Cari Post lain disini

Friday, July 31, 2009

Poongsan Bekalkan Syiling Malaysia

KUALA LUMPUR 16 April - Pengeluar produk fabrikasi tembaga terbesar di Korea Selatan, Poongsan Corp. terpilih untuk membekal bahan menghasilkan syiling kepada Malaysia bernilai lebih RM247 juta (AS$72 juta).

Di bawah kontrak itu, Poongsan Corp. yang membekalkan hampir separuh daripada permintaan syiling kosong dunia, akan membekalkan sejumlah 3,471 tan syiling kosong kepada BNM, kata syarikat itu dalam kenyataannya.

– Reuters

Duit Syiling Lima Haiwan Terancam

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Buaya Siam, Ikan Yu Paus, Buaya Julung-julung, Buaya Tembaga dan Ikan Lumba-lumba Empesut (Irrawaddy) merupakan antara haiwan marin dan reptilia yang kini boleh ditemui pada duit syiling kenang-kenangan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Royal Mint Malaysia (RMM) iaitu syarikat pengeluar duit syiling di negara ini, Azizi Abdul Rahman berkata, ia dikeluarkan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai hidupan liar yang merupakan khazanah alam tetapi semakin diancam kepupusan.

“Dengan menggunakan bahan emas Nordic, iaitu kombinasi 89 peratus tembaga, lima peratus zink, lima peratus aluminium dan satu peratus timah, duit syiling spesies-spesies berkenaan dijual dengan harga RM5.50 sekeping.

“Dengan diberi nilai muka 25 sen setiap satu, pembeli akan berpuas hati kerana ia ditempa dengan ukiran haiwan yang begitu menarik dan diberi kilatan yang istimewa dan tahan lama,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan duit syiling berkenaan di Zoo Negara di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong.

Thursday, July 23, 2009

Wang Kertas Baru RM50 First Prefix AF0xxxxxx


Koleksi First Prefix AF0751090 - AF0751100 "Running Number" Wang Kertas Baru RM50 dalam simpanan, gred UNC.

Sunday, July 19, 2009

Wang kertas RM50 Kenang-kenangan Laris - 26 Disember 2007

Keratan Akhbar Pengeluaran wang kertas kenang-kenangan (Limited Edition) yang dikeluarkan sebanyak 20,000 keping wang kertas RM50 versi baru bersama sampul khas yang dijual pada harga RM60 di semua cawangan BNM pada 26 Disember 2007. Wang kertas tersebut adalah bersemperna sambutan jubli emas kemerdekaan negara yang ke-50.

1. Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 22 Disember 2007




2. Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 27 Disember 2007


Thursday, July 16, 2009

Tiga (3) Keluaran Wang Kertas RM50 Design/Siri Baru Mesti dimiliki

Aku tertarik untuk review sikit pasal wang kertas RM50 yang baru dikeluarkan pada 15 Julai 2009 (Rabu). Sekiranya anda perasan, sebelum ini BNM pernah mengeluarkan wang kertas design/siri yang sama sempena sambutan jubli emas kemerdekaan negara. sudah tiga (3) keluaran design/siri baru wang kertas RM50 telah dikeluarkan oleh BNM. Ok, sekarang marilah kita tengok kesemua wang kertas RM50 design/siri baru yang BNM telah keluarkan;

1. Wang kertas RM50 design/siri baru - 15 Julai 2009

Muka Hadapan

Muka Belakang

Sila rujuk gambar diatas yang aku ambil dari Website BNM, bezanya yang kertas ini dengan siri sebelumnya adalah logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara (50 tahun kemerdekaan) pada bahagian belakang wang kertas sudah tiada/dibuang. Ciri-ciri keselamatan wang kertas ini juga turut dipertingkatkan sama seperti wang kertas RM50 design/siri baru sebelumnya bertujuan untuk mengelakkan pemalsuan berlaku, anda boleh rujuk New Design RM50 (4th series) - July 2009 Security Feature.

2. Wang kertas RM50 design/siri baru - 30 Januari 2008

Muka Hadapan

Muka Belakang

Wang kertas RM50 ini sekejap saja digunakan dan kemudian ditarik balik oleh BNM kerana terdapat pelbagai isu dan masalah. Jika anda lihat pada muka hadapannya, bahagian tepi kiri dan kanan wang kertas dihiasi dengan lukisan tenunan songket kerwarna silver dan terdapat logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara (50 tahun kemerdekaan) pada bahagian belakang sebelah kanan. klik sini

3. Wang kertas RM50 design/siri baru - 26 Disember 2007

Muka Hadapan

Muka Belakang

Sampul/Folder

Diatas pula merupakan wang kertas keluaran khas yang dikeluarkan sempena sambutan jubli emas kemerdekaan negara (50 tahun kemerdekaan). Wang kertas keluaran terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 20,000 unit sahaja berserta sampul/folder dan dijual pada harga RM60. Selain itu, wang kertas tersebut istimewa kerana dibahagian tepi kiri dan kanan pada muka hadapannya terdapat tenunan songket yang berwarna keemasan, cuba anda bezakan dengan wang kertas RM50 di atas dan terdapat juga logo 50 tahun kemerdekaan pada bahagian belakang sebelah kanan. Klik disini

Wednesday, July 15, 2009

Bank Negara Malaysia Issues New Design RM50 Banknote


Bank Negara Malaysia mengumumkan hari ini, pengeluaran wang kertas RM50 reka bentuk baharu mulai 15 Julai 2009. Reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri yang sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Wang kertas RM50 reka bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada bulan Disember 2007 bersempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baharu ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara dan mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan ialah:
  • Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.
  • Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.
Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal seperti yang berikut:
  • Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
  • Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
  • Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
  • Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
  • Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
  • Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
  • Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
  • Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.
Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.

Maklumat lanjut mengenai wang kertas RM50 baharu boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang)

Bank Negara Malaysia
15 Julai 2009

Pautan Asal:

Thursday, July 9, 2009

Koleksi Lengkap Duit Syiling 50 Sen Dari Tahun 1967 Hingga 2009

MILLED EDGE sebelah kiri dan SECURITY EDGE sebelah kanan

Apa yang yang anda perlu tahu berkenaan duit syiling 50 sen dari tahun 1967 hingga 2009 adalah seperti berikut;
  1. Terdapat 2 keluaran syiling pada tahun 1967, 1968 dan 1969 iaitu yang bahagian tepinya jenis SECURITY EDGE dan MILLED EDGE tetapi syiling 50 sen MILLED EDGE mempunyai nilai yang tinggi dan sangat susat diperolehi. Aku pun belum ada lagi syiling 50 sen MILLED EDGE.
  2. Pada tahun 1967 hingga 1988, muka hadapan syiling 50 sen bercirikan BANGUNAN PARLIMEN Malaysia yang menunjukkan simbol kerajaan yang berdemokrasi Malaysia, demokrasilah yang memnbuatkan Malaysia terus aman dan damai hinggalah sekarang. Bermula pada tahun 1989 hingga 2009 pula bahagian hadapan syiling 50 sen dihiasi dengan gambar WAU, Wau adalah permainan tradisional masa lapang yang dimainkan pada musim berangin, kalau dikampung-kampung wau dimainkan selepas musim menuai. Dulunya wau popular dipantai timur tetapi sekarang semua tempat pun orang suka main....huhu. Kalau tak suka main wau, anda juga boleh jadikannya sebagai perhiasan rumah. CANTIK!!!.
  3. Syiling 50 sen tahun 1979 dan 1988 dikategorikan sebagai "RARE" kerana terdapat "EXTRA DOT" pada bangunan Parlimen (syiling 50 sen tahun 1979) dan Bumbung bangunan Parlimen (syiling 50 sen tahun 1988). Kalau tak percaya anda boleh la check sendiri.
  4. Syiling tahun 1995 pun boleh kategorikan RARE, pengeluarannya sebanyak 1,650,423 sahaja.
  5. Ada satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku sekarang, berkaitan dengan syiling 50 sen tahun 1976. Adakah syiling 50 sen 1976 wujud?? aku dah periksa dalam katalog.....memang TIDAK DIKELUARKAN tetapi aku penah terbaca di INTERNET ... yang telah menyatakan syiling 50 sen tahun 1976 memang wujud dan siap dengan gambar lagi (gambarnya BLUR). So, aku tak yakin sangat. Sayangnya.... aku tak ingat macam mana aku boleh terjumpa gambar syiling 50 sen tahun 1976 tu. Aku dah check dengan "collector-collector" lama, jawapan yang aku dapat adalah.... syiling 50 sen tahun 1976 memang tidak dikeluarkan....wujud atau tidak syiling syiling tu, marilah sama-sama kita rungkaikan.
Oklah, sekarang anda layan pula koleksi lengkap duit syiling 50 sen aku dari tahun 1967 hinggalah 2009 termasuklah syiling yang RARE dan EXTRA DOT tetapi tidak termasuk syiling 50 sen tahun 1967, 1968 dan 1969 (MILLED EDGE).....syiling tu aku belum ada, saja letak sekali gambar buat pembakar semangat.


Rujukan: Sejarah Matawang Malaysia 1957 - 2009

Friday, July 3, 2009

Emas Nordic - Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Parlimen Malaysia

Suasana semasa menunggu Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Parlimen Malaysia. Layan dululah gambar dibawah...nanti aku tulis cerita;


Gambar Folder dan syiling Emas Nordic;

Thursday, July 2, 2009

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Parlimen Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia. Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YB Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Yang di-Pertua Dewan Negara, di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Duit syiling peringatan tersebut sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:


Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,200 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya ialah RM150 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1 dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan terdapat 250 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan tersebut adalah seperti dalam Lampiran I .

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Parlimen Malaysia:

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Memaparkan bangunan Parlimen dengan tahun "1959 - 2009" tertera di bawahnya. Pada sisi duit syiling tersebut, terdapat lambang anak bulan dengan perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia" tertera di dalamnya. Anak bulan ini melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Pada bahagian atas kanan duit syiling itu tertera bintang pecah 14 yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Bahagian Belakang Duit Syiling

Memaparkan jata negara (crest) Malaysia serta cokmar-cokmar Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Cokmar, iaitu sejenis alat kebesaran diraja, melambangkan kekuasaan Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawah duit syiling ini.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 3 Julai 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur (BNMLINK), dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lampiran I

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena
Sambutan Ulang Tahun Ke-50
Penubuhan Parlimen Malaysia

Spesifikasi Teknikal


Nota:

Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf, dan
Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

Bank Negara Malaysia
2 Julai 2009

Pautan asal: Website BNM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute