Cari Post lain disini

Wednesday, June 25, 2014

4 Jenis Contengan Yang Akan Menyebabkan Wang Kertas Tiada Nilai, Betulkah?

Hari ini aku ingin berkongsi satu video yang aku jumpa secara tidak sengaja semasa menbuat carian melalaui "Google", video tersebut ada menerangkan tentang "4 Contengan Pada Wang Kertas Yang Tiada Nilai". Aku telah pun membuat terjemahan ringkas bergambar/ilustrasi mengikut apa yang diterangkan dalam video tersebut supaya anda mudah faham.

Aku tak mahu komen lebih-lebih sebab aku tak pasti dan masih mencari jawapannya apa yang diampaikan dalam video tersebut samada ianya benar atau tidak tapi dulu aku pernah juga berkongsi artikel (dengan teknik "copy" dan "paste") dalam blog my-koleksi berkenaan Senarai Kriteria Bagi Wang Kertas Yang Tidak Sesuai Untuk Edaran Semula seperti yang terdapat didalam GARIS PANDUAN - Standard Kualiti Mata Wang Malaysia, BNM.

Mungkin juga, apa yang aku baru jumpa kali ini tak ada kena mengena atau tak sama langsung dengan apa yang aku pernah tulis dulu. Setidak-tidaknya ianya boleh dijadikan rujukan tambahan kepada kita semua peminat hobi numismatik. 

Kesimpulan dan ilustrasi yang aku dapat daripada video tersebut berkenaan 4 jenis contengan pada wang kertas yang akan menyebabkan wang kertas tiada nilai adalah seperti berikut:

1. Conteng muka Agong - derhaka namanya.........

Conteng Muka Agong - Sumber Gambar Google

2. Buat kad jemputan

Ilustrasi my-koleksi 
(boleh abaikan sekiranya tidak betul)

3. Ada tulisan berunsurkan keagamaan ataupun politik - hidup UMNO....hidup PAS

Ilustrasi my-koleksi
(boleh abaikan sekiranya tidak betul)

4. Ada lukisan atau tulisan berunsurkan lucah

Ilustrasi my-koleksi
(boleh abaikan sekiranya tidak betul)

Maklumat ceontengan tambahan pula, kalau setakat tulis nombor telefon, i love u, u love me, tak ada masalah.......

I Love U dan nombor telefon pada wang kertas RM1 - Sumber Gambar "Facebook"

Adakah apa yang disampaikan dalan video tersebut benar?

Sekali lagi aku tegaskan, semua maklumat diatas aku perolehi melalui video semasa carian melalui di Google. Inilah orang kata, lain yang dicari dan lain pula yang aku dapat. Anda boleh layan video dibawah (kemaskini pautan) kerana pautan asal video tersebut sudah tidak boleh di gunakan lagi, sila semak di pautan blog ndferuz.

Salah Seorang Kakitangan Bank Megara Malaysia (BNM) sedang menerangkan Tentang 4 Jenis Contengan tersebut - Sumber Youtube

Kepada sesiapa yang ada video penuh atau maklumat lain yang boleh membantu untuk memperjelaskan lagi berkenaan perkara ini, harap dapat kongsi dengan aku.

Gambar dibawah, aku nak letak dalam kategori yang mana satu.

Ibu Duit - Sumber Gambar "Google".

*kemaskini pautan video pada 19 Mei 2019

1 comment:

wakgelas said...

kreatif sunguh dorg kann., UHuuu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute