Khamis (10 Jun 2010) lepas aku dapat info dari seorang member lama, dia beritahu aku yang ada artikal/berita berkenaan dengan RM50 logo 50 tahun kemerdekaan “Limited Edition” dalam akhbar NST. Oleh kerana semangat ingin tahu aku yang mendalam, aku pun masuklah website akhbar NST online dan aku pun carilah cerita pasal RM50 dengan cara menaip “RM50” pada ruangan search dalam website NST. Kalau nak beli paper NST masa tu memang dah terlambat, dalam “ebrowse” pun dah tak ada. Hasilnya aku dapat;
Hasil carian dalam website NST
Tak puas hati lagi, aku GOOGLE pula tajuk “RM50 limited notes still aplenty”, hasinya aku dapat info lagi best
Link yang menarik perhatian aku selepas cari dengan bantuan GOOGLE adalah Maklum Balas BNM “RM50 limited notes still aplenty” dari website http://www.treasury.gov.my/ , formatnya dalam bentuk .pdf. melalui sumber tersebut aku dapat baca surat yang dibalas oleh BNM kepada Editor The New Starits Times Press bertarikh 1 Jun 2010. Terima kasih aku ucapkan kepada http://www.treasury.gov.my/ yang sudi berkongsi maklumat. Anda boleh dapatkan terus keratan akhbar dan surat jawapan di link RM50 limited notes still aplenty + treasury.
Alhamdulillah, rupanya pemahaman dan teori aku berkenaan wang kertas RM50 logo 50 tahun kemerdekaan tersebut adalah betul setelah aku baca jawapan yang diberikan oleh En. Abu Hassan Aishari Yahaya, Director Corporate Communication Depertment. Mungkin tarikh pengeluaran dan edarannya sahaja yang kurang tepat.
Aku ucapkan syabas kepada en. Mohd Faizal kerana bertanyakan soalan tersebut, Bagi aku kalau ada sesuatu perkara yang kita tak pasti atau kurang jelas, baik kita bertanya untuk mendapat jawapannya. Ini merupakan cara yang terbaik untuk mendapat maklumat yang sahih supaya tidak timbul rumours atau spekulasi. Kalau anda tak berani buat macam yang en. Mohd Faizal lakukan, anda boleh menggunakan alternatif lain untuk bertanya iaitu GOOGLE… anda taip saja apa yang anda nak cari, sebagai contoh "RM50 limited + 50 tahun kemerdekaan".
Lihat hasilnya, senangkan? Inilah juga cara aku gunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan hobi aku.eh..eh...macam promote blog sendiri pula... heheheh :D
Tapi peringatan, pastikan jawapan untuk apa yang anda cari datang dari website atau sumber yang betul dan boleh di percayai sebagai contoh sumber dari website BNM.
Aku penah juga menulis berkenaan perkara yang menjadi tanda-tanya en. Mohd Faizal didalam blog my-koleksi pada 10 Mei 2010 lalu – Topik Bertajuk “Wang Kertas RM50 logo 50 Tahun Merdeka – AA, AB, AC, AD dan AE”. Kalau en. Mohd Faizal terjumpa topik tersebut, may be dia akan faham dan penerangan yang aku berikan adalah lebih kurang sama dengan jawapan yang diberi oleh BNM (ANDA BOLEH MENILAINYA SENDIRI). Tetapi ada bagusnya juga en Mohd Faizal bertanyakan hal tersebut, setidak-tidaknya aku pun dapat tahu yang apa yang aku faham selama ini ada betul dan aku tidak menyampaikan perkara yang salah. Ucapan jutaan ribuan terima kasih kepada en. Mohd Faizal, NST dan BNM.
Diatas adalah artikal/berita yang aku perolehi melalui website NST dan telah pun di“pdf”kan, senang sikit untuk aku simpan sebagai rujukan dimasa akan datang, mana tahu suatu hari nanti aku nak terbitkan buku rujukan pula berkaitan matawang lama dan baru. Hehehe, kalau ada yang berminat nak “support” aku amatlah dialu-alukan.
Hari tu masa aku tulis topik “Wang Kertas RM50 logo 50 Tahun Merdeka – AA, AB, AC, AD dan AE”, aku terlupa pula nak letak link topik-topik lain yang ada kaitan dengan wang kertas RM50 berlogo 50 tahun kemerdekaan yang pernah aku tulis dalam blog my-koleksi;
Sumber maklumat utama: NST, BNM dan Kementerian Kewangan Malaysia (Treasury)
No comments:
Post a Comment