duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) untuk menandakan duit syiling ini bakal berada dalam edaran pada awal 2012. 

Set duit syiling tersebut dikeluarkan dalam “folder” khas atau “coin card” dengan denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Set duit syiling peringatan tersebut dikeluarkan sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat dan dijual pada harga RM10 bagi setiap set.

Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling Siri Ketiga - Keunikan Malaysia

Reka bentuk duit syiling baharu ini mendapat sumber inspirasi dari ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Denominasi/Nilai Muka Duit Syiling Dan Ikon

Duit syiling baharu ini mula diedarkan untuk edaran semasa pada 16 Januari 2012 bagi mengantikan duit syiling sedia yang sudah berada dalam edaran melebihi 20 tahun, Duit syiling siri lama akan dikeluarkan dari edaran secara beransur-ansur bagi memudahkan semua pihak termasuk vendor dan mereka yang menguruskan mata wang.

Reka bentuk bahagian hadapan setiap denominasi duit syiling memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan manakala lima garis mendatar pula bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara (kecuali duit syiling 50 sen).

Bahagian belakang bagi semua denoninasi duit syiling memaparkan motif reka bentuk Bunga Raya atau Rosa-senensis iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan ukiran perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA”.

Pereka bagi duit syiling Malaysia siri ketiga masih belum diketahui, akan di"update" kemudian setelah mendapat maklumt.

Duit syiling siri baharu ini dihasilkan lebih kecil dan ringan bagi memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza supaya memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik denominasi duit syiling yang berlainan. 

Selain itu, duit syiling tersebut dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk menghasilkan duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Jenis –jenis sisi yang terdapat pada duit syiling Malaysia siri ketiga 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen adalah seperti berikut:

  • Sisi Kosong (Plain Edge)

  • Sisi Bergerigi Halus (Milled Edge) 

  • Sisi Bergerigi Kasar (Coarse Edge)

  • Sisi Kosong Berlekuk 9 (Plain Edge with 9 Indents) 


Ciri-ciri keselamatan duit syiling baharu hanya dimasukkan pada duit syiling denominasi 20 sen dan 50 sen sahaja kerana kedua-dua duit syiling tersebut berkemungkinan besar ianya akan dipalsukan adalah tinggi, di antara ciri-ciri keselamatan kedua-dua duit syiling tersebut adalah "Huruf Micro" dan "Imej Pendam";

1. Huruf Micro

Huruf mikro "B N M" iaitu singkatan daripada Bank Negara Malayisa adalah salah satu ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada muka hadapan duit syiling 20 sen dan 50 sen, jika kita melihat dengan mata kasar memang tidak nampak. Jadi, kita memerlukan kanta pembesar atau kamera berdefinisi tinggi untuk melihat tulisan mikro tersebut.

Huruf Mikro "B N M" Pada Muka Hadapan Duit Syiling 20 Sen Dan 50 sen


2. Imej Pendam

Ciri-ciri keselamatan kedua adalah Imej pendam yang hanya ada pada duit syiling 50 sen, tulisan "50" dan "SEN" akan dapat dilihat apabila duit syiling tersebut disendeng pada sesuatu sudut yang berlainan.

Imej Pendam Tulisan "50" Dan "SEN"


Penerangan ringkas dan spesifikasi teknikal duit syiling Malaysia siri ketiga (Keunikan Malaysia) mengikut denominasi seperti di bawah:

1. Duit Syiling 5 Sen - Destar Siga

Reka Bentuk Hadapan dan Belakang Duit Syiling 5 Sen

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Specifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan: Keluli Tahan Karat (Stainless Steel) 
  • Garis Pusat (mm) : 17.78
  • Berat (g) : 1.72
  • Ketebalan (mm) : 1.12
  • Bahagian Sisi: Sisi Kosong (Plain Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)


2. Duit Syiling 10 sen - Motif Orang Asli

Reka Bentuk Hadapan dan Belakang Duit Syiling 10 Sen

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Spesifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan: Keluli Tahan Karat (Stainless Steel) 
  • Garis Pusat (mm) : 18.80
  • Berat (g) : 2.98
  • Ketebalan (mm) : 1.50
  • Bahagian Sisi: Sisi Bergerigi Halus (Milled Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

3. Duit Syiling 20 Sen - Bunga Melur

Reka Bentuk Hadapan dan Belakang Duit Syiling 20 Sen

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Spesifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan: Nikel Loyang (Nickel Brass)
  • Garis Pusat (mm) : 20.60
  • Berat (g) : 4.18
  • Ketebalan (mm) : 1.75
  • Bahagian Sisi: Sisi Bergerigi Kasar (Coarse Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

4. Duit Syiling 50 Sen - Sulur Kacang

Reka Bentuk Hadapan dan Belakang Duit Syiling 50 Sen

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Spesifikasi Teknkal:
  • Bahan/Kandungan: Nikel Loyang Bersalut Kuprum (Nickel Brass Clad Copper)
  • Garis Pusat (mm) : 22.65
  • Berat (g) : 5.66
  • Ketebalan (mm) : 1.92
  • Bahagian Sisi: Sisi Kosong Berlekuk 9 (Plain Edge with 9 Indents)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

Diharap maklumat yang dikongsi ini dapat membantu anda semua mengetahui sedikit sebanyak tentang duit syiling Malaysia siri ketiga atau lebih dikenali dengan duit syiling Keunikan Malaysia.

Saturday, August 18, 2012

Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Reka Bentuk Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Duit syiling Malaysia siri kedua untuk edaran biasa dikeluarkan pada 4 September 1989. Duit syiling ini mempunyai spesifikasi teknikal yang sama seperti duit syiling Malaysia siri pertama bagi denominasi 1 Sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen dan 50 Sen kecuali duit syiling 1 Ringgit ($1) siri kedua yang lebih kecil saiznya berbanding dengan keluaran awal serta diperbuat daripada campuran Tembaga-Zink-Timah (Copper-Zinc-Tin).

Duit syiling ini juga dikenali umum sebagai duit “Bunga Raya” kerana terdapat ukiran Bunga Raya pada bahagian belakang duit syiling tersebut yang merupakan bunga Kebangsaan Malaysia bersama-sama nilai muka syiling mengikut denominasi dan ukiran perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” berserta tahun tempaan.

Untuk makluman anda, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu pada 28 Julai 1960 dan telah mengenepikan bunga-bunga lain iaitu Bunga Kenanga, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.

Pereka bagi duit syiling Malaysia Siri kedua ini adalah En. Low Yee Kheng, beliau telah memenangi Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Kebangsaan yang di anjurkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1987.

Artifak-artifak bercorak budaya Malaysia telah dipilih bagi menghiasi ukiran bahagian hadapan duit syiling tersebut:

Denominasi/Nilai Muka Duit Syiling Dan Artifak

Pada tahun 1990, BNM turut mengeluarkan set duit syiling Malaysia siri kedua (1 sen – $1) dengan “folder” khas sebanyak 100,000 set didalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu (Syiling Malaysia 1990) dan Bahasa Inggeris (Coins of Malaysia 1990) telah dikeluarkan.

Set Keluaran Khas Duit Syiling Malaysia Siri Kedua - Bunga Raya

Jenis –jenis sisi yang terdapat pada duit syiling Malaysia siri kedua 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 Ringgit ($1) adalah seperti berikut:

  • Sisi Kosong (Plain Edge)

  • Sisi Bergerigi (Milled Edge)

  • Sisi Kosong Berukir Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”


Penerangan ringkas dan spesifikasi teknikal kerkenaan duit syiling Malaysia siri kedua (Bunga Raya) mengikut denominasi seperti yang terdapat pada “folder” set duit syiling yang dikeluarkan pada tahun 1990.

1. Duit Syiling 1 Sen - Rebana Ubi


Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 1 Sen

Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan dibahagian tepi dan kayu tebak dibahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Spesifikasi Teknikal:
  • Bahan/Kandungan: Keluli Bersalut Tembaga (Copper Clad Steel)
  • Garis Pusat (mm) : 17.78
  • Berat (g) : 1.74
  • Ketebalan (mm) : 1.26
  • Bahagian Sisi : Sisi Kosong (Plain Edge)
  • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

          2. Duit Syiling 5 Sen - Gasing

          Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 5 Sen

          Permainan Gasing merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan. Pertandingan gasing menarik perhatian ramai kerana masing-masing berusaha menewaskan antara satu sama lain.

          Spesifikasi Teknikal:
          • Bahan/Kandungan: Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)/Cu: 75, Ni: 25
          • Garis Pusat (mm) : 16.25
          • Berat (g) : 1.41
          • Ketebalan (mm) : 1.04
          • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge)
          • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

          3. Duit Syiling 10 Sen - Congkak

          Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 10 Sen

          Papan congkak digunakan untuk permainan tradisional masa lapang dirumah di perkampungan Melayu oleh kanak-kanak dengan menggunakan biji guli. Ianya diperbuat daripada kayu dan mempunyai beberapa lubang. Permainan ini mempunyai beberapa peraturan dan dimainkan oleh dua orang. Papan congkak biasanya diletakkan di atas tikar anyaman tradisional yang banyak terdapat di perkampungan Melayu.

          Spesifikasi Teknikal:
          • Bahan/Kandungan: Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)/Cu: 75, Ni: 25
          • Garis Pusat (mm) : 19.40
          • Berat (g) : 2.82
          • Ketebalan (mm) : 1.37
          • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge)
          • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

          4. Duit Syiling 20 Sen – Tepak Sirih

          Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 20 Sen

          Tepak sirih yang diukir cantik digunakan untuk menyimpan daun sirih serta rencah-rencahnya. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu dan merupakan satu adat menyambut tetamu di kalangan orang Melayu.

          Spesifikasi Teknikal:
          • Bahan/Kandungan: Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)/Cu: 75, Ni: 25
          • Garis Pusat (mm) : 23.59
          • Berat (g) : 5.66
          • Ketebalan (mm) : 1.75
          • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge)
          • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

          5. Duit Syiling 50 Sen - Wau

          Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling 50 Sen

          Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.

          Spesifikasi Teknikal:
          • Bahan/Kandungan: Tembaga-Nikel (Copper-Nickel)/Cu: 75, Ni: 25
          • Garis Pusat (mm) : 27.76
          • Berat (g) : 9.33
          • Ketebalan (mm) : 2.18
          • Bahagian Sisi : Sisi Kosong Berukir Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA”
          • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

          6. Duit Syiling 1 Ringgit – Keris Berlatarkan Songket

          Reka Bentuk Hadapan Dan Belakang Duit Syiling $1 Dan 1 Ringgit

          Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran diraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni. Rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan Songket.

          Spesifikasi Teknikal:
          • Bahan/Kandungan: Tembaga-Zink-Timah (Copper-Zinc-Tin)/Cu:84, Zn:12, Sn: 4
          • Garis Pusat (mm) : 24.50
          • Berat (g) : 9.30
          • Ketebalan (mm) : 2.60
          • Bahagian Sisi : Sisi Bergerigi (Milled Edge)
          • Kilang/Tempat Tempaan : Kilang Wang BNM (Shah Alam)

          Diharap maklumat yang dikongsi ini dapat membantu anda semua mengetahui sedikit sebanyak tentang duit syiling Malaysia siri kedua atau lebih dikenali dengan duit syiling Bunga Raya.


          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

          Harga Spot Gold Terkini

          GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute