Cari Post lain disini
Friday, April 25, 2008
Wang Kertas RM1 3th Series 1976-1981
Tuesday, April 22, 2008
1 sen 2002 "Extra Metal/Dot"
Friday, April 18, 2008
Setem unik mahu dijual RM1.5j
martin.kahar@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, sekeping setem keluaran 1967 dan dulunya hanya berharga 15 sen kini mahu dijual RM1.5 juta.
Setem itu juga dianggap unik di Malaysia kerana tidak mempunyai tanda harga.
Pemiliknya, Mubarak Ali O.A Rajak, 56, berkata, beliau berhasrat membuka tawaran menjual setem tersebut kepada individu atau mana-mana badan korporat yang berminat.
Menurutnya, berdasarkan penelitian daripada beberapa pihak termasuk daripada pihak Muzium Negara, Arkib Negara dan Pos Malaysia, nilai setem yang berusia 41 tahun itu kini semakin tinggi dan dianggarkan mencecah hingga RM5 juta.
Bagaimanapun beliau berhasrat menjual setem itu pada harga yang jauh lebih rendah berbanding anggaran asal dengan harapan setem tersebut tidak 'terkeluar' dari negara ini.

"Setem ini merupakan salah satu khazanah dan warisan negara ini kerana ia digunakan sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang keempat,'' katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Beliau mendakwa memperoleh setem itu ketika bapanya yang merupakan seorang peniaga menerima sepucuk surat dari Bank Standard Chartered dan mendapati setem itu tidak mempunyai tanda harga.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat membeli setem unik itu boleh menghubunginya di talian 012-3366786.
Sumber: Kosmo 18 April 2008Wednesday, April 16, 2008
10 sen 1981 "Extra Metal"
Tuesday, April 15, 2008
Wang Kertas RM5 First Prefix AN dan CA
First Prefix AN - Prefix AZ
Prefix BA - Last Prefix BJ
First Prefix CA - Prefix ?
Rujukan: Malaysia Banknotes & Coins
Sunday, April 13, 2008
Wang Kertas RM1 Error Print
Friday, April 11, 2008
Wang Kertas RM50 Baru First Prefix AA
- Keluaran first prefix AA
- Number sirinya berturutan AA0079221, AA0079222, AA0079223 dan AA0079224
- Hanya 50 juta keping saja yang akan ada logo 50 tahun kemerdekaan, keluaran lepas ni logo tersebut akan tiada.
- Keadaannya adalah UNC
- AA00xxxxx - lagi banyak '00' lagi tinggi nilainya sebagai contoh AA00000001, kalau dapat memang "jackpot".
Thursday, April 10, 2008
Kenali Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) & Tandatangan
1. Tan Sri W H Wilcock (1 Januari 1959 - 26 Julai 1962)
- Nama Penuh: Tan Sri William Howard Wilcock
- Tarikh Lahir: 21 Disember 1904
- Tempat Kelahiran: Ballarat, Victoria, Australia
- Pendidikan Tertinggi:
- Sijil berhenti sekolah Sekolah Tinggi Ballarat yang lebih kurang setara dengan SPM atau GCSE sekarang
- Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Januari 1959 - 26 Julai 1962
- Jawatan terdahulu adalah Penolong Gabenor Bank Komanwel Australia (Bank Pusat Australia).
- Pada 26 Januari 1959 - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (YDPA Pertama) telah melantik beliau sebagai Gabenor BNM pertama dan Pengerusi Lembaga Bank Pusat Malaya atau lebih dikenali sebagai “Bank Negara Tanah Melayu” untuk tempoh 2 tahun.
- Kemudian, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menyambung kontrak beliau selama 6 bulan
- Beliau bersara pada 25 Julai 1962
- Nama Penuh: Tun Ismail bin Mohamed Ali
- Tarikh Lahir: 16 September 1918
- Tempat Kelahiran: Pelabuhan Klang, Selangor
- Pendidikan Tertinggi:
- Sarjana Muda Undang-undang & Ekonomi dari Cambridge University
- Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 27 Julai 1962 - 25 Julai 1980
- Rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Gabenor BNM.
- Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Tanah Melayu (BNTM)
- Beliau berkahwin dengan Toh Puan Maimunah Abdul Latiff (meninggal dunia pada 19 Julai 1998 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur)
- Beliau adalah abang kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali yang merupakan isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia)
- Nama Penuh: Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha
- Tarikh Lahir: 1 April 1936
- Tempat Kelahiran: Johor
- Pendidikan Tertinggi:
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Australia
- Tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor: 26 Julai 1980 - 31 Mei 1985
- Mula berkhidmat dengan BNM pada tahun 1969 dengan menjawat jawatan sebagai Penolong Pengurus di Jabatan Pelaburan & Perakaunan
- Dilantik sebagai Gabenor BNM pada 26 Julai 1980 menggantikan Tun Ismail Mohamed Ali (Gabenor BNM pertama)
- Menurut sumber, beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan polisi kewangan & perbankan. Menteri Kewangan pada ketika itu adalah Tun Daim Zainuddin.
- Nama Penuh: Tan Sri Dato' Jaafar bin Hussein
- Tarikh Lahir: 11 November 1931
- Tempat Kelahiran: Muar, Johor
- Pendidikan Tertinggi:
- Akauntan Bertauliah, University Queensland, Australia
- Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Jun 1985 - 30 April 1994
- Sebelum dilantik sebagai Gabenor BNM, beliau adalah CEO Maybank
- Semasa beliau memegang jawatan Gabenor BNM, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 telah digubal dan penyeliaan industri insurans telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Bank Negara pada Mei 1988
- Beliau turut terlibat dalam penubuhan Suruhanjaya Sekuriti, National Mortgage Corporation Cagamas Bhd dan Rating Agency Malaysia Bhd.
- Beliau dikaitkan dengan pelaburan Forex yang BNM mengalami kerugian berbillion Ringgit, menteri kewangan pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Tan Sri Jaffar bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerugian besar yang dialami oleh BNM
- Beliau meletakkan jawatan pada 1 April 1994
- Nama Penuh: Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don
- Tarikh Lahir: 29 Julai 1947
- Tempat Kelahiran: Pontian, Johor
- Pendidikan Tertinggi:
- Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dan Perniagaan University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1969)
- Tempoh Perkhidmatan Sebagai Gabenor: 1 Mei 1994 - 1 September 1998
- Dilantik sebagai Gabenor BNM pada 1 Mei 1994
- Ketika pentadbiran beliau, berlakunya Krisis Kewangan Asian (sering disebut Krisis Matawang Asia) iaitu krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997 di Thailand dan mempengaruhi mawatang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara termasuk malaysia
- Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagi menangani krisis tersebut kawalan "modal" diperkenalkan, menambat Ringgit kepada Dollar US dan mengurangkan kadar faedah pinjaman
- Gabenor BNM ke-5 telah meletak jawatan pada 1 September 1998
Monday, April 7, 2008
Fahaman Karut 786 - Adakah satu Penghinaan?
"The name of an arithmetical arrangement of the alphabets; the letters of which have different powers from one to one thousand. It is in order of the alphabets as used by the Jews as far as 400 AD, then six remaining letters being added by Arabians."
Kaedah ini hakikatnya adalah hasil cedokan dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor. Fahaman ini disebut sebagai science of Gematria. Mungkin kerana kagum dengan kaedah ‘seni’ ini, terdapat di kalangan Muslim (yang sudah tiada kerja) menukar ayat-ayat Al-Quran malahan keseluruhan surah kepada nombor. Salah satu nombor yang kerap digunakan ialah 786 yang dikatakan bermaksud kalimah Basmalah.
Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran Yang diturunkan Dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang Yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. [Al-Fusshilat : 3]
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. [Az-Zukhruf : 3]
Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang Yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab Yang fasih nyata. [An-Nahl : 103]
(Ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. [Asy-Syu’ara’ : 195]
Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. [Yusuf : 2]
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,”
"Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." [Al-Israa : 106]
Apakah dengan ini bermakna cuma menyebut 10189, bererti kita sudah membaca keseluruhan Al-Fatihah dan mendapat pahala? Apakah dengan ini bermakna sekiranya kita mahu membaca Al-Fatihah 10 kali, cukuplah kita mendarabkan 10189 dengan 10 menjadi 101890, dengan kata lain cukup 10 kali? Apakah dengan sebegitu mudah kita boleh mendapat ganjaran pahala?
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka dia mendapatkan satu kebajikan, dan satu kebajikan dilipatkan 10 (sepuluh) kali, saya tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."[Riwayat Ibnu Mas’ud]
Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم
Keputusan :
Alhamdulillah Fatwanya,
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم الله الرحمن الرحيم , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah أهل السنة والجماعة dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
Oleh : Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor
*Saifuddin atau nama sebenar Ahmad Saifuddin Amran merupakan salh seorang penulis jemputan iLuvislam.com. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di Jordan University of Science and Technology (JUST) Jordan. Mempunyai blog sendiri
http://msaidhawwa.blogspot.com
Sumber:www.iLuvislam.com oleh: saifuddin*
Straits Settlements Queen Victoria (1867 - 1901)
Mintage - 220,000
Weigth - 5.43g
Diameter - 18.0mm
ASW - .13960z
Edge - Milled
Friday, April 4, 2008
Straits Settlements King Edward VII (1901 - 1910)
Mintage - 6,841,531
Weigth - 20.21g
Diameter - 34.3mm
ASW - .58480z
Edge - Milled
Thursday, April 3, 2008
Unknown Syiling - AN- HWEI ???
British Trade Dollars
Weigth - 26.95g
Diameter - 39.0mm
Thickness - 1.9mm
Edge - Milled
ASW - .7798oz
Harga Spot Gold Terkini



































