Cari Post lain disini

Friday, September 26, 2014

Jualan Lelong Wang Kertas Malaysia Bernombor Siri Istimewa - Apa Pandangan Anda?

Menarik dan Tertarik

Kita sedia maklum, BNM akan mengadakan jualan lelong wang kertas dan polimer (mykoleksi yang tambah) Malaysia siri istimewa pada 27 September 2014 (Sabtu) bertempat di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Jualan lelong tersebut akan dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia.

Bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan jualan lelongan bolehlah berkunjung ke Laman Sesawang Bank Negara Malaysia dan MNP Property Auction, mykoleksi difahamkan yang hasil jualan lelong tersebut akan digunakan untuk menyokong program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) Bank Negara Malaysia.

Tapi mykoleksi kurang faham dengan apa yang dimaksudkan dengan "Jualan lelong ini juga merupakan salah satu inisiatif Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan minat dan pemahaman yang lebih baik tentang bidang numismatik dalam kalangan orang ramai." Mungkin mykoleksi kena pergi dulu ke jualan lelongan untuk mengetahuinya, masih terlalu awal jika untuk membuat andaian. Rasa tak sabar pula nak tunggu tarikh 27 September, kalau boleh hari ni juga nak pergi beratur depan pintu Auditorium Sasana Kijang. :D

Tiba-tiba, teringat pula kejadian 27 Jun 2014 - Hari Itu Dalam Sejarah di Sasana Kijang. Geng-geng dulu tu tak nak pergi beratur ke? takut nanti tempat penuh pula dan tak dapat nak buat bidaan :D

Sebelum Jualan Lelong Wang Kertas dan Polimer Malaysia Bernombor Siri Istimewa bermula, mykoleksi ingin memberi sedikit pandangan tentang beberapa perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh penganjur dan juga bakal pembida.


1. Wang Kertas dan Polimer Tidak di gred

Tiada Gred dinyatakan, mykoleksi tolong tambah ruangan untuk GRED

Sepatutnya wang yang hendak dijual dalam lelongan perlu diberi gred terlebih dahulu, gred sangat penting untuk setiap wang kertas dan polimer untuk menentukan nilai sebenar. Sekiranya tidak tahu bagaimana hendak menggred, bolehlah merujuk dengan Persatuan atau Pakar-pakar Numismatik Malaysia (sudah pasti ada bayaran dikenakan :D). Kalau tak mahu guna khidmat pakar tempatan, anda boleh gunalah khidmat gred PMG, tanpa WAS-WAS pasti ramai lagi yang akan tertarik.

Jangan sesekali berangapan yang setiap wang yang tidak pernah digunakan berkeadaan UNC......jadi, jom belajar  asas Tahap Gred Mata Wang Kertas.

2. Tiada Gambar Wang Kertas atau Polimer 

Contoh, Gambar Wang Kertas yang Hendak dilelong (Sumber Asal: blog Dickson Niew)

atau

Contoh ke-2, Collectibles Auction Asia

Selain gred, gambar juga diperlukan oleh pembida dalam penilaian awal bagi mengenalpasti item yang hendak dibida, mykoleksi merujuk Facebook MNP Auction Team. Ada lebih kurang 80 gambar wang kertas dan polimer yang dipamerkan tetapi kenapa hanya bahagian mempunyai nombor siri sahaja?

3. Fahami Dahulu Definasi “Special Serial Number”

Apa itu "Special Serial Number"

Sila baca definasi “Special Serial Number” atau Nombor Siri Menarik diatas, “standard” yang mana satu yang patut kita rujuk? Definasi bagi seorang kolektor nampaknya berbezakan.

Sumber: MNP Property Auction vs blog Lunaticg (sekadar rujukan sahaja)

4. Nombor Siri Solid Tidak Lengkap

Contoh Nombor Solid - RM5 AB dan AE

Nombor solid sememangnya menarik perhatian kepada kolektor dan "investor" tetapi sekiranya tidak lengkap, rasanya tidak berbaloi untuk memilikinya. Bila lagi nak cari kalau bukan semasa jualan lelong. Contohnya yang boleh diambil RM5....
  • Nombor solid AB3333333, AB7777777 dan AB10000000 (mykoleksi yang tambah) dan "ladder number" AB1234567 (mykoleksi tambah juga) tiada dalam senarai jualan lelongan. Tak kan pula nak ambil nombor solid dari siri AJ (contohnya AJ3333333) untuk lengkapkan koleksi nombor solid AB, bagi mykoleksi ianya nampak tidak menarik.
  • Nombor siri AE10000000 dan "ladder number" AE1234567 (mykoleksi tambah juga) sepatutnya ada juga semasa jualan lelongan. 
Adakah berbaloi untuk dapatkan koleksi nombor sirinya tidak lengkap? 

Sepatutnya mana-mana set yang tidak lengkap, boleh dikeluarkan dahulu dari senarai jualan lelongan untuk kali ini, Pihak penganjur boleh lengkapkan dulu set tersebut dan barulah masukkan semula dalam senarai jualan lelongan yang akan datang (mykoleksi andaikan, ada lagi jualan lelongan selepas ini). Mungkinkah itu satu strategi? 

3. Jualan Lelongan Secara "Bundle" atau Set

Boleh di"Bundle" Untuk Jualan Lelongan

Lagi molek kiranya buat jualan lelongan secara "bundle" atau set, contohnya nombor solid AE1111111 - AE9999999 dan AE10000000 (mykoleksi tambah lagi), tak perlulah nak bida satu...satu....satu dan satu untuk dapatkan koleksi lengkap. Hanya wang polimer RM1 sahaja yang dijual lelongan secara "bundle" atau set tapi ada nombor siri yang tidak lengkap.

Apa akan jadi sekiranya ada orang lain "kacau daun" dengan hanya membida 1 atau 2 atau 3 keping wang kertas dan polimer dalam siri yang sama? 

Sudah pasti pembida (kolektor/"investor") yang berminat tidak dapat melengkapkan koleksi. Jadi, pembida yang berminat terpaksa membeli dari "pengacau daun" dengan harga yang mungkin lebih tinggi bagi melengkapkan juga koleksinya.

4. Harga Pemulaan Bidaan Tinggi

Harga Wang Kertas dan Polimer Siri Ke-11

Bagi mykoleksi, harga permulaan bidaan agak tinggi untuk Wang Siri Baharu jika dibandingkkan dengan harga Wang Kertas dan Polimer Malaysia Siri ke-11 seperti yang terdapat dalam buku Complete Education Reference Malaysia, Brunei & Singapore Banknote & Coins 7th Edition, 2014 (Edited by K.N Boon Mar 2014)

5. Belajar Cara Betul Mengendali Wang Kertas dan Polimer
Wang Kertas atau "Kipas"

atau

"Kipas" Memang Popular

Sila guna sarung tangan untuk memegang wang kertas dan polimer yang hendak dijual secara lelongan, jangan jadikannya sebagai "kipas" seperti dalam gambar diatas........cara tersebut boleh diterima bagi menunjukkan atau memperkenalkan Wang Kertas dan Polimer Siri Baharu (contoh)

Lelongan yang dikendalikan buat kali pertama ini nampaknya satu acara yang besar hinggakan mendapat publisiti yang hebat. Sepatutnya cara pengendalian item yang hendak dilelong dibuat dengan betul, cara pengendalian yang salah boleh menyebabkan item lelongan rosak, ada tona dan mungkin koyak. 


Kesimpulannya; 

Bukan mudah untuk menguruskan jualan lelong untuk wang kertas dan polimer kerana banyak aspek yang perlu diambil berat, wang kertas dan polimer bersifat "manja"....kena selalu beri perhatian dan dibelai selalu. Tiba-tiba teringat pula cerita masa bercintan-cintun dulu.

Apa yang ditulis dalam blog mykoleksi sekadar perkongsian  ilmu dan pandangan percuma supaya dapat membantu mereka yang ingin belajar, mykoleksi tahu apa yang cuba disampaikan disini mungkin sebelah mata pun tidak dipandang dan diambil kisah......pandangan blogger selalunya dianggap tidak betul dan mengarut.

Mykoleksi pasti, kolektor dan "investor" sekarang bijak-bijak belaka.....mereka ada sasaran tersendiri dalam membuat bidaan. Andainya mereka rasa tidak berbaloi membida sesuatu item, sudah pasti mereka akan abaikan sahaja daripada rugi besar.

Senarai antara nombor siri menarik yang berbaloi untuk dibida seperti dibawah....tak nampak pula dalam lot bidaan;
  • AA1111111 - AA4444444 - AA9999999, AA10000000, AA1234567 dan AA7654321
  • BB1111111 - BB8888888, BB9999999, BB10000000, BB1234567 dan BB7654321
  • AB1111111 - AB10000000, AB1234567 dan AB7654321
  • BA1111111 - BA10000000, BA1234567 dan BA7654321
  • AB4848484
  • BA8484848
  • DD0000000
  • EE1111111 - EE3333333 - EE10000000, EE1234567 dan EE7654321
  • GG1111111 - GG6666666, GG10000000, GG1234567 dan GG7654321
  • JJ1111111 - JJ7777777 - JJ10000000, JJ1234567 dan JJ7654321
  • LL1111111 - LL7777777 - LL10000000, LL1234567 dan LL7654321
  • PP1111111 - PP9999999, PP10000000, PP1234567 dan PP7654321
  • QQ0000000 - QQ10000000, QQ1234567 dan QQ7654321
  • SS1111111 - SS5555555 - SS10000000, SS1234567 dan SS7654321
  • WW1111111 - WW3333333 - WW10000000, WW1234567 dan WW7654321
  • ZZ1111111, ZZ2222222 - ZZ10000000, ZZ1234567 dan ZZ7654321
  • Prefix mula dan prefix akhir
  • Wang gantian
.......rasa mustahil  tapi kalau dapat, ni baru dikatakan betul-betul berbaloi.

Akhir kata, selamat membida kepada semua kolektor dan "investor"......mykoleksi doakan anda berjaya dan apa yang akan dilaburkan esok mendatangkan hasil yang lumayan di masa hadapan

Yang merapu;
mykoleksi

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute